Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label tolak vaksin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tolak vaksin. Papar semua catatan

Pelajar tolak vaksin boleh ke sekolah

by

 

Kementerian Pendidikan belum berhasrat untuk melarang pelajar enggan divaksin daripada masuk ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengadakan sesi kaunseling bagi memujuk mereka agar turut menerima imunisasi itu.

Pelajar memang ada hak untuk meneruskan sesi pembelajaran di kelas dan tidak ada sebab untuk mereka ditolak masuk ke kawasan sekolah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali bersempena pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Berdasarkan tinjauan awal, segelintir yang menolak vaksin itu kemungkinan disebabkan tekanan daripada ibu bapa atau penjaga mereka sendiri.

Kebiasaannya bukan kerana murid itu sendiri enggan diimunisasi, tetapi orang tua mereka yang mungkin bimbang agak keterlaluan atau memang kelompok antivaksin.

Sumber : Kosmo!

Menghasut tolak pengambilan vaksin, satu kesalahan

by

 

Perbuatan menghasut orang ramai supaya menolak daripada mengambil vaksin COVID-19 adalah satu kesalahan berdasarkan Ordinan Darurat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu boleh dianggap sebagai mendatangkan khianat awam dengan niat menakutkan orang ramai.

"Semalam, saya difahamkan polis sudah membuat kenyataan. Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara sudah membuat kenyataan bahawa ia satu kesalahan yang boleh diambil tindakan.

"Jadi, melalui Ordinan Darurat yang dipinda, tindakan segera boleh diambil terhadap mereka," katanya pada sidang media berhubung perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, walaupun ada pihak mendakwa kerajaan gagal menangani pandemik COVID-19, Malaysia sebenarnya sedang menuju je arah kejayaan berbanding negara maju lain.

Katanya, menurut laporan Lowly Institute, badan pemikir berpusat di Australia, Malaysia berada di tangga ke-16 daripada 98 negara lain dengan skor 70.1 peratus.

"Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan 94 dengan 17.3 peratus, Perancis di kedudukan ke-73, United Kingdom (66) Jepun (45) dan Korea Selatan (22).

"Lebih membanggakan apabila kita berjaya mengawal kadar kematian. Ini terbukti apabila kadar kematian di negara masih rendah iaitu sekitar 0.38 peratus manakala kes sembuh 90.9 peratus," katanya.

Beliau berkata, data KKM turut menunjukkan kes sembuh mengatasi kes baharu harian dan ia perkhabaran baik yang dinantikan rakyat.

Sumber : Berita Harian

 


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90