Top Ad 728x90

Jawatan Kosong Majlis Daerah Jempol, Negeri Sembilan - Tarikh Tutup : 9 April 2013

by
JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
2. Juruteknik Gred J17
3. Juruteknik Komputer FT17
4. Pembantu Tadbir Gred N17
5. Pembantu Penguat kuasa Gred N17
6. Pekerja Awam Gred R1

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.mdjl.gov.my/web/guest/peluang_pekerjaan

IKLAN JAWATAN:
http://www.mdjl.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=fbc0a057-b44d-4a14-913c-d0432d44a197&groupId=31262

BORANG PERMOHONAN:
http://www.mdjl.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=3079eee5-c408-4bdd-827b-075529f527dd&groupId=31262

Tarikh Tutup : 9 April 2013




Petua Orang Bujang Untuk Menawan Hati Pasangan

by
1. Mulakan dengan niat baik.

2. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

3. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, anda perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

4. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

5. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

6. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

7. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

8. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

9. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

10. Buang perangai yang menyebabkan orang mudah benci kepada anda.


http://www.facebook.com/ePetua

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JUN 2013

by



Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 April 2013.

Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri.

Sila ambil perhatian bahawa pertukaran yang diluluskan tidak boleh dibatalkan.

Permohonan boleh dibuat secara online di : http://apps.moe.gov.my/epgo/index.cfm

(Sila gunakan pelayar Internet Explorer)



Syarat-Syarat Permohonan Pertukaran

1. Kementerian Pelajaran tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang di pohon tidak terdapat kekosongan jawatan
   
 2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari Jabatan Pelajaran Negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari Jabatan Pelajaran Negeri yang diluluskan
   
 3. Kementerian Pelajaran tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
   
 4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri/Bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia
   
 5. Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran
   a. Guru Sandaran Tidak Terlatih yang sedang mengikut Kursus Dalam Cuti
   b. Guru yang sedang mengikuti Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
   c. Guru yang telah tamat latihan LPBS tetapi belum cukup tempoh 36 bulan perkhidmatan di sekolah ditempatkan
   d. Guru yang sedang bercuti tanpa gaji
   e. Guru yang sedang mengikuti kursus/cuti belajar
   f. Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
    
 6. Semua Jawatan yang disandang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
    
 7. Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan.
    
 8. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan dan diserahkan kepada Pengetua/ Guru Besar.


INFO TERKINI:

 



TEMA HARI GURU 2013 : 1ASPIRASI, 1AGENDA

by
 HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


Anwar: Pakatan tidak kejar kuasa, tapi kebajikan rakyat

by

Pakatan Rakyat (PR) menegaskan, matlamat perikatan untuk membentuk kerajaan pusat menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tiba, bukan bertujuan "mengejar kuasa", sebaliknya memfokus usaha mensejahterakan rakyat menerusi pelbagai bidang pembangunan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap keangkuhan kuasa adalah salah satu faktor yang mengkongkong percambahan ilmu daripada berkembang.

Sehubungan itu kata beliau, PR yang menyasarkan matlamat menumbangkan Barisan Nasional (BN) kali ini, akan membawa perubahan baru dalam sistem pendidikan, sekali gus menghapuskan sikap konservatif yang menular di kalangan masyarakat di bawah pimpinan kerajaan BN.

Beliau juga berkata, matlamat PR bukan berfokus pada kuasa sebaliknya perkara yang mencakupi kehidupan rakyat termasuk isu pendidikan selain ekonomi.

"Saya lontarkan secebis isu, yang boleh ditangani dan dibahas oleh sarjana dan ilmuan kita... kita buka mengejar kuasa di mana jika kuasa yang dikejar, maka matlamat kita adalah kuasa tetapi kita memimpin dan selesaikan isu rakyat," kata beliau pada Himpunan Pendidik dan Pelancaran Pro Tem Majlis Pendidikan Negara (Mapen) di sini hari ini.

PR melancarkan manifestonya akhir bulan lalu.

Perikatan tiga parti itu menyasarkan dapat membentuk kerajaan pusat dan menang di tujuh negeri.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata 'kerajaan' PR yang bakal terbentuk selepas PRU13 tidak akan membebankan rakyat terutama golongan muda yang ingin mempelajari ilmu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata tugas yang bakal dipikul oleh pemimpin PR menjadi semakin mencabar dalam menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

"Kerajaan selepas ini, bukan kerajaan BN tetapi kerajaan PR akan mempunyai cabaran yang lebih banyak.

"Kita kena selesaikan masalah rakyat dan mencari jalan penyelesaian untuk meringan beban rakyat terutama dari segi pendidikan," katanya lagi.

- SINAR HARIAN

 

Muhyiddin: Pilih kerajaan pertahan hak rakyat

by

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia agar membuat pilihan bijak dalam memilih sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu melaksana segala janji selain melindungi hak keselamatan, keamanan serta perpaduan supaya negara kekal aman dan maju.

"Kita perlu pilih sebuah parti yang kita yakin dapat pertahankan hak kita, kedaulatan kita, ekonomi kita, sosial dan perpaduan kita.

"Jangan salah pilih. Kalau nak pilih, pilihlah yang reda-reda, baik-baik, pandai-pandai, bagus-bagus dan yang soleh," katanya pada program Himpunan Barisan 1Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata Malaysia kini di landasan yang betul di mana hala tuju telah diatur sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mentransformasi negara menjadi negara maju menjelang 2020.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, berkata prestasi BN tetap terbukti walaupun ada sesetengah pihak yang cuba mempengaruhi pengundi dengan mengatakan parti komponen itu sudah tua dan perlu diubah.

"Pemimpin dalam parti bertukar. Tetapi parti tidak pernah tua. Kerajaan tidak pernah tua. Lagi tua, lagi bertenaga, lagi tua, lagi berpengalaman," katanya.

Justeru, beliau berkata tiada yang perlu diubah melainkan negeri yang kini diperintah pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Sementara itu, mengulas pencerobohan oleh militan Filipina di Lahad Datu dan Semporna, Muhyiddin berkata insiden berkenaan adalah satu pengajaran kepada semua.

Katanya, rakyat jangan mengambil mudah soal keselamatan negara kerana dalam keadaan negara yang aman dan selamat, ada pihak musuh luar cuba menghancurkannya.

"Musuh di luar sana lihat Malaysia sebagai satu permata yang begitu bergemerlapan. Ada sahaja rasa iri hati yang mahu menakluki dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita.

"Tapi nasib baik kita ada barisan keselamatan hadapan, perwira kita yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempetahankan negara ini. Sebab itulah kita harus menghargai keamanan ini," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak RM115,000 berjaya dikutip untuk disumbang kepada Tabung Wira Negara.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

- BERNAMA
 

 

Saluran pernafasan sempit, Harish perlu RM9,000

by


Ketika orang lain menyambut kelahiran bayi dengan gembira dan bahagia, pasangan suami isteri Hasril Abu Hassan, 35, dan Nor Fariza Daud, 29, hanya mampu menahan air mata apabila bayi mereka, Harish Ar Rizqin, disahkan menghidap saluran pernafasan sempit, tiga bulan lalu.

Sungguhpun ujian besar itu mampu mereka hadapi dengan tabah dan sabar, pasangan itu mengakui ada ketikanya mereka tidak mampu melihat penderitaan ditanggung Harish.

Harish.

“Harish tak banyak ragam, tapi saya tak sampai hati tengok dia.

“Kalau tanpa bantuan mesin oksigen dia tak boleh bernafas sendiri,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, baru-baru ini.

Harish dilahirkan pada 31 Oktober 2012, ketika usia kandungan Nor Fariza melewati tarikh jangkaan, iaitu 41 minggu.

 Bacaan denyutan jantung yang merosot dan lemah memaksa doktor melakukan pembedahan ke atas Nor Fariza.

“Waktu dikeluarkan, Harish langsung tak menangis tapi dia nampak normal macam bayi lain.

"Dia tak tunjuk kelainan cuma bila dah balik rumah dia kerap batuk dan selesema. Suara dia pun perlahan.

“Saya kena bagi susu guna sudu sebab Harish mudah tersedak sampai susu keluar ikut hidung,” sambung Nor Fariza.

Jantung berhenti

Mengimbas peristiwa kira-kira tiga bulan lalu, Nor Fariza berkata, wajah Harish tiba-tiba bertukar biru kehitam hitaman kira-kira jam 5 petang, 9 Disember tahun lalu.

Harish kelihatan sukar bernafas sehingga jam 7 malam. Ketika itulah nafas Harish tiba-tiba berhenti dan mata bayi itu terbeliak ke atas.

Nor Fariza panik. Dia dan suami membawa Haris ke HTAR. Alangkah tersentak jantung Nor Fariza dan Hasril apabila doktor memaklumkan jantung dan nadi Harish sudah berhenti.

Doktor melakukan rawatan kecemasan mengepam jantung untuk membolehkannya berfungsi semula.

Nasib mereka baik bila rawatan itu berkesan dan Harish segera ditempatkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Doktor turut menjalankan ujian imbasan MRI untuk  pastikan tiada kecederaan otak sewaktu nafasnya terhenti termasuk membuat pemeriksaan organ penting seperti paru-paru dan hati.

“Air tulang sum sum turut diambil untuk ujian. Masa tu doktor jangka Harish menghidap jangkitan paru-paru sebab dalam paru-paru dia ada kahak dan lendir.

“Lebih tiga minggu di ICU Harish dibenarkan pindah ke wad biasa namun masih memerlukan mesin oksigen untuk pernafasan. Dia tidak betah bernafas sendiri,” katanya.

Alami bengkak hati

Kini, setelah tiga bulan setengah bertarung nyawa dengan kehidupannya, Harish disahkan mempunyai saluran pernafasan sempit; mengakibatkan organnya gagal mengepam oksigen dengan baik.

Harish turut disahkan mengalami bengkak hati dan memerlukan pemerhatian rapi.

“Buat masa ini, Harish menggunakan mesin oksigen milik hospital. Kami difahamkan kos mesin adalah RM9,000.

"Mesin yang dimaksudkan (Oxygen Concentrator Machine dan Suction Machine) lebih selamat dan sesuai digunakan di rumah.

“Kalau guna mesin yang ada tangki gas macam di hospital, ia mungkin murah tapi tidak sesuai untuk kegunaan di rumah,” katanya.

Selain Harish, dua abangnya; Harish Ar Rayyan, 3, dan Harish Al Darwish, 2, turut memerlukan perhatian di rumah.

Justeru, dengan adanya mesin oksigen sendiri harish tidak perlu berkampung di hospital setiap hari.

Ketika kunjungan Sinar Harian ke HTAR, Harish difahamkan ada melalui proses ujian membuka mesin oksigennya untuk melihat keupayaan bayi itu bernafas sendiri.

Bagaimanapun, Harish sering muntah dan tidak dapat bernafas dengan baik, sehingga menyebabkan wajahnya bertukar kebiru-biruan. Dia terpaksa dimasukkan ke hospital semula.

Dalam pemantauan dan ujian pakar ENT (Hidung, mulut dan telinga), Harish perlu diberi perhatian lanjut memandangkan jantungnya pernah berhenti sebelum ini. Ia bagi memastikan tiada masalah lain lanjutan daripada jantung terhenti itu.

Harish turut menjalani ujian kromosom dan sawan.

“Mata Harish tak respons pada pergerakan. Dekat macam mana pun tangan kita pada mata dia, dia buat tak tahu saja.

"Biasanya umur 14 hari bayi dah boleh nampak atau sekurang-kurangnya berkedip bila diagah.

“Buat masa ini doktor maklumkan untuk selesaikan satu-satu dulu. Lepas masalah paru-paru Harish diketahui, doktor akan buat pemeriksaan berkaitan matanya pula,” luah Nor Fariza.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban adik Harish serta membantunya mendapatkan mesin oksigen boleh hubungi Hasril Abu Hassan di 019-2079047 dan melalui akaun Maybank - 162058014436.

- SINAR HARIAN


Lahad Datu: Lelaki Bergelar Datuk Seri Dicari Bantu Kes Op Daulat

by

LAHAD DATU: Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.

Sehubungan itu, kata beliau, orang ramai yang mengenali Muhammad Ridhwan diminta menghubungi polis bagi mempercepat siasatan.

“Kita mengharapkan kerjasama orang ramai dan mereka boleh hubungi pihak polis sama ada melalui Rakan Cop melalui nombor 03-2052 5999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan di seluruh negeri,” kata beliau.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata, tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

- BERNAMA
 

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90