Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label stam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label stam. Papar semua catatan

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2023 bermula 2 Januari 2024

by


Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 akan dilaksanakan pada 2 hingga 4 Januari dan 8 hingga 11 Januari 2024, melibatkan seramai 4,058 calon berdaftar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, peperiksaan itu akan dijalankan di 131 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan, kementerian itu memaklumkan, seramai 824 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.

KPM turut mengingatkan calon supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan, selain mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan itu.

Sementara itu, KPM juga cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta semua petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana, termasuk banjir sepanjang peperiksaan berkenaan berlangsung.

"Semua calon peperiksaan STAM dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau jabatan pendidikan negeri dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana.

"Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan Jabatan Pendidikan negeri di seluruh negara," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memaklumkan, akan sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya, termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan.

KPM juga komited melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur dan mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera. 

Sumber : BERNAMA

Keputusan STAM 30 Jun 2022

by

 


Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 30 Jun ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, calon boleh memeriksa keputusan masing-masing bermula jam 10 pagi pada hari berkenaan manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

"Selain itu, calon sekolah atau persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah lain iaitu secara dalam talian menggunakan pautan myresultstam.moe.gov.my bermula jam 10 pagi pada 30 Jun sehingga jam 6 petang pada 6 Julai.

"Selain itu calon juga boleh mendapatkan keputusan berkenaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 30 Jun sehingga 6 petang pada 6 Julai," katanya dalam kenyataan hari ini.

KPM memaklumkan pihaknya sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.

Sebelum ini, KPM memaklumkan seramai 7,277 calon menduduki STAM yang diadakan pada 29 Mac hingga 7 April lalu di 236 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sumber : Berita Harian


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90