Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label ssm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ssm. Papar semua catatan

SSM perkenal dua inisiatif baharu

by

 


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperkenalkan dua inisiatif baharu bagi membantu meringankan beban kewangan syarikat dan membantu komuniti korporat meneruskan perniagaan dalam persekitaran yang mencabar.

SSM dalam satu kenyataan menyebut, inisiatif pertama membabitkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal ke atas syarikat yang berstatus 'dissolved' (lupus) di bawah Akta Syarikat 1965.

Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan pengarah dan syarikat yang sudah ditutup.

Inisiatif kedua pula, membabitkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi semua kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat 2016.

Pengurangan kompaun ini diberikan kepada syarikat selepas pematuhan terhadap kegagalan atau kesalahan yang diambil tindakan oleh syarikat.

Ia hanya diberikan bagi kesalahan lazim di bawah Seksyen 68(1), Seksyen 248(1), Seksyen 258(1), Seksyen 259(1), Seksyen 340(1), Seksyen 30(1) dan Seksyen 30(2) Akta Syarikat 2016.

"Diharapkan pelaksanaan inisiatif ini dapat membantu komuniti korporat untuk meneruskan perniagaan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, mengumumkan tiga inisiatif pengurangan kompaun bagi 2023 untuk membantu pemulihan ekonomi negara pascapandemik COVID-19.

SSM menerusi kenyataan itu juga menyebut, pihaknya akan meneruskan enam inisiatif sedia ada.

Antaranya, pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi semua kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965, bagi memastikan data yang disimpan berhubung entiti syarikat dalam pendaftaran SSM adalah terkini, selain mendorong syarikat mematuhi amalan tadbir urus terbaik khususnya serah simpan Penyata Kewangan serta maklumat terkini di SSM.

SSM juga melanjutkan tempoh masa pendaftaran SSM BizTrust secara percuma sehingga 31 Disember 2023 dan memperluaskan penggunaan Kod QR SSM BizTrust kepada entiti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) berdaftar yang boleh diperoleh secara automatik.

Selain itu, SSM meneruskan pelaksanaan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP), untuk menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.

Menurut SSM, syarat SPPP diperluaskan kepada pasangan suami dan isteri usahawan B40, tahun ini .

SSM juga meneruskan pelaksanaan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P), yang menyediakan pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara percuma bagi menggalakkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menceburi bidang perniagaan secara sah.

Selanjutnya, SSM meneruskan cadangan pindaan bagi menambah baik peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016, berkaitan mekanisma penyelamat korporat dan skim kompromi atau perkiraan.

"Penambahbaikan serta pindaan ini akan membolehkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan memohon proses rehabilitasi korporat yang bersesuaian supaya syarikat boleh terus beroperasi.

"Inisiatif ini penting untuk membantu sektor korporat yang menghadapi masalah kewangan, terutama sekali akibat daripada kesan pandemik COVID-19 untuk kekal beroperasi dan menjana ekonomi negara," katanya.

Inisiatif seterusnya, SSM akan meneruskan cadangan untuk memperkenalkan peruntukan berkaitan mekanisma penyelamat korporat di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

Sumber : Berita Harian

SSM nafi data entiti perniagaan bocor

by

 

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan dakwaan terdapat kebocoran data melibatkan entiti perniagaan di Malaysia seperti dilaporkan beberapa portal hari ini.

SSM menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman dan memberi jaminan semua maklumat korporat yang diserah simpan kepada SSM adalah selamat dan dilindungi oleh beberapa lapisan teknologi keselamatan maklumat yang diiktiraf.

“SSM akan bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap dakwaan ini.

“Dalam masa sama, SSM menasihati orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat entiti perniagaan berkaitan syarikat, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad untuk berurusan melalui saluran yang diiktiraf SSM,” jelasnya di sini hari ini.

Saluran yang diiktiraf tersebut ialah www.ssm4u.com.my atau www.ssm-einfo.my atau www.mydata-ssm.com.my.

Untuk sebarang aduan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my

 

 

Jawatan Kosong Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

by

 

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebuah badan berkanun. Kegiatan utama SSM adalah berfungsi sebagai agensi untuk menggabungkan syarikat dan mendaftarkan perniagaan serta memberi maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang ramai.

  1. Project Management Executive (Contract For Service)
  2. Business Analayst (Contract For Service)

Cara memohon jawatan

Untuk memohon jawatan yang ditawarkan di SSM anda hendaklah memohon menggunakan laman web www.jobstreet.com.my

Pendaftaran percuma SSM BizTrust dilanjutkan Disember 2021

by

 

Peniaga dalam talian masih berpeluang mendaftarkan perniagaan mereka menerusi SSM BizTrust secara percuma apabila tawaran itu dilanjutkan lagi sehingga akhir tahun depan.

Penyambungan tempoh itu antara inisiatif yang dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi kenyataan berkata, langkah tersebut bagi membantu usaha pemulihan ekonomi rakyat terutama dalam situasi sukar pada ketika ini.

“Ini memandangkan pihak SSM dalam proses penambahbaikan sistem pendaftaran dengan mengambil kira pertumbuhan bidang teknologi dan perniagaan e-dagang domestik,” katanya.

KPDNHEP ujar beliau turut melihat kesedaran masyarakat yang mengadaptasi dengan norma baharu susulan wabak Covid-19 dan prosedur operasi standard (SOP) ke arah era digitalisasi.

Justeru, Alexander menyeru lebih ramai peniaga atas talian menyahut seruan dan peluang ini dengan segera mendaftar melalui portal https://biztrust.ssm.com.my yang dibuka setiap hari.

Pada masa sama, SSM dan KPDNHEP akan melaksanakan advokasi berterusan agar para pengguna menyemak terlebih dahulu daripada dimanipulasi peniaga tidak bertanggungjawab.

“Ini adalah penting untuk melindungi pengguna ketika menjalankan transaksi atas talian serta berurus niaga dengan peniaga yang diiktiraf dan memiliki logo BizTrust,” tegas Alexander lagi.

Setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 4,181 entiti perniagaan atas talian didaftarkan sejak skim itu ditawarkan pada 2017, namun untuk sepanjang tahun ini hanya 629 yang telah mendaftar.

Angka itu masih kecil iaitu 1.2 peratus daripada 373,213 peniaga atas talian direkodkan SSM dan belum termasuk jenis bergerak bersendirian atau tidak memasarkan di platform ternama.

“Pendaftaran percuma ini memperlihatkan komitmen kerajaan dalam bantu ekosistem bisnes atas talian yang sihat dan beretika serta cegah pengguna daripada penipuan,” ujar Alexander.

Peniaga yang layak bakal memperoleh pensijilan SSM BizTrust, malah logo itu akan dipaparkan menerusi laman sesawang, platform media sosial atau blog perniagaan mereka sendiri.

Laman web SSM palsu bagi urusan perniagaan dikesan

by


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesan kewujudan laman web dengan alamat url https://online-ssm.com yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan pendaftaran perniagaan dan pembekalan maklumat perniagaan secara tidak sah dan mengenakan kadar bayaran tinggi.

SSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan orang ramai yang ingin menjalankan urusan berkaitan entiti perniagaan diminta memanfaatkan perkhidmatan atas talian SSM yang dikenali sebagai Portal EzBiz Online dengan alamat url https://ezbiz.ssm.com.my.

"Portal EzBiz Online ini juga boleh dicapai melalui laman web rasmi SSM di https://www.ssm.com.my,” katanya.

Menurut kenyataan itu, antara transaksi yang boleh dilakukan di Portal EzBiz Online ialah transaksi melibatkan pendaftaran perniagaan baharu, pembaharuan pendaftaran, perubahan dan pembekalan maklumat serta penamatan pendaftaran perniagaan.

SSM turut memberi amaran tindakan undang-undang yang tegas akan diambil ke atas pemilik laman web yang menjalankan transaksi melibatkan semua akta yang ditadbir SSM termasuklah transaksi yang melibatkan entiti perniagaan.

Tindakan menutup laman web tidak sah itu sedang dilakukan agensi kerajaan berkaitan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90