Top Ad 728x90

Iklan Pengambilan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) - Sabah dan Sarawak 2011

by

" Klik imej untuk lihat lebih jelas.

Iklan Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TADIKA/TASKA) KEMAS 2011/2012

by


* Klik pada imej untuk lihat dengan lebih jelas

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS Tahun 2011/2012.

1. SYARAT DAN KELAYAKAN:
1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
1.2 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
(b) Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
2.1 Tarikh mula kursus : Julai 2011 atau tertakluk kepada perubahan
2.2 Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
2.3 Tempoh : Satu (1) hingga dua (2) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan
oleh Jabatan

3. TARIKH PELANTIKAN
3.1 Calon yang lulus kursus ini sahaja layak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA) Gred S27 kontrak.
3.2 Tarikh pelantikan ke jawatan ini dijangka berkuat kuasa mulai tahun 2011.

4. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
4.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005.
4.2 Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yahttp://www.blogger.com/img/blank.gifng dikehendaki seperti
dalam borang berkenaan
4.3 Borang ini juga boleh didapati di:
(a) Laman web www.kemas.gov.my; atau
(b) Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen. Alamat Ibu Pejabat KEMAS dan Pejabat KEMAS Negeri adalah seperti di alamat berikut:

KETUA PENGARAH
Jabatan Kemajuan Masyarakat
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Aras 2-3, Blok 1, Menara PjH, Presint 2
62100 Putrajaya
Tel : 03-88897400

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI PERLIS
TINGKAT BAWAH
BANGUNAN PERSEKUTUAN LAMA
01000 KANGAR, PERLIS
TEL : 04-9761023

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI KEDAH
ARAS 2, BLOK A, WISMA PERSEKUTUAN
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
06550 BANDAR MUADZAM SHAH, KEDAH
TEL : 04-7322966

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI PULAU PINANG
ARAS 2, ANJUNG A
WISMA PERSEKUTUAN SEBERANG PERAI UTARA
JALAN BERTAM
13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG
TEL : 04-5755781/ 04-5755762

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI PERAK
BLOK C, TINGKAT 2-3
BANGUNAN PERSEKUTUAN GUNA SAMA
JALAN DATO’ SERI AHMAD SAID
30450 IPOH, PERAK
TEL : 05-2535322

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI SELANGOR
LOT 03-40, TINGKAT 3, KOMPLEKS PKNS
PERSIARAN TASIK
40505 SHAH ALAM, SELANGOR
TEL : 03-55193044

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
WILAYAH PERSEKUTUAN
TINGKAT 28, MENARA TH PERDANA
JALAN SULTAN ISMAIL
55250 KUALA LUMPUR
TEL : 03-26988080

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI MELAKA
TINGKAT 2, MENARA PERSEKUTUAN
JALAN PERSEKUTUAN, HANG TUAH JAYA
75450 AYER KEROH, MELAKA
TEL : 06-2345000

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI SEMBILAN
TINGKAT 6, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN DATO’ ABDUL KADIR
70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-7638114

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI JOHOR
TINGKAT 5, BLOK A, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN AIR MOLEK
80000 JOHOR BAHRU, JOHOR
TEL : 07-2278941

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI PAHANG
TINGKAT 5, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN GAMBUT
25000 KUANTAN, PAHANG
TEL : 09-5161636

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI KELANTAN
TINGKAT 9, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN BAYAM
15517 KOTA BHARU, KELANTAN
TEL : 09-7441051

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI TERENGGANU
TINGKAT 10, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
TEL : 09-6221321

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI SABAH
ARAS 5, BLOK A
KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN SABAH
JALAN UMS-SULAMAN LIKAS
PETI SURAT 11281
88800 KOTA KINABALU, SABAH
TEL : 088-488406/ 088-488407

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI SARAWAK
TINGKAT 6, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR
JALAN SIMPANG TIGA
93300 KUCHING, SARAWAK
TEL : 082-251420/ 082-256227

5. PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:
5.1 Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 yang lengkap diisi berserta dengan salinan Kad Pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma atau lain-lain bidang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Berhenti Sekolah dan salinan
Sijil Kegiatan Luar yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri yang dipohon seperti alamat di para 4.3 (b) sebelum tarikh tutup permohonan.
5.2 Sila catatkan nama kursus yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan sama ada Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) atau Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TASKA).
5.3 Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
5.4 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 Mac 2011

7. TEMUDUGA DAN KEPUTUSAN:
7.1 Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
7.2 Hanya calon-calon yang berjaya dalam Kursus Asas Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA) Gred S27 secara kontrak di KEMAS.
7.3 Calon-calon yang tidak dihubungi selepas satu (1) tahun daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

MUAT TURUN IKLAN PENGAMBILAN
http://www.ziddu.com/download/14083409/mbilanSijilPendidikanAwalKanakKanakTadikaKEMAS2011.pdf.html

BORANG PERMOHONAN
http://www.ziddu.com/download/14083410/BorangJawatanKEMAS.pdf.html

Keputusan Perlawanan Pusingan 2 Piala FA - 3 - 4/3/2011 (Khamis & Jumaat)

by
KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA FA - 03/03/2011 (KHAMIS)
Harimau Muda 'A' 1 - 2 Johor

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA FA - 04/03/2011 (JUMAAT)
ATM 2 - 3 Terengganu
Negeri Sembilan 0 - 0 Kuala Lumpur (Kuala Lumpur menang penalti 4 - 2)
PKNS FC 1 - 3 Pahang
Perak 3 - 0 Sime Darby FC
Selangor 2 - 1 Harimau Muda 'B'
Johor FC 0 - 1 Kelantan
Felda United 1 - 0 Kedah

* Pemenang layak ke Suku Akhir

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala FA 2011:

Kelantan lwn Felda United
KL lwn Pahang
Selangor lwn Johor
Perak lwn Terengganu

* Perlawanan timbal balik pada 15 dan 19 Mac 2011 (Tertakluk pada perubahan oleh FAM)

Awasi kes tipu perbankan Internet

by

Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.

Menurut beliau, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding tahun 2009 iaitu polis hanya menerima sebanyak 75 kes membabitkan kerugian sebanyak RM215,131.

“Penjenayah perbankan Internet akan menggunakan teknik phishing iaitu dengan mewujudkan satu laman web palsu sesebuah bank dan menghantar e-mel kononnya mengenai keselamatan akaun (Security Alert).

“E-mel itu meminta pengguna mengemaskini akaun mereka kononnya untuk mengelakkan sebarang penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” kata beliau.

Kamarudin memberitahu, ketika membuat proses kemaskini itu, pengguna akan diminta supaya memasukkan beberapa data peribadi seperti nama, kata laluan dan nombor TAC (nombor empat digit pengesahan transaksi).

- KOSMO!

EasyTuition - Alternatif tuisyen dalam talian

by

Anak-anak umpama kain putih yang perlu dicorak dengan penuh warna-warni agar mempunyai masa depan lebih cerah dan menjadi manusia berguna apabila meningkat usia dewasa kelak.

Titik permulaan bagi memastikan anak-anak mengecapi kejayaan dalam kehidupan mereka adalah menyediakan pelajaran yang berkualiti dan bermutu tinggi di peringkat akar umbi lagi.

Dengan kejayaan diperoleh dalam pelajaran kelak, anak-anak mampu menggapai cita-cita mereka sehingga ke menara gading sekali gus dapat menyumbang bakti kepada negara, agama dan bangsa.

Sudah menjadi satu trend hari ini, ibu bapa tidak hanya menghantar anak-anak menuntut ilmu di sekolah bahkan, melengkap dada anak-anak dengan ilmu tambahan di kelas tuisyen.

Bagaimanapun, bebanan kewangan dan keterbatasan waktu menyebabkan ada dalam kalangan ibu bapa tidak berkesempatan menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas-kelas tuisyen yang ditawarkan di luar sekolah.

Menyedari keperluan mengisi kekosongan itu, Integrated Commerce Sdn. Bhd. (ICSB) membangunkan inovasi produk pendidikan alam maya, EasyTuition sebagai kaedah alternatif pembelajaran untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Pengarah Urusan ICSB, Kamaruzaman Asri berkata, EasyTuition merupakan kaedah tuisyen secara dalam talian mencakupi proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dibangunkan untuk memberi alternatif mengurangkan beban kewangan dan pengurusan masa kepada ibu bapa.

“Ciri paling utama ditawarkan dalam produk EasyTuition adalah pembelajaran melalui video. Melalui kaedah ini pelajar dapat melihat dan mendengar penerangan topik-topik pembelajaran yang disampaikan oleh guru-guru EasyTuition.

“Pembelajaran secara video ini dijangka mampu menarik minat pelajar untuk mendalami apa yang dipelajari dengan lebih mendalam kerana mereka mempunyai kebebasan membuat ulang kaji beberapa kali hingga benar-benar faham mengenai subjek dipelajari,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Kamaruzaman menjelaskan, pembelajaran secara video yang ditekankan dalam EasyTuition membolehkan pelajar belajar secara berulang tanpa had melalui komputer yang ada akses Internet di rumah masing-masing.

Katanya, video pembelajaran EasyTuition berkualiti kerana sudah disunting dengan memasukkan pelbagai teknik dan elemen multimedia menarik. Ia untuk memastikan pelajar tidak berasa jemu ketika mengikuti kelas tuisyen di alam maya.

“Selain daripada pembelajaran secara video, pelajar juga boleh menjawab soalan kuiz, latihan, mendapatkan contoh soalan peperiksaan malah, dapat mencuba permainan di akhir topik dan banyak lagi.

“Pelbagai bentuk dan format soalan ditawarkan untuk menilai pengetahuan serta mengukur prestasi pelajar-pelajar ini. Soalan juga disediakan bersama jawapan apabila dijawab, diperiksa dan diberikan markah dengan serta-merta melalui dalam talian,” katanya.

Tenaga pengajar berpengalaman

Kamaruzaman menambah, EasyTuition turut menyediakan akses kepada ibu bapa atau penjaga dalam memantau pembelajaran anak-anak di bawah jagaan mereka.

“Dalam sistem EasyTuition, ibu bapa atau penjaga akan diberikan satu akaun khas bagi tujuan memantau prestasi pembelajaran anak-anak secara talian.

“Sebagai contoh, sekiranya mendaftar tiga orang anak, pemantauan prestasi mereka dapat dilakukan hanya dengan menggunakan satu akaun,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Pengurus Besar ICSB, Mohd. Sahly Mohamed Sani, berkata, EasyTuition menawarkan tuisyen seawal tahun satu sehingga tingkatan lima.

“Kesemua subjek teras bagi tahap-tahap yang berkenaan ada ditawarkan dalam produk alam maya ini.

“Bahkan, semua subjek ini diajar oleh guru-guru pakar seluruh negara yang begitu komited dan terlatih dalam subjek masing-masing,” katanya.

Mohd. Sahly memberitahu, setiap langganan EasyTuition bukan untuk tiga atau enam bulan sahaja tetapi untuk satu sesi persekolahan.

Sebagai contoh, katanya, jika mendaftar pada bulan Januari, langganan akan aktif sehingga tamat sesi persekolahan dalam tahun yang sama sekali gus dapat menjimatkan kos.

“Sebagai permulaan hanya pakej Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang ditawarkan kepada orang ramai.

“Pakej Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijangka boleh dilanggan pada bulan April, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula pada bulan Jun,” ujarnya.

Katanya, kesemua pakej pula dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2012.

Sementara itu, perunding pendidikan ICSB, Rosli Shuib menjelaskan, para guru yang dipilih merupakan mereka berpengalaman dalam bidang masing-masing.

“Minimum pengalaman guru tersebut adalah tujuh tahun mengajar malah, ada yang terpilih sebagai guru cemerlang serta guru inovatif peringkat kebangsaan.

“Sehingga kini, seramai 17 orang guru terlibat secara aktif dalam memberi input serta terlibat dalam rakaman pembelajaran,” katanya.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Di samping itu, dia menambah, silibus yang terkandung dalam EasyTuition juga mengikut sepenuhnya silibus sepanjang tahun yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, produk itu juga membolehkan ibu bapa mengikuti penyampaian setiap tajuk di sekolah dan mereka boleh menjadi tutor kepada anak-anak sendiri.

Orang ramai boleh mengakses laman web EasyTuition di www.easytuition.net mulai 1 Januari lalu dan dijual pada harga serendah RM30 hingga RM70 bagi setiap satu subjek untuk setiap sesi persekolahan.

- KOSMO!

GSTT Diteruskan - Surat Pemberhentian 13,000 Guru Sandaran Ditarik Balik

by
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.

"Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak dan terdapat pemintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar kontrak mereka ini disambung semula.

Muhyiddin berkata beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lepas bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terlibat.

Menurutnya keputusan mengekalkan GSTT adalah bagi memberi mereka peluang menjadi guru yang terlatih.

"Jika mereka hendak diserapkan kepada guru terlatih dan tidak cukup kelayakan, pendekatan yang sesuai diambil adalah memberi mereka peluang mengikuti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti," katanya.

Menurut beliau, pendekatan ini membolehkan GSTT meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang mata pelajaran pilihan bukan am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.

Muhyiddin mengingatkan GSTT supaya bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.

"Pengambilan GSTT yang baru jangan diisi dahulu tetapi disemak dahulu dengan Pengarah Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran," katanya.

- BERNAMA 03/03/2011

Tawaran Diskaun Saman dan Kaunter Pembayaran Saman Trafik Dibuka Hingga 10 Mac 2011

by
Kerajaan melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik sehingga 10 Mac ini.

Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan pada Rabu berkata kaunter tersebut akan dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sehingga tarikh akhir tersebut.

Katanya pesalah trafik yang ingin menyelesaikan saman diminta membuat pembayaran seawal mungkin.

Sejak Ogos tahun lepas kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu hingga semalam - tarikh akhir diskaun ditetapkan sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Rabu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik sehingga 10 Mac ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang menghadapi masalah ingin menjelaskan saman berikutan sistem tergendala serta kesesakan di kaunter.

Sebanyak 7.9 Juta Saman Telah Diselesaikan Sejak 12 Ogos Lepas

Sebanyak 7.9 juta saman telah diselesaikan oleh pesalah-pesalah trafik, setakat ini, sejak tempoh diskaun 50 peratus diberikan yang bermula 12 Ogos tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail berkata jumlah itu menjadikan sebanyak 9.4 juta saman belum dilunaskan oleh pesalah trafik.

"Seperti yang kita ketahui kerajaan telah melanjutkan tempoh pembayaran saman sehingga 10 Mac ini, orang ramai perlu ambil peluang yang ada untuk menjelaskan saman mereka supaya nama mereka tidak disenarai hitamkan.

"Jabatan Pengangkutan Jalan akan menyenaraihitamkan dan mengaktifkan mata demerit terhadap mana-mana pesalah trafik yang gagal melunaskan saman sehingga 10 Mac ini," katanya kepada pemberita selepas menandatangani dan merasmikan kaunter saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pos Malaysia Berhad di sini.

Berikutan sikap sambil lewa pesalah trafik yang membuat pembayaran saman pada saat-saat akhir, Hussin berkata ia menyebabkan sistem komputer mengalami masalah berikutan jumlahnya tidak dapat ditampung dengan berkesan.

"Terdapat segolongan masyarakat yang gemar membuat pembayaran pada saat-saat akhir, walaupun kerajaan telah beri masa yang lama kepada mereka untuk jelaskan saman tertunggak dan ini menyebabkan timbul masalah pada sistem komputer," katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya masyarakat tidak cuba merasuah polis apabila melakukan kesalahan jalan raya kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga berlawanan dengan prinsip etika.

"Jika kesalahan dilakukan, terimalah saman yang dikenakan polis. Sikap begini bukan sahaja profesional tetapi juga berintegriti," katanya.

Mengenai majlis itu, beliau berkata sebanyak 703 cawangan Pos Malaysia Berhad di seluruh negara telah menyediakan kaunter semakan dan bayaran saman PDRM yang telah mula beroperasi pada 1 Ogos lepas.

"Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada orang ramai kerana kini, penduduk luar bandar tidak perlu bersusah-payah ke kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah dan hanya boleh buat pembayaran di cawangan pejabat pos," katanya.

- BERNAMA 03/03.2011

Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia - 01/03/2011 (Selasa)

by
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 01/03/2011 (SELASA)

Kelantan 3 - 0 Negeri Sembilan

Selangor 2 - 0 Kedah

Terengganu 3 - 0 Johor FC

Felda United FC 2 - 0 T-Team

Perak 1 - 1 Harimau Muda 'A'

Pahang 2 - 2 Sabah

Perlis 0 - 0 Kuala Lumpur

Jawatan Kosong di Universiti Sains Malaysia (USM) - Mac 2011

by
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dipelawa untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

JAWATAN:
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.amdi.usm.edu.my/Portals/0/borangjawatankosong/IklanFebruari2011.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.amdi.usm.edu.my/Portals/0/borangjawatankosong/BORANG_JAWATAN_KOSONGFeb.doc

LAMAN WEB
http://www.amdi.usm.edu.my

Tarikh Tutup : 7 Mac 2011

Persekolahan Satu Sesi Objektif Kerajaan

by
Kerajaan meletakkan matlamat melaksanakan secara menyeluruh sistem persekolahan satu sesi sekiranya keperluan infrastruktur dan tenaga pengajar mencukupi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya sistem berkenaan dilaksanakan ia akan menjadikan tempoh persekolahan lebih anjal bagi memberi ruang kepada guru dan pelajar menjalankan aktiviti kokurikulum.

"Sekolah satu sesi itu memang objektif kita, sekarang ini kalau ada sekolah rendah pun mungkin 60 hingga 70 peratus (laksanakan) satu sesi, tapi kalau sekolah menengah kurang daripada itu.

"Kalau sistem ini dapat kita laksanakan bermakna tempoh masa belajar boleh lebih anjal. Sekarang sekolah sesi pagi berlangsung sampai pukul 1 petang atau lebih sedikit, waktu petang ada sesi kedua dan ia akan tamat sampai larut petang.

"Jadi kalau nak buat aktiviti kokurikulum atau sukan agak sukar kecuali hari-hari lain, (sistem satu sesi) memang ada faedahnya," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di Temerloh, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai saranan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arsyad supaya kerajaan melaksanakan persekolahan satu sesi dari pukul 8 pagi hingga 4 petang dengan memperkenalkan jadual waktu anjal kepada guru supaya tiada bebanan kerja berlebihan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak meletakkan sebarang sasaran tempoh masa tertentu untuk melaksanakan sistem berkenaan.

"Untuk melaksanakannya, ia bermakna kita kena menyediakan lebih banyak sekolah dan yang lebih penting kita kena sediakan lebih banyak guru untuk tampung keperluan itu.

"Ini sasaran kita, tapi saya kurang pasti bila kita boleh sampai ke tahap itu. Tapi apapun yang sedang berlaku, kalau kita tak mampu laksanakan satu sesi kita gunakan dua sesi, setidak-tidaknya pembelajaran masih dapat diteruskan," katanya.

- MSTAR

Persediaan Sebelum Tidur

by
Hadith:

DIRIWAYATKAN daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW.

Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a katanya: "Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (at-Tirmizi)

Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.

Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur.

Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula.

Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kalendar Bulan Februari 2011

by
3 Feb 2011 - Tahun Baru Cina

15 Feb 2011 - Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW)

21 Feb 2011 - Keputusan Peperiksaan STPM 2010

25 & 26 Feb 2010 - Karnival JomHeboh di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

26 Feb 2011 - Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Merlimau, Melaka dan DUN Kerdau, Pahang.

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90