Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label pusat mengundi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pusat mengundi. Papar semua catatan

Pengundi Semenanjung diminta semak pusat mengundi

by


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pemilih di Semenanjung Malaysia untuk menyemak daerah mengundi dan pusat mengundi masing-masing mulai 6 Mei hingga 12 Mei 2016 susulan langkah pengemaskinian daerah mengundi.   

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pemakluman itu hanya melibatkan pemilih berdaftar sehingga 30 September 2014 yang diwartakan pada 26 November 2014 sahaja kerana daftar pemilih itu digunakan sebagai asas pelaksanaan urusan kemas kini tersebut.

Menurutnya terdapat daerah-daerah mengundi baharu yang diwujudkan bagi memudahkan pengurusan pilihan raya dan pendaftaran pemilih.

"Terdapat lokaliti yang telah diperbetulkan kedudukannya mengikut lokasi sebenar di lapangan dengan berpandukan aplikasi Sistem Maklumat Geografi terkini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengemaskinian itu telah diwartakan dalam Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu pada 29 April lepas.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempat pemeriksaan, pemilih boleh melayari portal rasmi SPR di www.spr.gov.my atau menghubungi talian 03-88927000 atau pejabat-pejabat pilihan raya negeri masing-masing. 

- Bernama

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90