Top Ad 728x90

Gerhana Bulan Penuh – 8 Oktober 2014

by


Pada waktu Maghrib, Rabu 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.

Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.

Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Semenanjung Malaysia

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.

Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.

    4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
    5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
    6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
    6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
    7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
    8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
    9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat

Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).

Sabah & Sarawak

Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, anda lebih bernasib baik kerana Bulan terbit lebih awal. Maka, ia baru sahaja nak memasuki bayang-bayang bumi ketika ini. Oleh itu anda berpeluang menyaksikan hampir keseluruhan fasa gerhana bulan dari awal hingga akhir.

Kiraan di bawah adalah untuk bandar Kota Kinabalu.

    4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
    5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
    6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Boleh dilihat
    6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Boleh dilihat
    7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
    8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
    9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat

Gerhana Bulan selepas ini

Jika anda terlepas peluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan kali ini, jangan risau kerana pada 4 April 2015 akan berlaku sekali lagi gerhana, dan kebetulan pula keadaanya sama dengan apa yang akan berlaku 8 Oktober, iaitu Bulan sedang gerhana ketika ia terbit.

Wallahualam


Sumber : http://falakonline.net/semesta/2014/09/gerhana-bulan-penuh-8-oktober-2014/



Harga petrol RON95 dan diesel naik 20sen

by
Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat.

Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK.

Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban rakyat, termasuk:
Meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.
    
Memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan.

Sumber : Malaysiakini




Soalan Temuduga Yang Biasa Ditanya

by


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Temuduga? Tak susah sebenarnya. Kita yang buat ianya susah. Satu kunci penting untuk berjaya dalam temuduga;

"Lihat 'trend' soalan temuduga sebelum ini"

Yup, jika anda dipanggil ke temuduga jawatan, cari sahaja calon sebelum ini yang pernah menghadapi temuduga yang sama

Korek pengalamannya

Tak kiralah apa sahaja jawatan. Swasta mahupun kerajaan, guna strategi ini.

Kebanyakan soalan yang ditanya adalah sama atau seakan sama. Lebihkan sedikit usaha men'jejaki' mereka ini dan hasilnya anda akan tersenyum nanti!

Ramai yang mengadu selalu gagal dalam temuduga. Ada yang lebih menarik sebelum habis temuduga mereka sendiri sudah boleh agak yang mereka tak berjaya dalam temuduga tu.

Mengapa sampai jadi begini?

Pernah anda fikir mengapa mereka yang biasa-biasa tapi dapat kerja yang luar biasa hebat. Apa kelebihan mereka daripada anda?

Jawapannya mereka seperti anda juga. Apa yang lebihnya mereka adalah mereka tahu bagaimana selok-belok soalan dan trik menjawab soalan dalam temuduga hinggakan mereka berjaya melepasi halangan yang panel temuduga wujudkan dalam bilik temuduga.

OK, di sini ada Soalan temuduga yang pernah ditanya dan ulasan mengenai cara menjawab soalan tersebut. Terus ke: https://go.semakan.info/temuduga-kerajaan/28

Peraturan baharu cermin gelap bermula 1 November - JPJ

by


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini.

Peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang diturunkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.

Bagaimanapun, ketelusan cahaya yang dibenarkan bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.

Katanya, peraturan baharu itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.

"Pengecualian diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.

"Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota penguat kuasa JPJ bahagian zon selatan di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Ismail berkata, pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Sumber : BERITA HARIAN


Ello laman sosial anti-Facebook semakin popular

by

WASHINGTON - Dalam masa beberapa hari sahaja, laman jaringan sosial baharu, Ello yang disifatkan sebagai anti-Facebook kerana mengutamakan privasi dan menolak iklan, menjadi viral di internet.

Dicipta sebagai rangkaian sosial "persendirian" pada tahun lalu, Ello (www.ello.co) membuka pintunya kepada umum baru-baru ini menerusi undangan.

Permintaan tinggi berbanding bekalan menyebabkan undangan Ello dijual di laman lelongan eBay pada harga mencecah AS$500 (RM1,629).

Menurut beberapa laporan, Ello menerima sehingga 35,000 permintaan keahlian pada setiap jam selepas popularitinya melonjak di internet sejak seminggu lalu.

Ello popular antara lain kerana ia menolak ciri-ciri yang tidak digemari oleh pengguna Facebook.

"Ello tidak menjual iklan. Kami juga tidak menjual data anda kepada pihak ketiga," menurut syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Beribu pejabat di Vermont, Amerika Syarikat, Ello dilancarkan oleh sekumpulan artis dan pengatur cara komputer diketuai oleh Paul Budnitz.

Beliau sebelum ini mempunyai pengalaman termasuk mereka bentuk basikal dan robot.

"Ello direka supaya ia ringkas, cantik dan bebas iklan," kata Budnitz di laman jaringan sosial berkenaan.

Sumber : AFP

 

Keputusan Percubaan SPM sudah tidak diterima untuk Kemasukan Pra Universiti

by
Lepasan sekolah menengah tidak lagi menggunakan keputusan percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki program asas atau pra universiti bermula Januari.

Kementerian Pendidikan memaklumkan kepada ketua institusi pengajian tinggi swasta bahawa keputusan tersebut tidak lagi diterima kerana kelayakan kemasukan tidak seperti tahun sebelumnya.

Notis perkeliling itu mengejutkan industri pendidikan swasta yang mengutamakan kemasukan pelajar menggunakan keputusan percubaan lebih 30 tahun lalu.

Pelajar menduduki peperiksaan SPM pada November dan keputusan kebiasaannya akan diumumkan pada akhir bulan Mac tahun berikutnya.

Setiap tahun seramai 30,000 pelajar lepasan mendaftar menggunakan keputusan tersebut untuk program pra universiti yang ditawarkan bermula Januari.

Wakil dari Persatuan Kolej Swasta Malaysia bertemu pegawai kanan Kementeri Pendidikan berhubung isu itu.

Presiden Persatuan Kolej dan Universiti Swasta Malaysia (Mapcu), Datuk Dr Parmjit Singh berkata, persatuan itu telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu untuk dikaji semula.

Melakukannya, kata Dr Parmjit, amat baik untuk fraterniti pendidikan swasta termasuk ahli Persatuan Kolej-kolej Swasta Malaysia (Napei).

"Kami telah mengetengahkan isu itu dan kesannya kepada pegawai Kementerian Pendidikan," katanya kepada The Star.

Dr Parmjit berkata perbincangan termasuk kesannya terhadap pelajar terutama mereka yang sudah memutuskan mengenai apa yang ingin mereka lakukan dan mempunyai motivasi tinggi untuk melanjutkan pengajian mereka.

Katanya, mereka akan melakukan beberapa aktiviti tidak produktif atau membuang masa beberapa bulan ini.

Beliau berkata, pelajar yang merancang untuk melanjutkan pengajian ke Australia dan New Zealand mungkin kerugian tempoh setahun kerana terpaksa memulakan program Matrikulasi atau kursus asas, sekali gus menangguhkan program Ijazah Sarjana Muda.

Jelasnya, Mapcu menyedari salah satu syarat yang ditulis dalam surat kelulusan untuk institusi pengajian tinggi swasta adalah kelayakan kemasukan untuk setiap kursus.

"Bagi kes program asasi, standard minimum keputusan SPM adalah ditetapkan dan keputusan percubaan peperiksaan tidak diperuntukkan dalam syarat itu dan oleh itu, mengambil pelajar berdasarkan keputusan tersebut dianggap sebagai melanggar syarat-syarat tersebut.

"Namun, kemasukan pelajar berdasarkan keputusan percubaan telah diamalkan sejak tiga dekad lalu dan dibenarkan oleh kementerian.

"Malah ia turut digalakkan pada pertengahan 1990 apabila negara dibelenggu gejala lepak dan bohsia untuk memastikan pelajar lepasan sekolah menengah melakukan aktiviti produktif," katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata Mapcu telah menghantar kertas kerja mengenai perkara tersebut kepada Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

"Kami akan mengkaji semula perkara itu," katanya.


Sumber : mSTAR



Kuala Nerus diisytihar Daerah Ke-8 Terengganu

by
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengisytiharkan daerah Kuala Nerus sebagai daerah kelapan dalam negeri Terengganu.

Beliau berkata langkah untuk menaik taraf Kuala Nerus sebagai sebuah daerah yang baharu adalah bertepatan kerana ia telah lengkap dengan kemudahan dan infrastruktur awam.

“Saya rasa semua sebulat suara nak, dengan sukacitanya saya (umumkan) bahawa kerajaan telah bersetuju menaik taraf Kuala Nerus sebagai sebuah daerah yang baharu.

“Maka dengan pengumuman yang amat bersejarah ini, tuan-tuan dan puan-puan di Kuala Nerus dapat dua benda iaitu dapat Hospital Pengajar UniSZA dan dapat daerah bahru,” katanya sambil disambut sorakan gemuruh orang ramai yang hadir.

Najib mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak di sini .

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Pro-Canselor UniSZA Tan Sri Dr Mohamad Yusof Mohamed Nor dan Naib Canselor UniSZA Datuk Dr Yahaya Ibrahim.

Dalam pada itu, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu atas perancangannya menerusi ‘Terengganu Transformasi Baru’ yang dilihat membawa lebih kemajuan kepada negeri itu.

Kuala Nerus berkeluasan 39,890 hektar dengan populasi lebih 200,000, kini pesat membangun dengan kedudukannya sebagai tapak institusi pengajian tinggi, institut kemahiran dan industri di samping banyak projek perumahan serta Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Daerah lain di Terengganu ialah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Sementara itu, Ahmad Razif mengucapkan ribuan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang bersetuju menjadikan Kuala Nerus sebagai sebuah daerah.

Katanya pengumuman tersebut amat dinantikan oleh lebih 200,000 penduduk di Kuala Nerus dan sudah pastinya ia membuktikan bahawa Kuala Nerus sememangnya layak menjadi sebuah daerah baharu.

Sumber : BERNAMA

Peperiksaan Online Penguasa Kastam Ulangan pada 10 Sep 2014

by
Calon peperiksaan online Penguasa Kastam W41 yang menghadapi masalah teknikal semasa menduduki peperiksaan itu semalam, dibenar menduduki semula peperiksaan itu Rabu depan (10 September 2014).

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, mereka boleh menggunakan angka giliran yang sama dalam peperiksaan secara online itu, yang dijadual diadakan mulai 8 malam hingga 11 malam.

"Setakat ini lebih 2,000 calon yang memohon menduduki semula peperiksaan.

Kita mempunyai rekod melibatkan calon-calon yang mengalami gangguan pada 'server' ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, mereka yang ingin mengemukakan aduan atau berdepan sebarang masalah boleh menghubungi SPA di http://aduan.spa.gov.my/AduanExam.

"Semalam berlaku sedikit kelewatan. Ini kerana hanya 39 dari 57 ’server’ yang disediakan bagus dan tepat pada masanya. Namun ia dapat dipulihkan selepas itu,” kata beliau.

Sumber : BERNAMA



SUMBER RUJUKAN --> Di atas permintaan ramai, Pakej rujukan lengkap Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 dibuka untuk jualan pada 8 Sep 2014. Dapatkan sekarang di : http://jvsecurepay.com/access/81he/28?camp_id=1713







Rayu bantuan dana bedah anak penyakit hati

by

Sepasang suami isteri memerlukan kira-kira RM150,000 untuk membiayai kos pembedahan anak mereka yang menderita menghidap penyakit biliary atresia.

Putra Muhammad Ilyas yang baru berusia dua tahun dikesan menghidap penyakit tersebut dan mengalami masalah kegagalan hati pada hujung Mac lalu, setelah dikejarkan ke wad kecemasan selepas mengalami pendarahan di bahagian hidung dan dalam badannya.

Ibunya, Sazariah Abdul Aziz, 32, berkata, keadaan Putra Muhammad lesu dan anaknya perlu segera menjalani pembedahan.

“Kedua-dua belah matanya kekuningan, kulitnya juga mudah luka. Keadaan ini terjadi disebabkan kegagalan hati anak kami berfungsi secara normal.

“Pembedahan perlu disegerakan kerana rata-rata doktor yang ditemui khuatir dengan keadaan tubuh anak kami selain penyakit tersebut boleh membawa maut pada bila-bila masa sahaja,” katanya ketika ditemui di Ipoh.

Sazariah berkata, sekiranya dana yang diperlukan mencukupi, dia dan suaminya akan membawa Putra Muhammad menjalani pembedahan di Hospital Sir Gangga Ram, India.

Katanya, keputusan untuk membawa Putra Muhammad menjalani pembedahan di negara itu diambil setelah mendapatkan pandangan daripada mereka yang pernah dirawat di sana di samping kosnya lebih murah.

Sementara itu, bapa kanak-kanak malang tersebut, Rahizal Rahim, 39, pula berkata, kos rawatan untuk anaknya di negara ini sangat tinggi iaitu sekitar RM300,000 bagi hospital swasta.

"Untuk hospital kerajaan, hanya Hospital Selayang boleh dijalankan pembedahan ini namun walaupun kosnya murah iaitu hanya RM500 namun kena tunggu giliran dan berkemungkinan memakan masa bertahun-tahun,” katanya.

Rahizal yang juga pesara tentera turut mengharapkan masyarakat mendoakan kesejahteraan kesihatan anak bongsunya itu.

Katanya, setakat ini, sebanyak RM20,000 berjaya dikumpulkan hasil inisiatif dia dan isterinya menerusi media sosial dan bantuan rakan-rakan terdekat.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 558435103162 atau CIMB 7031187009 atas nama Sazariah Abd Aziz.

Sumber : SINAR HARIAN



Scha-Awal Ashaari dedah gambar anak

by


Buat pertama kali Scha Alyahya berkongsi gambar anak sulungnya yang diberi nama Lara Alana Ahmad Awaluddin di laman Instagram, kira-kira dua jam lalu.

Malah suaminya, Awal Ashaari turut berkongsi gambar yang sama di laman bergambar popular di bawah akaun miliknya.

Lara dilahirkan pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dengan berat 3.17 kilogram.

Sebelum ini pun ada peminat mempertikaikan nama anak yang diberi pasangan ini namun tidak dapat menatapnya lagi.

Sumber : BERITA HARIAN

 


Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

by

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Jika anda salah seorang calon Peperiksaan Online untuk pengambilan jawatan Penguasa Kastam Gred W41 yang akan diadakan pada 6 September 2014 (Sabtu), ada rujukan lengkap yang boleh membantu anda.

http://jvsecurepay.com/access/81he/28?camp_id=1713

Semasa di sekolah, apabila ada peperiksaan, anda perlukan buku rujukan dan latihan sebagai persediaan untuk berjaya peperiksaan tersebut. Begitu juga apabila menghadapi peperiksaan pengambilan untuk jawatan kerajaan, anad perlukan ilmu dan persediaan untuk berjaya.

Apa yang akan anda perolehi dengan Pakej Lengkap Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam ini?

- Nota Lengkap Skop Tugas Kastam
- Contoh Soalan & Jawapan
- Latih Tubi Seksyen A  : 80 Soalan 
- Latih Tubi Seksyen B  : 60 Soalan
- Latih Tubi Seksyen C  : 100 Soalan
- Soalan KHAS GTP
- Bonus tambahan (ada kejutan!)

Anda masih ada masa sehingga jam 11.59 malam 4 September 2014 untuk mendapatkan pakej edisi terhad ini. Jangan risau, jika anda tidak berpuashati dengan keseluruhan pakej, anda boleh menuntut kembali wang yang anda bayar. Ada jaminan wang dipulangkan. Dapatkan sekarang atau anda akan kerugian kerana melepaskan peluang terbaik ini.

Buat tempahan di : http://jvsecurepay.com/access/81he/28?camp_id=1713




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90