Top Ad 728x90

Panduan mencari pasangan hidup

by
Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

Siapa yang paling...???

by
1. Pemain paling banyak meludah di padang
= Florent Malouda - France

2. Pemain paling suka makan lepat
= Frank Lampard - England

3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis
= Helder Postiga - Portugal

4. Pengurus pasukan yang suka berlari
= Luis Philipe Scolari - Portugal

5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong
= Razak Pimpong - Ghana

24 Perkara Jangan Diamalkan

by
Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara yang jangan dilakukan dan seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:

-Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH SWT.

-Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

-Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

-Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

-Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

-Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

-Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

-Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

-Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

-Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

-Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

-Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

-Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

-Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH SWT dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

-Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

-Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

-Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

-Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT.

-Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

-Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

-Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

-Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

-Jangan memakai tangkal kerana ALLAH SWT tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepada-NYA.

-Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH SWT dan yang buruk itu dari hambanya juga.

Mimpi-Mimpi Rasulullah

by
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin....

* Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN
KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.

* Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia
telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

* Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.

* Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.

* Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.

* Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

* Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

* Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetap mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

* Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut

* Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat.

* Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.

* Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.

* Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.

* Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.

* Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.

* Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke pnghujungnya.

* Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.

* Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali ,pintu itu dan diapun memasukinya.

* Aku melihat ramai orang sedang menggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

Petua bentuk anak bersopan

by
Tahap perkembangan usia anak berada pada tahap ke matangan sering dipengaruhi teman sebaya. Perbendaharaan kata atau sesuatu perkataan yang dipelajari di sekolah atau sepanjang mereka berkenalan memberi pengaruh besar.

Si anak belajar daripada rakan sebaya untuk pemantapan perilaku sesuai dengan keperibadiannya.

Apabila berada di rumah, ada anak yang menggunakan bahasa yang kurang elok kerana pola pergaulannya dengan rakan sepermainan boleh terbawa-bawa ke rumah.

Ungkapan jelek, lucah atau tidak sesuai dengan usia mereka itu akan membuat ahli keluarga berasa kurang senang dan sesuatu harus dilakukan.

Ada kemungkinan anak-anak juga tidak tahu membezakan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata yang dianggap lucah itu kerana akal mereka belum sempurna untuk membezakan mana yang baik dan buruk.

Pengaruh perbualan remaja atau mereka yang lebih dewasa juga turut memberi kesan langsung kepada anak-anak kerana mereka cepat mempelajari sesuatu.

Berikut antara petua yang boleh dipelajari ibu bapa untuk membentuk anak-anak supaya tidak mengungkapkan kata-kata kasar, lucah dan biadab:

- Fahami dari mana anak memperoleh perbendaharaan kata atau mempelajari perkataan yang agak lucah dan tidak sesuai dengan usia mereka itu.

Cari punca sebelum menghukumnya. Ingatkan anak supaya menjaga tutur kata mereka. Ingatkan juga supaya si anak tidak sesuka hati menuturkannya sehingga ia menjadi kebiasaan.

Berikan contoh lain untuk menggantikan perbendaharaan kata atau perkataan lucah itu kepada ayat yang lebih terdorong ke arah positif sekali gus menjadi kebiasaan dalam perbualan seharian.

Perhatikan perilaku teman yang bergaul dengan anak dan beri pandangan mengenai kata-kata yang seharusnya di gunakan dalam pergaulan seharian.

Perkataan atau penggunaan bahasa yang tidak elok untuk dituturkan harus dijelaskan sebaik-baiknya supaya si anak mudah menerima penerangan orang lebih tua daripadanya.

Perlu tegas supaya anak-anak tidak memperolokkan ibu bapanya. Bagi mereka, perkataan sedemikian mungkin ber tujuan untuk menarik perhatian ibu bapa atau sekadar melepaskan marah mereka pada sesuatu perkara.

Berdoa demi kebaikan anak. Kebanyakan ibu bapa jarang berdoa dan hanya mengharapkan satu keajaiban berlaku sedangkan berdoa adalah senjata seorang mukmin, apatah lagi sebagai ibu bapa, doa mereka lebih diberkati.

12 Azab Bagi Yang Meninggalkan Sembahyang

by
Dalam sebuah hadis menerangkan Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. 3 darinya akan dirasainya semasa di dunia, 3 ketika dia hendak mati, 3 ketika berada dalam kubur dan 3 lagi azab di hari kiamat kelak."

Ketika di dunia :
1. Allah S.W.T. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah S.W.T. mencabut nur orang2 mukmin daripadanya
3. Dia akan dibenci oleh orang2 yang beriman

Ketika hendak mati :
1. Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh isi laut
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya

Ketika berada di dalam kubur :
1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir yang sangat menggerunkan
2. Kuburnya akan menjadi sangat gelap
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)

Ketika hari kiamat :
1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat
2. Allah S.W.T. sangat murka kepadanya
3. Allah S.W.T. akan menyiksanya dengan api neraka

6 Cara Memikat Perempuan

by
Hati perempuan memang sukar untuk diduga. Menyelami hati mereka bermakna mencari apakah yang diingini oleh seseorang perempuan. Tanpa mengetahui terlebih dahulu serta memahami apakah yang mungkin boleh menyebabkan lelaki sukar mempertahankan hubungan yang dibina dan bakal berhadapan masalah ketika hidup bersama mereka nanti. Ketahuilah perempuan biasanya tidak sukakan lelaki yang mudah berputus asa, tidak dapat memberikan tumpuan atatu komitmen sepenuhnya terhadap satu-satu perhubungan, kedekut, berlagak pandai dan sebagainya. Jadi antara perkara yang boleh kamu lakukan dan perbaiki dari masa ke semasa untuk menjaga perhubungan kamu agar terus berkekalan.

1. Jadilah lelaki pemaaf

Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki yang pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang trkenal dengan sikap ego dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kamu. Bukan apa perempuan sebenarnya kana cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu barkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.

2. Jangan mudah berputus asa

Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat kamu sendiri, apakah kamu benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaj? Jika benar hasrat kamu ikhlas an jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka ?gila? dengan si dia jangan sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuanjuga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan.

3. Komitmen

Masuk bab komitmen ni, sesetengah lelaki payah sikit untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetap masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit komitmen kerana lambat laun perelmpuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan kamu trkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi.

4. Berlagak pandai

Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun kamu tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk lantaran ingn menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awa perkenalan kamu hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak tahu...

5. Berkongsi pendapat

Untuk menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil. Memang benar yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.

6. Pemurah

Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu sendiri menilainya? Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah kamu juga boleh kehiangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat kamu hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan berbelanja, tetapi biarlak ada batasannya. Bukan apa, ini smeua untuk kebaikan kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.

Lelaki mudah dekati wanita bersifat keibuan

by
DALAM memilih jodoh, lelaki sering bersandarkan paras rupa atau kecantikan wanita.

Kecantikan sesuatu yang subjektif. Apapun, wanita harus menjadikan diri mereka cantik dalam segala aspek.


Jika ciri yang diperturunkan ini anda miliki, ia mungkin boleh dianggap satu pakej wanita idaman yang diingini lelaki sebagai pasangan hidup satu hari nanti.



* Keibuan. Inilah sikap sebenar wanita yang membuatkan lelaki teruja padanya. Banyak lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.

Wajah keibuan sesungguhnya mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang dalam keadaan tertekan, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru hendak menonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi memiliki sikap keibuan dalam diri masing-masing.



* Keanak-anakan. Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka rasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang menyenangkan.

Kemanjaan wanita boleh membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian, malah wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah.



* Penuh pengertian. Pengertian wanita sering membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya seperti perasaan mudah memaafkan dan memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah.

Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang penuh pengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata kasar atau menuduh yang bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk perkara sebenar.



* Menghargai. Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.



* Menjaga penampilan. Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita itu menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat dan menjaga kesihatan tubuhnya, meningkatkan kualiti hidup serta memberi yang terbaik kepada dirinya.

Dia bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumah tangga, wanita berkenaan terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang kelihatan cantik dan ramping walau sudah punya anak tiga?



* Pandai berbicara. Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita berkenaan dapat mengimbanginya.

Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi memberi tindak balas dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik serta mengalihkan topik agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga gemar wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.



* Pandai bergaul dan menyesuaikan diri. Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana baru, wanita itu cepat menyesuaikan diri.



* Menghormati diri sendiri. Lelaki suka wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.



* Simpati dan prihatin. Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib mereka yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.

Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

7 Kalimah Yang Perlu Diamalkan

by
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam.

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90