Top Ad 728x90

GSTT Diteruskan - Surat Pemberhentian 13,000 Guru Sandaran Ditarik Balik

by
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.

"Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak dan terdapat pemintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar kontrak mereka ini disambung semula.

Muhyiddin berkata beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lepas bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terlibat.

Menurutnya keputusan mengekalkan GSTT adalah bagi memberi mereka peluang menjadi guru yang terlatih.

"Jika mereka hendak diserapkan kepada guru terlatih dan tidak cukup kelayakan, pendekatan yang sesuai diambil adalah memberi mereka peluang mengikuti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti," katanya.

Menurut beliau, pendekatan ini membolehkan GSTT meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang mata pelajaran pilihan bukan am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.

Muhyiddin mengingatkan GSTT supaya bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.

"Pengambilan GSTT yang baru jangan diisi dahulu tetapi disemak dahulu dengan Pengarah Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran," katanya.

- BERNAMA 03/03/2011

Tawaran Diskaun Saman dan Kaunter Pembayaran Saman Trafik Dibuka Hingga 10 Mac 2011

by
Kerajaan melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik sehingga 10 Mac ini.

Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan pada Rabu berkata kaunter tersebut akan dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sehingga tarikh akhir tersebut.

Katanya pesalah trafik yang ingin menyelesaikan saman diminta membuat pembayaran seawal mungkin.

Sejak Ogos tahun lepas kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu hingga semalam - tarikh akhir diskaun ditetapkan sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Rabu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik sehingga 10 Mac ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang menghadapi masalah ingin menjelaskan saman berikutan sistem tergendala serta kesesakan di kaunter.

Sebanyak 7.9 Juta Saman Telah Diselesaikan Sejak 12 Ogos Lepas

Sebanyak 7.9 juta saman telah diselesaikan oleh pesalah-pesalah trafik, setakat ini, sejak tempoh diskaun 50 peratus diberikan yang bermula 12 Ogos tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail berkata jumlah itu menjadikan sebanyak 9.4 juta saman belum dilunaskan oleh pesalah trafik.

"Seperti yang kita ketahui kerajaan telah melanjutkan tempoh pembayaran saman sehingga 10 Mac ini, orang ramai perlu ambil peluang yang ada untuk menjelaskan saman mereka supaya nama mereka tidak disenarai hitamkan.

"Jabatan Pengangkutan Jalan akan menyenaraihitamkan dan mengaktifkan mata demerit terhadap mana-mana pesalah trafik yang gagal melunaskan saman sehingga 10 Mac ini," katanya kepada pemberita selepas menandatangani dan merasmikan kaunter saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pos Malaysia Berhad di sini.

Berikutan sikap sambil lewa pesalah trafik yang membuat pembayaran saman pada saat-saat akhir, Hussin berkata ia menyebabkan sistem komputer mengalami masalah berikutan jumlahnya tidak dapat ditampung dengan berkesan.

"Terdapat segolongan masyarakat yang gemar membuat pembayaran pada saat-saat akhir, walaupun kerajaan telah beri masa yang lama kepada mereka untuk jelaskan saman tertunggak dan ini menyebabkan timbul masalah pada sistem komputer," katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya masyarakat tidak cuba merasuah polis apabila melakukan kesalahan jalan raya kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga berlawanan dengan prinsip etika.

"Jika kesalahan dilakukan, terimalah saman yang dikenakan polis. Sikap begini bukan sahaja profesional tetapi juga berintegriti," katanya.

Mengenai majlis itu, beliau berkata sebanyak 703 cawangan Pos Malaysia Berhad di seluruh negara telah menyediakan kaunter semakan dan bayaran saman PDRM yang telah mula beroperasi pada 1 Ogos lepas.

"Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada orang ramai kerana kini, penduduk luar bandar tidak perlu bersusah-payah ke kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah dan hanya boleh buat pembayaran di cawangan pejabat pos," katanya.

- BERNAMA 03/03.2011

Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia - 01/03/2011 (Selasa)

by
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 01/03/2011 (SELASA)

Kelantan 3 - 0 Negeri Sembilan

Selangor 2 - 0 Kedah

Terengganu 3 - 0 Johor FC

Felda United FC 2 - 0 T-Team

Perak 1 - 1 Harimau Muda 'A'

Pahang 2 - 2 Sabah

Perlis 0 - 0 Kuala Lumpur

Jawatan Kosong di Universiti Sains Malaysia (USM) - Mac 2011

by
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dipelawa untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

JAWATAN:
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.amdi.usm.edu.my/Portals/0/borangjawatankosong/IklanFebruari2011.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.amdi.usm.edu.my/Portals/0/borangjawatankosong/BORANG_JAWATAN_KOSONGFeb.doc

LAMAN WEB
http://www.amdi.usm.edu.my

Tarikh Tutup : 7 Mac 2011

Persekolahan Satu Sesi Objektif Kerajaan

by
Kerajaan meletakkan matlamat melaksanakan secara menyeluruh sistem persekolahan satu sesi sekiranya keperluan infrastruktur dan tenaga pengajar mencukupi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya sistem berkenaan dilaksanakan ia akan menjadikan tempoh persekolahan lebih anjal bagi memberi ruang kepada guru dan pelajar menjalankan aktiviti kokurikulum.

"Sekolah satu sesi itu memang objektif kita, sekarang ini kalau ada sekolah rendah pun mungkin 60 hingga 70 peratus (laksanakan) satu sesi, tapi kalau sekolah menengah kurang daripada itu.

"Kalau sistem ini dapat kita laksanakan bermakna tempoh masa belajar boleh lebih anjal. Sekarang sekolah sesi pagi berlangsung sampai pukul 1 petang atau lebih sedikit, waktu petang ada sesi kedua dan ia akan tamat sampai larut petang.

"Jadi kalau nak buat aktiviti kokurikulum atau sukan agak sukar kecuali hari-hari lain, (sistem satu sesi) memang ada faedahnya," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di Temerloh, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai saranan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arsyad supaya kerajaan melaksanakan persekolahan satu sesi dari pukul 8 pagi hingga 4 petang dengan memperkenalkan jadual waktu anjal kepada guru supaya tiada bebanan kerja berlebihan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak meletakkan sebarang sasaran tempoh masa tertentu untuk melaksanakan sistem berkenaan.

"Untuk melaksanakannya, ia bermakna kita kena menyediakan lebih banyak sekolah dan yang lebih penting kita kena sediakan lebih banyak guru untuk tampung keperluan itu.

"Ini sasaran kita, tapi saya kurang pasti bila kita boleh sampai ke tahap itu. Tapi apapun yang sedang berlaku, kalau kita tak mampu laksanakan satu sesi kita gunakan dua sesi, setidak-tidaknya pembelajaran masih dapat diteruskan," katanya.

- MSTAR

Persediaan Sebelum Tidur

by
Hadith:

DIRIWAYATKAN daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW.

Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a katanya: "Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (at-Tirmizi)

Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.

Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur.

Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula.

Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kalendar Bulan Februari 2011

by
3 Feb 2011 - Tahun Baru Cina

15 Feb 2011 - Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW)

21 Feb 2011 - Keputusan Peperiksaan STPM 2010

25 & 26 Feb 2010 - Karnival JomHeboh di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

26 Feb 2011 - Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Merlimau, Melaka dan DUN Kerdau, Pahang.

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90