Top Ad 728x90

World Cup FIFA 2010 Result (Quater Finals) - 03 July 2010

by
QUATER FINALS 3
Argentina 0 - 4 Germany (3' T.Muller, 68' 89' M.Klose, 74' A.Friedrich)
* Germany qualified to the Semi Finals

QUATER FINALS 4
Paraguay 0 - 1 Spain (83' D.Villa)
* Spain qualified to the Semi Finals (Germany vs Spain)

Kapal Selam Kedua Negara KD Tun Razak Tiba Di Lumut

by
LUMUT: Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada pukul 4.40 petang.

Sambutan rasmi ketibaan KD Tun Razak itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa manakala Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menaiki kapal selam itu dari Langkawi, Kedah.

Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

KD Tun Razak akan meneruskan pelayaran ke Pangkalan Kapal Selam di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah selepas seminggu di sini. Ia memulakan pelayaran pulang dari Toulon, Perancis sejak 30 April lepas dengan dikendalikan sepenuhnya 21 pegawai dan 11 anggota TLDM lain-lain pangkat.

Pelayaran dari Toulon itu mengambil masa 64 hari dan singgah di empat pelabuhan bagi tujuan ulang bekal iaitu di Pelabuhan Iskandariah (Mesir), Jeddah (Arab Saudi), Salalah (Oman) dan Cochin (India) sebelum tiba di sini.

Kemasukan kapal selam dalam inventori aset Armada TLDM bukan sahaja meningkatkan keupayaan Armada malah melengkapkan keupayaan peperangan tiga dimensi iaitu peperangan bawah permukaan, aras permukaan dan anti-udara.

KD Tun Razak merupakan antara kapal selam yang paling senyap di dunia dan amat sukar dikesan serta dijejaki pihak lawan.

KD Tun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara.

Ia bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter. Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang pada 3 Sept, tahun lepas.

- BERNAMA

Mahkamah Malam Kini di 6 Bandar Utama

by
Perbicaraan pada waktu malam di bawah program mahkamah malam telahpun diwujudkan di Georgetown, Johor Baru, Shah Alam, Ipoh, Alor Setar dan Kuala Lumpur sebagai langkah mempercepatkan lagi pendakwaan khususnya yang melibatkan jenayah jalanan.

Sehingga 30 Jun lalu, lima kes telahpun dibicarakan oleh mahkamah malam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak kementerian telah bekerjasama dengan PDRM, Pejabat Peguam Negara, pihak mahkamah dan juga Jabatan Penjara untuk memastikan sistem keadilan negara diperkukuhkan.

“Baru-baru ini semua agensi dan jabatan yang berada di bawah KDN telah berbincang bagaimana langkah-langkah untuk menyelesaikan dengan segera kes-kes tertangguh khususnya yang melibatkan jenayah jalanan dan pihak kementerian telah dikemukakan dengan 28 inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan kes-kes jenayah jalanan.

“Memperkenalkan mahkamah malam dan prosedur yang dikenali sebagai Kod-J adalah antara cadangan yang dikemukakan dan saya berasa gembira kerana kita dapat melaksanakan cadangan mahkamah malam sejak 1 Mac lalu,” katanya kepada para wartawan hari ini.

Hishammuddin menambah, untuk memastikan lebih ramai suspek dalam kes-kes jenayah ganas dibawa ke mahkamah dengan cepat dan cekap, beberapa langkah akan diambil antaranya mengurangkan kes-kes yang dikendalikan oleh pegawai penyiasat hanya kepada lima kes sahaja sebulan.

Lain-lain inisiatif termasuklah memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih baik agar pegawai penyiasat mampu mengambil dan mengumpul bukti dan membentuk pasukan khas yang terdiri daripada hakim dan majistret yang akan dibawa ke tempat yang mana banyak kes yang tidak dibicarakan.

- MSTAR

Pelajar IPTA Bakal Nikmati Kemudahan Teknologi 4G

by
JOHOR BAHRU - Kira-kira 400,000 penuntut 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negara bakal menikmati kemudahan capaian jalur lebar data suara 4G melalui Program Rakan Pendidikan (EPP) YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) menjelang akhir tahun ini.

Buat permulaan, kira-kira 20,000 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi pelajar universiti pertama menikmati kemudahan itu bersama data, suara dan kemudahan mudah alih, hasil kerjasama menyediakan rangkaian liputan 4G berkenaan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perjanjian yang dimeterai antara YTL Comms dan UTM, adalah menepati konsep 1Malaysia bagi membangunkan tamadun masyarakat negara ini sejajar dengan kemajuan masyarakat maju di luar negara.

"Dengan perjanjian terbabit, kami yakin kadar penembusan jalur lebar ketika ini yang mencapai 37.5 peratus, akan dapat membantu kerajaan melepasi sasaran Inisiatif Jalur Lebar Negara sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak dan UTM diwakili Naib Canselornya Profesor Datuk Dr Zaini Ujang manakala YTL Comms oleh Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Dr Francis Yeoh dan Pengarah Eksekutif Yasmin Mahmood di UTM Skudai di sini, hari ini.

Sementara itu, Yeoh berkata MoU tersebut merupakan sejarah penting dalam membina generasi baru penuntut yang progresif serta mampu mendapat maklumat secara cepat dan mudah.

"Program berkenaan menyediakan peluang kepada penuntut untuk mengakses Intranet dan Internet pada bila-bila masa, di mana jua, di dalam kampus.

"EPP juga membolehkan penuntut membawa arus perubahan positif dalam suasana pembelajaran berteras 4G yang akan menyumbang ke arah kejayaan negara yang lebih cemerlang pada masa depan," katanya.

Dr Zaini pula berkata menerusi MoU tersebut, YTL Comms akan menyediakan kemudahan capaian Internet sehingga 300 megabit bagi seorang pelajar sebulan, secara percuma, untuk tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, ia memudahkan penuntut khususnya mendapatkan maklumat lebih pantas bagi penyelidikan, perundingan dan pembelajaran.

"Menerusi perjanjian ini juga, UTM akan dapat meningkatkan kemudahan liputan Internet 100 peratus di kampus di sini, dan di Kuala Lumpur pada penghujung bulan ini," katanya.

- BERNAMA

World Cup FIFA 2010 Result (Quater Finals) - 02 July 2010

by
Quater Finals 1
(53' F.Melo (own goal), 68' W.Sneijder) Netherlands 2 - 1 Brazil (10' Robinho)
* Netherlands qualified to the Semi Finals

Quater Finals 2
(55' D. Forlan) Uruguay 1 - 1 Ghana (45' S.A.Muntari)
Penalty : Uruguay 4 - 2 Ghana
* Uruguay qualified to the Semi Finals (Netherlands vs Uruguay)

Judi musnah budaya hidup

by
Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin

Islam sesuai dengan namanya yang antara lain bermaksud selamat, sejahtera, aman dan patuh telah meletakkan panduan kepada umatnya dalam melayari kehidupan di muka bumi ini.

Antara yang dilarang keras oleh Islam adalah judi. Ini ditegaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan. (al-Maidah: 90)

Malah, masyarakat yang sempurna akalnya dan bertamadun pasti akan menolak perbuatan berjudi. Sebabnya, ia membawa banyak kerosakan dan keburukan berbanding kebaikan.

Itu adalah antara faktor Islam mengharamkannya. Allah sudah maklum bahawa manusia ini tidak akan mampu mengawal nafsu dan kewarasan apabila terlibat dengan judi.

Dalam fiqh kaedah ini disebut sadd zara'ie (mencegah keburukan sebelum ia berlaku)

Atas sebab itu, masyarakat perlu menolak sebarang bentuk perjudian waima apa pun namanya. Termasuklah dalam sukan iaitu judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung.

Judi itu jelas diharamkan oleh Islam. Justeru, tiada kompromi dalam hal yang qatie (pasti) ini.

Allah berfirman yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya... (al-Baqarah: 219)

Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2010, Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, judi itu diterima secara universal sebagai perbuatan yang buruk.

"Justeru tidak timbul soal memberi lesen sebagai menjustifikasi kegiatan judi dan juga soal nak memberi hak kepada orang bukan Islam.

"Lebih bagus kalau tidak berjudi. Sebabnya, masyarakat bukan Islam pun tidak suka berjudi," katanya dalam pertemuan dengan Mega, di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mahmood Zuhdi berkata, biar apa pun alasan, Malaysia yang diisytiharkan sebagai negara Islam tidak wajar mengeluarkan lesen judi baru.

Biarpun, tujuan sebenar adalah untuk mengawal kegiatan judi tidak berlesen, perbuatan itu tetap haram.

"Perkara ini sebenarnya bukan mudah. Tujuan asalnya adalah supaya duit judi bola sepak itu tidak lari ke negara lain.

"Sebabnya, kalau kerajaan tidak benarkan, judi tetap berlaku dan duit itu mungkin akan pergi ke China atau Hong Kong.

"Tetapi judi boleh memusnahkan budaya hidup dan masyarakat.

"Islam mengharamkan judi bukan semata-mata kerana soal aku menang kau kalah, tetapi budaya pembaziran yang ada di belakangnya," jelas Timbalan Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

Alhamdulillah, kata Mahmood Zuhdi, kerajaan telah membatalkan cadangan memberi lesen pertaruhan bola sepak.

Pada masa yang sama, kata beliau, kerajaan perlu mengawal kegiatan perjudian yang dilesenkan supaya akhirnya ia dapat dihapuskan sama sekali.

Dalam Islam, katanya, memang ada perkara atau hukum yang boleh diliberalisasikan.

Bagaimanapun, dalam bab judi, pengharamannya disebutkan dengan jelas dalam al-Quran dan juga hadis Nabi SAW.

Sebab itu, tegas beliau, negara tidak boleh liberalisasikan judi walaupun atas dasar untuk menjaga keuntungan.

"Duit daripada kegiatan judi yang sedia ada hendaklah dimasukkan ke dalam Baitulmal untuk pembersihan. Kemudiannya dipulangkan kepada masyarakat kerana wang itu untuk masyarakat.

"Tetapi kita tidak boleh cari duit melalui judi (melalui pemberian lesen baru)," tegas beliau.

Mahmood Zuhdi menambah, orang Islam perlu yakin bahawa jika mematuhi perintah Allah, rezeki itu akan didatangkan daripada pelbagai cara yang tidak disangka.

Ini janji Allah sebagai mana firman-Nya yang bermaksud: ...dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu. (at-Talaq: 2 dan 3)

Membenarkan judi kata Mahmood Zuhdi, adalah bercanggah dengan konsep dakwah yang dilaksanakan dalam negara.

Judi adalah sesuatu penyebab banyak nilai yang tidak baik hingga masyarakat kelak berasa lali (immune) melakukannya.

"Berapa lama kita sudah berjuang mengharamkan rokok tetapi masih tidak berjaya menghapuskannya secara total kerana perokok sudah lali," jelasnya.

Apa pun alasan atau hujah, yakinlah kepada Allah yang menjanjikan kemenangan kepada orang yang bertakwa.

Firman Allah yang bermaksud: Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (al-A'raaf: 96)

- UTUSAN

Tun Omar main peranan tuntut merdeka

by
Hanya tinggal 22 hari sahaja lagi sebelum Tun Omar Ong Yoke Lin menyambut tahun kelahirannya yang ke-93, namun ajal lebih dulu menjemput beliau awal pagi semalam kerana sakit tua. Perginya Omar bermakna tiada lagi bekas menteri yang pernah berada dalam barisan Kabinet pertama negara yang terbentuk pada 1955.

Anak jati Kuala Lumpur itu mengikut jejak langkah sembilan menteri Kabinet pertama lainnya yang lebih dulu meninggalkan kita. Mereka antaranya Tun H.S. Lee; Tun Dr. Ismail Abdul Rahman; Tun Leong Yew Koh dan Tun Sardon Jubir.

Sejarah mungkin lebih banyak mencatatkan bahawa Tun Tan Cheng Lock merupakan tokoh berbangsa Cina yang banyak merintis usaha ke arah kemerdekaan negara tetapi peranan yang sama sebenarnya turut digalas oleh Omar.

Malah, Omar sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar dalam perjuangan membebaskan negara daripada penjajah kerana beliau merupakan salah seorang daripada empat anggota yang menyertai delegasi parti Perikatan ke London pada April 1957.

Delegasi yang diketuai oleh Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman itu bertujuan memuktamadkan draf Perlembagaan Tanah Melayu yang membawa kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Sebelumnya, Omar yang merupakan pengasas kepada parti MCA pada 1949 adalah tokoh yang bertanggungjawab membentuk kerjasama politik antara bangsa Melayu dan Cina yang ketika itu semakin terpisah.

Segala-galanya bermula pada 1952 yang mana Omar ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor. Pada waktu yang sama, Datuk Yahya Razak iaitu rakan sekelas beliau ketika menuntut di Institut Victoria merupakan Ketua UMNO Kuala Lumpur.

Hubungan rapat antara mereka membawa kepada idea pembentukan parti Perikatan UMNO-MCA untuk bertanding pada pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 ketika negara masih di bawah pemerintahan British.

Pilihan raya itu turut disertai oleh Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar. Bagaimanapun, kerjasama UMNO-MCA yang mendapat sokongan Tunku Abdul Rahman memenangi sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Pada tahun yang sama, MIC yang ketika itu dipimpin oleh Tun V. T. Sambanthan turut menyertai pakatan tersebut menjadikannya parti gabungan di peringkat kebangsaan

Formula kerjasama antara parti itu kemudiannya menjadi pelopor kepada penubuhan Barisan Nasional (BN) yang berlangsung sehingga ke hari ini.

Sumbangan besar Omar dalam konteks kemerdekaan negara tidak terhenti hanya setakat itu. Omar juga pernah mengetuai sebuah delegasi ke mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Perpaduan di Kuching, Sarawak yang bertujuan membincangkan cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1961.

Usaha itu membawa beliau sekali lagi ke kota London pada 1963 sebagai salah seorang wakil pemimpin negara yang menurunkan tanda tangan dalam Perjanjian London 1963.

Peristiwa bersejarah itu menyaksikan terbentuknya Persekutuan Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak serta Singapura pada 16 September 1963. Bagaimanapun Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965.

Omar menjadi individu terakhir dalam barisan Kabinet negara sebelum dan selepas merdeka. Sumbangan Omar sepanjang 50 tahun pembabitannya dalam dunia politik tidak mampu dicatatkan sepenuhnya di dalam sebuah buku.

Beliau juga adalah antara 10 orang menteri Kabinet pertama negara yang dilantik selepas kemenangan besar parti Perikatan pada pilihan raya umum 1955. Beliau diberi tanggungjawab sebagai Menteri Telekom dan Pos Tanah Melayu sebelum dilantik memegang portfolio Pengangkutan setahun kemudian dan sebagai Menteri Buruh dan Kebajikan Sosial sebaik negara mencapai kemerdekaan.

Dua tahun kemudiannya, selepas pilihan raya umum 1959, Omar berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dan Kebajikan Sosial (1959-1962) sebelum dilantik sebagai menteri tanpa portfolio pada 1962 hingga 1973.

Selain itu, Omar juga dilantik sebagai Duta Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) pada 1962. Pada 1966 pula beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang pertama ke Kanada sebelum menjadi duta Malaysia ke Brazil setahun kemudiannya.

Seperti kebanyakan tokoh politik yang lainnya, Omar yang memeluk Islam pada 1961 bergiat aktif dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas persaraannya. Beliau memilih untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan yang digerakkan bersama isterinya, Toh Puan Dr. Aisyah Ong.

Antaranya menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang dipengerusikannya, Persatuan St. John Ambulans, selain bertindak sebagai Presiden Yayasan Jantung Malaysia.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) iaitu pertubuhan yang memberi tumpuan kepada saudara-saudara baru Islam.

Jenazah Omar disemadikan di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara selepas Asar semalam.

- UTUSAN

CBBC jadi pilihan murah raih keuntungan

by
Sijil boleh panggil bull/bear (callable bull/bear certification - CBBC) adalah pilihan yang lebih murah bagi pelabur meraih keuntungan daripada prestasi saham-saham mewah yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan saham-saham lain di luar negara.

CBBC adalah instrumen kewangan yang menjejaki prestasi instrumen pendasar tanpa memerlukan pelabur membayar harga penuh yang diperlukan bagi memiliki instrumen pendasar.

CBBC adalah hibrid antara waran opsyen belian dengan pembiayaan margin dan sudahpun berada dalam pasaran Eropah dan Hong Kong, kata Lim Jong Hau, Pengarah Derivatif Ekuiti CIMB Investment Bank.

CIMB akan melancarkan CBBC pada 15 Julai manakala penyenaraiannya pada 16 Julai, tertakluk kepada kelulusan daripada Bursa Malaysia, katanya, sambil menambah bahawa ia boleh didapati bagi empat saham.

Beliau, bagaimanapun, enggan menyatakan saham-saham berkenaan.

Kata beliau, siri jelajah CIMB di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mendapat maklum balas dan penyertaan positif dan dengan demikian ia menjangkakan kadar penerimaan yang baik bagi produk itu daripada pelabur-pelabur Malaysia.

Berbanding pembiayaan margin saham, CBBC melibatkan kos transaksi yang lebih rendah dan ia diniagakan di bursa, katanya pada satu sesi taklimat hari ini.

"Ia tidak melibatkan panggilan margin, jualan terpaksa, had harga, isu pemilikan saham dan tanggungan peribadi berbanding pembiayaan margin saham," jelas beliau.

CBBC diterbitkan dalam bentuk sama ada sijil Bull atau sijil Bear dengan tarikh tamat tetap, dan membolehkan pelabur mengambil pendirian bull atau bear terhadap instrumen pendasar.

Tempoh CBBC adalah dari tiga bulan hingga lima tahun.

Jika harga instrumen pendasar mencapai harga panggilan pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat tempoh, penerbit akan memanggil CBBC dan dagangan akan digantung.

Keadaan begini dikenali sebagai Mandatory Call Event (MCE) dengan harga ditetapkan oleh penerbit.

Menyentuh tentang risiko yang ada, beliau berkata, walaupun harga CBBC cenderung bergerak seiringan dengan harga instrumen pendasar, namun dalam beberapa situasi ia mungkin tidak begitu.

Harga CBBC terjejas bukan sahaja oleh harga instrumen pendasarnya, malah juga kos pembiayaan, masa sebelum tamat tempoh serta penawaran dan permintaannya sendiri.

- Bernama

Jadual Perlawanan Piala Dunia (Suku Akhir) 2010

by
02/07/2010 (JUMAAT)
10.00 PM - Belanda (Netherlands) lwn Brazil (Siaran Tertunda di TV1 jam 12.00 AM)
2.30 AM - Uruguay lwn Ghana (Siaran Langsung di TV1 jam 2.00 AM)

03/07/2010 (SABTU)
10.00 PM - Argentina lwn Jerman (Germany) (Siaran Langsung di TV2 jam 9.30 PM)
2.30 AM - Paraguay lwn Sepanyol (Spain) (Siaran Tertunda di TV1 jam 4.30 AM)

* Waktu Malaysia

Bilangan Pelajar yang ditawarkan masuk ke IPTA (Program Ijazah Pertama)

by


Kemasukan Program Ijazah Pertama Tahun 2010: 

Universiti Utara Malaysia (UUM) (4,392)

Universiti Malaysia Sabah (UMS) (4,001)

Universiti Putra Malaysia (UPM) (3,717)
 
Universiti Sains Malaysia (USM) (3,694)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (3,436)

Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) (2,973)

Universiti Malaya (UM) (2,819)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (2,495)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2,304)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2,218), 

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (1,945), 

Universiti Malaysia Pahang (UMP) (1,674), 

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (1,406), 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (1,168), 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) – sebelum ini dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia - (UDM) (881), 

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) (678), 

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (445), 

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (260). 

Kredit - En.Mohd Razihan

Koleksi Teka-Teki

by
 
BANYAK-BANYAK

1.

Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling panjang?

Jawapan: Kuda yang berbaris-baris

2.

Banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Jawapan: Kuih Donut

3.

Banyak-banyak kuih, kuih apa ada bawang besar ditengah-tengah?

Jawapan: Kuih salah resepi

4.

Banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang suka cari?

Jawapan: Lembu yang hilang… kalu tak hilang orang tak cari punya

5.

Banyak-banyak binatang.... binatang ape yang bertelur dan beranak.....?

Jawapan: Siput babi laaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak.... kenape x percaye ye.hahahahaha

6.

Banyak-banyak pokok, pokok apa yang baik hati?

Jawapan: Pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia

7.

Banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?

Jawapan: Sungai Besi...Alaa sungai yang kat selangor tu.

8.

Banyak-banyak air, air apa yang paling berani?

Jawapan: Air terjunnnn!!!

9.

Banyak-banyak huruf, huruf mana yang boleh kahwin...

Jawapan: I dan U leee..

10.

Banyak-banyak ikan, ikan apa yang pemalu?

Jawapan: Ikan Sadin dalam tin. Sebab tak keluar-keluar, dalam tin je..

11.

Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diankat?

Jawapan: Kotak Penalti

12.

Banyak-banyak orang.. orang apa tak kawin?

Jawapan: Orang-orang

13.

Banyak-banyak gurun, gurun mana tanamannya subur?

Jawapan: Gurun, Kedah

14.

Banyak-banyak cecair, cecair apakah yang menjadi beku bila dipanaskan?

Jawapan: Telur

15.

Banyak-banyak binatang, binatang apa yang baik hati????

Jawapan: SRIGALA kerana Srigala suka lolong melolong

16.

Banyak-banyak Tahi, tahi apa yang tak berbau?

Jawapan: Tahi hidung, sebab duduk dalam hidung tuan dia tak tercium pun bau.

17.

Banyak-banyak burger, burger apa yang buat kita gembira?

Jawapan: Bergembira!

18.

Banyak-banyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah?

Jawapan: Ayer Hitam (Air Hitam)

19.

Banyak-banyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?

Jawapan: Ikan kembung.

20.

Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?

Jawapan: Singapura.

21.

Banyak-banyak Burung, Burung apakah yang paling penyayang?

Jawapan: Burung belatuk... sebab dia bela atuk.

22.

Banyak-banayk buah, buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Melaka

23.

Banyak-banyak daun, daun apa tidak bertangkai

Jawapan: Daun terup

24.

Banyak-banyak binatang, binatang apa tidak berkaki?

Jawapan: Ular

25.

Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

Jawapan: Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

26.

Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

Jawapan: MILO AIS

27.

Banyak-banyak binatang, binatang apa tangannya di kepala, kakinya di kepala, badannya di kepala?

Jawapan: Kutu

28.

Banyak-banyak burung, burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan: Penguin

29.

Banyak-banyak bintang, bintang apa hidup di laut?

Jawapan: Tapak Sulaiman



HURUF DAN PERKATAAN

1.

Binatang apa namanya hanya guna dua huruf sahaja?

Jawapan: U dan G (udang)

2.

Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Jawapan: Beruang sebab binatang ni ber wang

3.

Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.

4.

Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Jawapan: Bahrain kerana bah tu banjir, 'rain' tu hujan...

5.

Huruf jawi apa yang ada angin...

Jawapan: Huruf TA dan YA laa... (Bunyi macam Tayar, tayarkan ada angin)

6.

Katak apa yang boleh menyuruh orang?

Jawapan: KATAKan padaku

7.

Kera apa yang tinggal di istana?

Jawapan: KERAbat diraja

8.

Kera apa yang buat orang stress?

Jawapan: KERAna cintanya diputuskan oleh kekasih hati

9.

Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

Jawapan: Kambing binATANG

10.

Kopi apa yang sungguh menyusahkan?

Jawapan: KOPIkir sendirilah!



PERIBAHASA DAN SLOGAN

1.

Apa Arti Peribahasa "Sambil Menyelam Minum Air"?

Jawapan: Tenggelam

2.

Bila slogan "Terus Maju, Pantang Berundur" nampak bodoh?

Jawapan: Waktu Kejohanan Tarik Tali

3.

Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar. (berdasarkan pantun melayu)

4.

Apa dia "jauh di mata, dekat di hati"?

Jawapan: Jantung.. paru-paru pun boleh.. hempedu pun boleh.. asalkan denkat dengan hati..



BAHASA

1.

Apa bahasa cinanya "selesai makan"?

Jawapan: Sudah KEN YANG

2.

Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.

Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.

3.

Kenapa bila orang putih sebut "Wang Udara dan Kerusi" bunyinya lucah?

Jawapan: Air Money and Chair (Air Mani Encir - Encir maknanya cair)

4.

Cuba teka apa bahasa cina-nya "orang yang cari ikan di laut"?

Jawapan: MAN CHING



SOALAN

1.

Apa dia, Ditembak ke lantai kena hidung?

Jawapan: Orang kentut

2.

Siapa orang yang gembira bila mendengar orang meninggal?

Jawapan: Tukang gali kubur

3.

Apa dia yang masuknya lurus keluarnya bengkok?

Jawapan: Jari tengah korek lubang hidung

4.

Apa dia, kalau dikeluar dari lubang besar tak dapat, tapi kalau dikeluar dari lubang kecil dapat?

Jawapan: Air Ludah

5.

Apa yang diiring bukan raja, ditanam bukan tanaman?

Jawapan: Orang mati nak dikubur

6.

Apa benda, bekaki satu bemata tiga?

Jawapan: Lampu Trafik

7.

Apa yang masuknya keras keluarnya lembik?

Jawapan: Terung direbus

8.

Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?

Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

9.

Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Jawapan: Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.

10.

Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

11.

Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!

12.

Apa dia, Kalau kita guna kita buang, kalau tak kita simpan?

Jawapan: Jala

13.

Ada 2 syiling benilai 25 sen. Salah satu darinya bukan duit 5 sen. Jadi berapa nilai setiap syiling?

Jawapan: 20 sen dan 5 sen

14.

Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu di bagi pulak pada 3 orang..berapa seorang dapat?

Jawapan: Sebiji sorang sebab limaukan 3 biji..

15.

Benda apa kalau naik tak turun dah?

Jawapan: Umur

16.

Air apa yang kita bawa tak berat?

Jawapan: Air sembahyang

17.

Apa binatang ada 6 kaki dan boleh mengeluarkan api?

Jawapan: Api-api (kelip-kelip)

18.

Apakah dia "rumah di bawah, tiang di atas"?

Jawapan: Kubur



KLASIK

1.

Kulit bertemu kulit, bulu bertemu bulu, makin rapat makin sedap?

Jawapan: Mata mengantok nak tidur

2.

Kalau kotor tak dapat dicuci, kalau koyak tak dapat di jahit

Jawapan: Kertas

3.

Bila ditarik, yang di atas gembira dan yang di bawah pasti merana

Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

4.

Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama.

Jawapan: Tapak kaki kita

5.

Bila dipegang, ia mati, bila dilepas, ia hidup, dibiar-biar, akhirnya mati.

Jawapan: Gasing.

6.

Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.

Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....

7.

Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun ke dalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Jawapan: Pisang Goreng

8.

Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam

Jawapan: Anak mancis daaa.

9.

Pembuatnya tidak mahu guna, pembelinya tidak menggunakannya dan penggunanya tidak nampaknya

Jawapan: Keranda

10.

Di dalam Dunia ni, dialah yang paling pendek dan panjang, di dalam dunia ni dialah yang lembab dan pantas, tanpa dia semua kita buat tak jadi...

Jawapan: Masa

11.

Ada kaki tak berpeha, ada muka tak berkepala...

Jawapan: Meja

12.

Yang Besar dapat masuk, yang kecil tak dapat masuk

Jawapan: Songkok

13.

Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah sampai pegang buah

Jawapan: Panjat pokok kelapa

14.

Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

Jawapan: Masukkan benang dalam jarum



PERBEZAAN DAN PERSAMAAN

1.

Apa perbezaan Kereta Baru dengan Pengantin Baru?

Jawapan: Kalau kereta baru, jumpa lubang mesti dielak, kalau pengantin baru jumpa lubang, terus dia hentam.

2.

Apa perbezaan jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

3.

Apa perbezaan di antara Gajah dengan Lelaki?

Jawapan: Di kepala gajak ada belalai, Dibelalai lelaki ada kepala.

4.

Apa perbezaan antara orang perempuan dengan angkasawan perempuan?

Jawapan: Perempuan - Datang Bulan, Angkasawan Perempuan - Datang ke bulan.

5.

Apa persamaan Presiden Bush dengan Saddam Hussein?

Jawapan: Dua-dua tak kenal siapa saya

6.

Apa pebezaan di antara sekretari baik dengan sekretari kurang baik?

Jawapan: Sekretari baik; "Selamat pagi tuan", Sekretari kurang baik; "Dah pagi ni tuan'"

7.

Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?

Jawapan: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

8.

Apa perbezaan antara basikal baru dengan pengantin baru?

Jawapan: Basikal baru, pam dulu baru naik, pengantin baru naik dulu baru pam..

9.

Apa perbezaan seluar pelarut dengan balon gas?

Jawapan: Kalau Balon gas, lepas talinya, belon naik ke atas, seluar pelarut, lepas talinya, seluar turun ke bawah.

10.

Apa perbezaan lampu stadium dengan lampu bilik?

Jawapan: Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam



MERAPU

1.

Apakah dia yang paling laju di dunia, lebih laju kereta F1 malah lebih laju dari Jet pejuang?

Jawapan: Maaflah tak sempat nak tengoh, sebab laju sangat. Zoommm dah hilang.

2.

Semua hewan jadi monyet, monyet jadi apa?

Jawapan: Jadi banyak.

3.

Kerbau apa yang sudah dicari-cari tetap tidak kelihatan?

Jawapan: Kerbau yang hilang

4.

Menyalak bukannya anjing, mengiau bukannya kucing, berkokok bukannya ayam, terbang bukannya burung, mengembik bukannya kambing.. Binatang apakah itu?

Jawapan: Binatang ajaib

5.

Macam mana nak masukkan Gajah dalam peti sejuk?

Jawapan: Buka peti sejuk, masukkan Gajah lepas tu tutup

6.

Macam mana nak masukkan Rusa dalam peti sejuk?

Jawapan: Buka peti sejuk, keluarkan Gajah, masukkan Rusa dan tutup peti sejuk.

7.

Kalau seluruh hutan terbakar dan semua binatang mati kecuali seekor, agak-agak binatang apakah itu?

Jawapan: Rusa, sebab dia masih dalam peti sejuk.

8.

Kenapa Superman berbaju ketat?

Jawapan: Baju dia saiz S, besar kat depan dada dia.

9.

Kalau kucing naik moto, manusia naik apa?

Jawapan: Heran

10.

Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.

11.

Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Jawapan: Stokin tu basah lah....

12.

Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh ke belakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!

13.

Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah, kemudian 270 darjah ke kiri. Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?

Jawapan: Ke bawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.

14.

Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?

Jawapan: Spedometer bas lah...

15.

Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?

Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

16.

Kenapa mayat dibungkus kain putih?

Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam, siapa takut!!!!

17.

Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam, dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.

18.

Ekor siapa panjang, ekor tikus atau ekor kuda?

Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

19.

Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

20.

Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

21.

Kalau ditutup dia akan mengintai, tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

Jawapan: Orang naik beca semasa hujan

22.

Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau, sedang profesor memikir untuk masa depan.

23.

Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!

24.

Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?

Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.

25.

Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

26.

Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"

27.

Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Jawapan: Buang tebiat

28.

Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.

Jawapan: Batang hidung engkaulah!

29.

Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!

30.

Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa?

Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan

31.

Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?

Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?

32.

Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala. kalau makan tak pulak?

Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

33.

Zaman jepun dulu, kalau askar jepun jumpa lalaki hemsem, mesti ke pancung. Ditakdirkanlah awak hidup zaman jepun, dan kebetulan satu hari tu anda terserempak dengan askar jepun dari jauh. Apa yang anda buat untuk menyelamatkan diri?

Jawapan: Buat selamba je laa.. apa kau ingat kau hensem sangat ke?

34.

Apakah haiwan yang berkaki 3?

Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

35.

Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

36.

Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Jawapan: Orang gemuk makan tempat, orang kurus makan hati.

37.

Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.

38.

Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!

39.

Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal... ha...ha...ha..

40.

Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM

41.

10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah, namun 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

42.

Apa kita buat sebelum turun dari perahu?

Jawapan: Kita naik perahu le dulu, macam mana nak turun kalau tak naik dulu.

43.

Ikan apa yang ada ketiak?

Jawapan: Taukea ikan.

44.

Apa yang dipegang lembik dipukul keras?

Jawapan: Tahi ayam melekat kat tiang lampu.

45.

Kenapa anjing jinak suka goyang ekor?

Jawapan: Kalau goyang punggong nanti orang kata macam Inul (Dangdut)

46.

Kenapa ikan Yu takut dengan ikan lumba-lumba?

Jawapan: Sebab ikan lumba-lumba suka bawak geng. Kalau lawan satu sama satu, belum tahu lagi.

47.

Kalau Haiwan dan Serangga boleh sekolah, siapa yang selalu lewat ke sekolah?

Jawapan: Ulat Gonggok, sebab dia banyak kaki lambat nak pakai kasut sekolah.

48.

Kenapa dalam film Hulk, bila hero bertukar jadi Hulk, badan dia terus membesar tapi baju dia je yang koyak seluar tidak?

Jawapan: Kalau seluar yang koyak tajut jadi film Blue pulak..

49.

Kenapa orang membaca yasin dikubur bedosa besar?

Jawapan: Sebab membunuhkan bedosa besar, orang tu tengah baca yasin kenapalah di kubur, matilah dia..

50.

Binatang apa, kaki macam gajah tapi bukan gajah, telinga macam gajah tapi bukan gajah, badan macam gajah tapi bukan gajah, ada belalai macam gajah tapi bukan gajah?

Jawapan: Anak Gajah

51.

Ada seekor anjing yang sangat besar. Anjing ni sangat suka makan dan sekali dia makan, bekilo-kilo makanan habis dikerjakannya. Yang paling best, bila dia berak, tahi dia melonggok besarnya. Sudi tak awak komgsi makan tahi tu dengan saya?

Jawapan: Kalau "Tidak", jawaplah "Awak ni kedekut le, kita ajak bekongsi dia tak nak. Awak makanlah sorang-sorang", Kalau "Ya", jawaplah "Oleh kerana awak ni baik hati saya hadiahkan bahagian saya untuk awak", kalau "Takpalah, saya dah kenyang, awak je lah yang habiskan" jawapanya awaklah yang kena.

52.

Ada 20 ekor babi di dalam sebuah lori, dalam perjalanan ke pusat penyembelihan, lori pergi ke stesen minyak… dua ekor babi tak tahan bau diesel lalu melompat… seterusnya… lori itu berhenti di lampu isyarat… seekor babi melompat kerana tidak sabar menunggu… dan di Simpang Tiga… seekor babi terasa amat panik lalu melompat… berapa ekor babi yang tinggal…?

Jawapan: 20 ekor jugak pasai dia lompat dalam lori aje (Di Malaysia kan babi kena bawak dalam sangkar…)

53.

Babi dan beruk ada seorang kawan iaitu tarzan, apabila tarzan mandi kenapa babi dan beruk gelak?

Jawapan: Sebab ekor babi dan beruk kat belakang, ‘ekor’ tarzan kat depan… (pendek pulak tu…)

54.

Cuba Teka, mouse komputer betina ke jantan?

Jawapan: Mouse komputer adalah betina kerana ia memakai pad.

55.

Seorang penggali kubur semasa nak gali kubur ada pantangnya.. kalau dia langgar pantang ni..mesti ada sesuatu yang berlaku padanya.. pantangnya..kenapa dia tak bole pakai seluar dalam masa gali kubur?

Jawapan: Kalau gali kubur kena pakai cangkul, kalau pakai seluar dalam bila nak siap.

56.

Kereta dengan motor, mana lebih tua?

Jawapan: Motor, sebab motor pakai tongkat...

57.

Kasut apa yang paling keras di Malaysia?

Jawapan: Kasut BATA laaaa..

58.

Kalau 5 orang cina tolak seorang, jadi apa?

Jawapan: Yang sorang tu jatuh le..

59.

Apa yang boleh dipotong dengan daging?

Jawapan: Tahi panjang waktu tengah berak.

60.

Apa binatang yang boleh terbang, memanjat pokok dan berenang dalam air?

Jawapan: Ada banyak jawapan tapi yang pasti mesti 3 binatang bukan 1. Burung, Monyet dan Ikan.

61.

Kenapa apabila monyet makan, ia suka simpan di pipi?

Jawapan: Saya tak tahu sebab saya bukan monyet, sapa yang jawap tu paham-paham laa..

62.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak boleh nak tolak?

Jawapan: Pintu yang kena tarik bila nak buka, kalau ditolak tentu tak dapat.

63.

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?

Jawapan: Tukang gali kubur

64.

Apa yang waktu malam dia hidup siang dia mati?

Jawapan: Drakula

65.

Sebuah bas membawa 30 orang penumpang. Tiba-tiba berlaku satu kemalangan, semua penumpang dan driver bas mati. Apa yang masih hidup?

Jawapan: Lesen memandu, Roadtax dan insurent Driver Bas tu.

66.

Kereta berhenti tarik Handbrek, Kuda Berhenti Tarik Apa?

Jawapan: Tarik nafas sebab penat belari

67.

Kenapa Pontianak berambut panjang?

Jawapan: Sebab malam kedai gunting tutup.

68.

Apa kucing selalu ada, tapi gajah tak mungkin ada?

Jawapan: Anak kucing

69.

Katak apa yang boleh melompat lebih tinggi dari Bangunan Berkembar Petronas?

Jawapan: Semua katak... sebab Bangunan Petronas tak boleh melompat

70.

Bibir bertemu bibir, tangan meraba raba mencari lubang sehingga menimbulkan keasyikan?

Jawapan: Orang main seruling

71.

Di laut merah terdapat banyak ikan jerung, kerana?

Jawapan: Kerana itu janganlah kau berenang di sana!

72.

Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?

Jawapan: Kacang panjang bila dipotong namanya tetap kancang panjang, tapi seluar panjang bila dipotong jadi seluar pendek

73.

Katak apa yang dilanggar kereta tapi masih tak mati?

Jawapan: Katak panjang umur

74.

Ada 3 orang yang memakai payung - orang pertama gemuk, orang kedua kurus, orang ketiga pendek... siapa yang basah?

Jawapan: Tak ada sapa yang basah sebab tak hujan pon

75.

Bagaimana cara nak masukkan 71 orang ke dalam kereta Perodua Kancil?

Jawapan: 2 duduk kat depan, di belakang baring posisi 69

76.

Nenek siapa yang larinya melompat-lompat?

Jawapan: Nenek si Kangaroo

77.

Perbuatan apa yang ditegah oleh agama tetapi juga dibenci setan?

Jawapan: Merogol anak setan

78.

Ayam apa yang boleh bertelur di gunung, di gua, di hutan?

Jawapan: Ayam betina ler

79.

Kereta apa yang tidak boleh dicat?

Jawapan: Kereta yang hilang

80.

Kuda apa yang boleh lihat kau, tapi kau tak boleh lihat kuda itu?

Jawapan: Kuda yang tengah sembunyi

81.

Kenapa Superman pakai "S" di bajunya?

Jawapan: Kalau pakai "XXL", longgar sangat

82.

Lipas apa yang kepalanya di kaki, badan-nya di kaki, sesungutnya di kaki, matanya di kaki?

Jawapan: Lipas kena pijak

83.

Ikan apa yg banyak di laut ?

Jawapan: Ikan yang basah

84.

Kenapa kentut kau lebih kuat bunyinya daripada kentut aku?

Jawapan: Sebab kau kentut kat Microphone

85.

Siapa yang menemukan dompet kulit?

Jawapan: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada aku

86.

Berapakah jauhnya planet Pluto dari matahari?

Jawapan: Tersangaaaaatlah jauhnya

87.

Bila hari hujan, macam mana cara kalau kita tak nak nampak/dengar bunyi/titisan hujan?

Jawapan: Kalau kita masuk lif pastu tutup pintu lif.

88.

Selalunya kita jumpa semalam baru kita jumpa esok. Dekat mana kita boleh jumpa esok dulu sebelum jumpa semalam?

Jawapan: Kalau kita baca kamus dari depan ke belakang.

89.

Apa dia: ayam di luar, ikan di dalam?

Jawapan: Ikan sardin cap ayam.

90.

Apa dia: bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?

Jawapan: Michael Jackson.

91.

Kenapa hidung lembu sentiasa berair?

Jawapan: Lembu tak tahu nak kesat hidungnya dengan tisu.

92.

Bom apakah yang tak pernah meletup?

Jawapan: Bomba ataupun kuih bom.

93.

Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?

Jawapan: Teksi.

94.

Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

Jawapan: Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat sebelah aje.

95.

Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

Jawapan: Semut yang matanya BENGKAK

96.

Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jawapan: Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

97.

Kenapa laki-laki suka berpikir dan perempuan suka bercakap?

Jawapan: Kerana laki-laki ada 2 kepala, perempuan bula ada 2 mulut.

98.

Kenapa orang bercinta suka meraba raba?

Jawapan: Kerana cinta itu buta

99.

Panjangnya 15 cm, kemerahan, ada kepalanya, dan kalau banyak boleh membuat perempuan naik gila?

Jawapan: Duit sepuluh ringgit

100.

Apa sebab utama perceraian?

Jawapan: Perkawinan

101.

Binatang ape power Karate?

Jawapan: Kuda belang. cuba kira berapa "black belt" dia ada.

102.

Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?

Jawapan: Pembohong...

103.

Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?

Jawapan: Sebab lelaki ni kan 'buaya'

104.

Nak mencari sikit punya susah, bila dah dapat buang, apa bendanya?

Jawapan: Tahi hidung

105.

Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

Jawapan: Mestilah kena tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

106.

Gajah terbang dengan ape?

Jawapan: Dengan susah payah......

107.

Apa dia Berwarna hitam, montok, terbelah tengahnya?

Jawapan: Tahi kerbau dilanggar Motosikal
 
 

TARIKH PENTING UNTUK PERMOHONAN DPLI, KPLI & KPLSPM JUN 2010

by


15 April 2010 - Semakan Tempat Ujian MEDSI untuk calon DPLI & ISMP / Ujian MUNSYI 

17 April 2010 - Semakan Calon Berjaya Temuduga KPLI (Calon MTEST Pertama dan Kedua) 

26 – 29 April 2010 - Tempoh Temuduga KPLI 

24 April 2010 - Ujian MEDSI ( DPLI & ISMP ) 

12 Mei 2010 - Semakan Panggilan Temuduga DPLI & ISMP 14 Jun 2010 - Semakan Keputusan Kemasukan KPLI & KPLSPM 

17 Jun 2010 (12.00 tgh) - Semakan Keputusan Kemasukan DPLI 

18 Jun 2010 (12.00 tgh) - Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM / Diploma 

28 Jun 2010 - Tarikh Pendaftaran KPLI di IPGM 

3 Julai 2010 - Tarikh Pendaftaran DPLI di IPTA * Semua tarikh tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90