Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label penalti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penalti. Papar semua catatan

Tiada penalti dikenakan jika tampil membuat pengakuan cukai – LHDN

by

 


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan mengenakan penalti terhadap individu yang tampil membuat pengakuan cukai menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) bermula 1 Jun ini hingga 31 Mei tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Hasil, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata inisiatif itu adalah usaha kerajaan membantu individu yang ingin membuat pengakuan cukai.

"Tiada penalti, apa yang sudah berlalu (tidak membayar cukai) itu tidak apa. Hanya laporkan saja berdasarkan apa yang diketahui, hasil terima secara baik dan tidak akan buka lagi tahun-tahun berkenaan untuk diaudit.

"LHDN akan berikan panduan apa yang patut dibuat supaya tidak lagi berlaku kekurangan atau tidak lapor bila ke hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa LHDN dan Apresiasi Media Sabah 2023 di sebuah hotel di bandar raya ini, semalam.

Sementara itu, Mohd Nizom berkata pihaknya menganggarkan kira-kira 50,000 pembayar cukai baharu dan sedia ada tampil untuk membuat pengakuan cukai secara sukarela menerusi program berkenaan.

"Berdasarkan data LHDN, kita menganggarkan bilangan yang akan tampil membuat pengakuan sukarela ini untuk melaporkan yang terkurang atau tertinggal sebelum ini dianggarkan kira-kira 50,000 dan hasil itu kita tak fokus sangat, tetapi kita buat anggaran secara realistik iaitu RM1 bilion," katanya.

Ketika diminta mengulas langkah yang akan diambil LHDN dalam mendekati golongan pembayar cukai untuk menyertai program PKPS, Mohd Nizom berkata, pihaknya sedang menyediakan satu garis panduan cara untuk menyertai program itu.

"Mungkin kita akan bermula dengan soalan lazim, macam mana mahu sertai.

"Kemudian kita akan keluarkan garis panduan yang lebih teliti bagaimana hendak ambil bahagian atau tampil ke hadapan dalam program pengakuan sukarela," katanya.

Sumber : Berita Harian

LHDN longgar bayaran cukai, penalti bagi pembayar terjejas

by

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberikan kelonggaran pembayaran cukai dan penalti kepada individu yang pendapatan mereka terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

LHDN dalam kenyataan hari ini, berkata ia bagi meringankan beban pembayar cukai dalam menyelesaikan cukai tertunggak dan penalti cukai.

Katanya, kelonggaran ditawarkan kepada pembayar cukai itu bagaimanapun tertakluk kepada beberapa kriteria.

"Pertama, penangguhan pembayaran penalti berkaitan dengan kewajipan cukai mereka ke tahun 2022 dengan syarat pembayar cukai terus mematuhi pembayaran amaun prinsipal cukai yang kena dibayar. 

"Penalti yang termaktub dalam tawaran ini ialah penalti dikenakan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dan Akta Setem 1949.

"Kedua, pertimbangan permohonan penjadualan semula bayaran cukai bagi pembayar cukai yang kehilangan punca pendapatan atau menghadapi isu menyelesaikan cukai yang tertunggak akibat pelaksanaan PKP," katanya.

Selain itu, LHDN turut mempertimbangkan penyemakan semula penalti dikenakan jika pembayar cukai mempunyai alasan kukuh.

Katanya, pembayar cukai perlu membuat rayuan ke atas penalti dikenakan dan rayuan akan dipertimbangkan dengan melihat setiap asas kes.

"Pembayar cukai yang berhasrat memohon kelonggaran ini disyorkan untuk menghubungi Pejabat Cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan mereka.

"Bagaimanapun, pembayar cukai yang tidak terjejas perlu meneruskan pembayaran cukai seperti dikehendaki undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.

LHDN turut menyediakan soalan lazim berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP 3.0 berkaitan perkara ini, selain menyentuh isu penghantaran borang nyata cukai pendapatan dan pembayaran cukai pendapatan.

FAQ itu boleh dicapai melalui pautanhttp://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_1.pdf bagi versi bahasa Melayu, manakala untuk Bahasa Inggeris menerusi http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_2.pdf.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my

 

 

Penalti 100 Peratus Jika Elak Cukai

by


Penalti seratus peratus nilai cukai terhadap individu dan syarikat yang mengelak atau melapor cukai pendapatan tidak tepat, akan berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Ketua Pengawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Sabin Samitah berkata penalti itu adalah maksimum yang dikenakan berbanding penalti 45 peratus nilai cukai sekarang.

"Misalnya jika mereka atau syarikat elak cukai RM1juta, maka mereka perlu bayar penaltinya RM1juta juga iaitu 100 peratus nilai cukai yang dikenakan," katanya.

Penalti 100 peratus itu boleh dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Gegar Bersepadu (G127B).

Sabin berkata penalti yang lebih tinggi itu diharap dapat memberi kesedaran kepada individu dan syarikat terhadap tanggungjawab membayar cukai pendapatan mereka.

Mengenai Ops G127B dari 10 hingga 14 April, lawatan banci bisnes dan perniagaan, serahan notis sekatan perjalanan kerana tunggakan cukai, serahan notis tindakan mahkamah dan saman serta audit majikan dan audit potongan cukai bulanan akan dijalankan. 

– Bernama

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90