Top Ad 728x90

Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

by

Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 adalah jawatan yang berada dalam kumpulan sokongan. Jawatan ini diletakkan dibawah Kementerian Penerangan.

Jadual gaji minimum dan maksimum bagi jawatan ini adalah sebagaimana berikut:

Gaji permulaan
RM1,362.00

Gaji tertinggi
RM5,092.00

Kenaikan gaji tahunan
RM145.00

Syarat-syarat untuk lantikan jawatan Penolong Pegawai Penerangan S27:

- Memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362.00 atau

- Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362.00 atau

- Memiliki diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,661.95 atau

- Memiliki diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,661.95.

- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

- Memiliki kelayakan di atas; dan
- Lulus Peperiksaan Khas; dan
- Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

- Berkhidmat di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
- Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan ‘Adhoc' di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berkaitan dengan isu-isu semasa.

- Berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia
- Menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah dan mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah.
- Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta mengurus kebajikan penderma-penderma darah.











Serian diisytihar bahagian baharu di Sarawak

by
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengisytiharkan daerah Serian dan Tebedu bersama-sama sub-daerah Siburan menjadi bahagian baharu di Sarawak. Adenan membuat pengumuman itu di hadapan lebih 10,000 orang termasuk pemimpin kaum Bidayuh pada sambutan Pesta Birumuh (Festival Menuai Padi) Serian 2015 di Stadium Mini Serian.

"Hari ini, 11 April 2015 hari bersejarah bagi Serian sebab pada hari ini saya mengisytiharkan dan mulai hari ini daerah Serian dan Tebedu bersama-sama sub-daerah Siburan menjadi Bahagian Serian," kata Adenan, disambut dengan paluan gong dan gendang manakala bunyi letupan mercun bergema selama 10 minit di stadium mini itu. Terdapat 11 bahagian di Sarawak sebelum ini iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.

Pengumuman Adenan turut disambut dengan sorakan gembira lebih 10,000 orang yang memenuhi stadium mini itu dan ketua menteri hanya meneruskan ucapannya selepas berakhirnya bunyi letupan mercun itu. "Permintaan kalian sudah dipenuhi. Jika ada Bahagian Samarahan bagi kaum Melayu, Kapit bagi Iban, Sibu bagi Cina, Mukah bagi Melanau dan Miri bagi Orang Ulu, maka Serian seharusnya bagi Bidayuh.

"Kaum Bidayuh berhak mendapat bahagian sendiri sebab kalian mahu diiktiraf di dalam Malaysia dan Sarawak," kata Adenan. Dalam ucapannya itu, Adenan turut mengumumkan geran RM2 juta kepada kaum Bidayuh menerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) sebagai dana pendidikannya. Adenan mengingatkan kira-kira 200,000 kaum Bidayuh di Sarawak supaya berbangga dengan bangsa, tradisi dan sejarah pencapaian mereka selain memuji mereka yang dapat bekerja dan hidup dengan harmoni bersama kaum lain di negeri ini.

"Kita di Sarawak amat bertuah sebab bangsa, agama dan tradisi tidak memecahbelahkan kita dan kita hidup dalam aman serta harmoni dan kita mesti mengekalkannya," katanya.

Sumber : Bernama



Panggilan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 - 15 April 2015

by
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Panggilan Peperiksaan untuk Jawatan Penolong Pegawai Penerangan S27

Buat semakan terus di laman SPA melalui;

http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan

Adakah nama anda di panggil? Jika nama anda ada di sana, daftar e-mail anda di : http://jvsecurepay.com/access/265of/28?camp_id=3723

Rujukan akan dibuka dalam masa terdekat. Masukkan nama dan email anda untuk jadi orang pertama tahu apabila jualan dibuka nanti.

Jangan lupa Join Facebook : https://www.facebook.com/groups/penolongpegawaipenerangans27/











http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2015/04/panggilan-exam-penolong-pegawai.html



Jamaluddin Jarjis Dalam Kenangan

by
Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, adalah seorang insan yang memiliki pelbagai bakat istimewa. Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 25 Mei 1951, Jamaluddin meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Dr Kalsom Ismail, serta tiga anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.

Anggota Parlimen Rompin itu, yang akan mencapai usia 64 tahun pada 25 Mei ini, memulakan dunia kerjayanya dengan menjadi tenaga pengajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1974 selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kelas Pertama dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dari University of Manchester, United Kingdom.

Dua tahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari University of Manitoba, Kanada dan pada 1980, beliau menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) dari University of McGill, Kanada.  Selepas enam tahun menabur bakti dalam bidang akademik, pada 1981 beliau berundur untuk menubuhkan sebuah firma perunding yang membuat pengkhususan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal dikenali sebagai J&A Associates.

Pada 1986, beliau membeli EPE Power Corporation Berhad dan menyandang jawatan naib pengerusi eksekutifnya sebelum berundur pada 3 Ogos 2000, sehari sebelum dilantik sebagai timbalan pengerusi Tenaga Nasional Berhad, dan selepas itu dilantik sebagai pengerusi TNB pada September 2000.

Dalam arena politik, Jamaluddin memulakan langkahnya dengan menjadi anggota Umno Kampung Mengkasar di Pekan pada 1980 dan menyandang jawatan Ketua Pemuda. Lima tahun kemudian, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Pekan dan pada 1988 sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Pahang dan anggota Exco Pemuda Umno.

Beliau juga dipilih sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno bagi penggal 2008-2011. Kali pertama Jamaluddin, yang juga Pengerusi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), bertanding sebagai calon ialah pada Pilihan Raya Umum 1990 iaitu bagi kerusi parlimen Rompin.

Dalam pertandingan itu, beliau mengalahkan calon PAS, Salim@Ahmad Awg Kalib dengan 13,128 undi majoriti, manakala pada pilihan raya umum lepas (Mei 2013), beliau dipilih sebagai Anggota Parlimen Rompin bagi penggal keenam setelah mengalahkan calon PAS, Nuridah Mohd Salleh, dengan majoriti 15,114 undi.

Jamaluddin berundur daripada TNB pada November 2002 setelah dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam rombakan Kabinet pertama Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Januari 2004.

Tidak sampai dua bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta diberi tanggungjawab untuk menjayakan Program Angkasawan Negara bagi menghantar seorang rakyat Malaysia ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11.

Program yang diumumkan secara rasmi oleh Dr Mahathir pada 2003 itu merupakan program bersama antara Malaysia dan Persekutuan Rusia di bawah program perjanjian timbal balas kerajaan dengan kerajaan melalui pembelian jet pejuang Sukhoi SU-30MKM untuk Tentera Udara Diraja Malaysia. Misi angkasa lepas pertama Malaysia itu terlaksana dengan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa lepas pada 10 Oktober 2007.

Pada 2009, Jamaluddin dilantik sebagai Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat bertaraf menteri. Ketika menyandang jawatan itu, beliau memanfaatkan teknologi terkini untuk mendekatkan diri dengan penduduk di kawasan Parlimen yang diwakilinya, walaupun berada jauh di perantauan. Semasa betugas selama empat tahun di Washington, beliau berjaya meletakkan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat di peringkat paling tinggi dalam sejarah negara ini.

- mSTAR

PANDUAN & CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU TADBIR

by
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pakej rujukan ini adalah khas untuk calon peperiksaan online Pembantu Tadbir N17, 3 April 2015 ini.
Klik di sini : http://jvsecurepay.com/access/262uf/28?camp_id=3549

Soalan-soalan disediakan dalam 3 seksyen utama, iaitu Pengetahuan Am (40 Soalan), Daya Menyelesaikan Masalah (20 Soalan) dan Penaksiran Personaliti (96 Soalan).

Pakej soalan ini BUKANLAH soalan bocor, soalan sebenar mahupun soalan ramalan, ia adalah contoh-contoh soalan yang disediakan untuk tujuan pembelajaran dan persediaan calon peperiksaan sahaja.

Pakej rujukan Peperiksan Online Pembantu Tadbir N17 ini TIDAK dijual secara umum. Pakej ini diberi secara PERCUMA kepada pembeli pakej Premier & Master Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sahaja. http://jvsecurepay.com/access/262uf/28?camp_id=3549

Pemberian PERCUMA ini hanya SAH sehingga 2 April 2015, Jam 11.59 malam sahaja.

Beli pakej Premier atau Master 'Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan' dan dapat PERCUMA Pakej 'Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17' yang bernilai RM40.

Dapatkan segera di :  http://jvsecurepay.com/access/262uf/28?camp_id=3549





Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

by

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Kumpulan: Sokongan    
         
Kementerian / Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang    
         
Jadual Gaji:    
         
Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM928.00         RM3,375.00         RM95.00
   
Syarat Lantikan:    
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan
 -  Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
-  (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:    
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:    
- Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.


Sultan Ibrahim Dimahkota Sultan Kelima Johor Moden

by

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar pada pagi Isnin, 23 Mac 2015.

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri Johor.

Raja Zarith Sofiah kini bergelar Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan negeri berkenaan.

Istiadat yang dipancarkan secara langsung melalui RTM, TV3 dan layar besar di Dataran Bandaraya, turut disaksikan ribuan rakyat bukan sahaja di Johor malah seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, ia turut disaksikan bonda Sultan Ibrahim, Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah, kekanda dan adinda Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda  Bustamam, beserta anakanda-anakanda Sultan Ibrahim yang lain turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah itu.Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja-Raja Melayu turut menyaksikan istiadat kemahkotaan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir.

Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri di kepala Raja Zarith Sofiah.

Sumber : mStar


AiSukaBazaar - Platform peniaga online

by
Trend membeli-belah di bazar yang mempamerkan variasi barangan jualan semakin popular dalam kalangan warga tempatan masa kini.

Ia juga membuka peluang kepada orang ramai untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Terdapat pelbagai pusat jualan berkonsepkan bazar lahir untuk memberi pilihan yang lebih baik kepada para pengunjung. Barangan jualan di bazar lazimnya merangkumi pakaian, kasut, aksesori dan makanan.

Menyedari trend pembelian dan perniagaan di bazar semakin menjadi sebutan orang ramai, pemegang jenama perniagaan bazar, AiSukaBazaar mengambil inisiatif mengadakan platform untuk peniaga online berniaga di bazar pada kadar sewa RM25 sehari.

Menurut pemiliknya, Mohd. Nazim Badruddin rangkaian laman sosial seperti Facebook dan Instagram menjadi medium terkini untuk peniaga online menjalankan perniagaan dengan modal rendah.

“Ramai peniaga memilih untuk memasarkan produk masing-masing melalui laman sosial kerana tidak mahu dibebani modal yang besar. Misalnya, kos sewa dan bayaran deposit untuk mendapatkan kedai.

“Peniaga bimbang sewa mahal tetapi lokasi kedai tidak strategik untuk menarik pelanggan. Inilah antara kekangan utama kepada anak muda untuk berkecimpung dalam perniagaan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Bagaimanapun, Nazim memberitahu, lokasi AiSukaBazaar merupakan pilihan tepat kepada peniaga online untuk meluaskan lagi perniagaan dengan tidak dibebani kos sewaan tinggi.

AiSukaBazaar memilih Tierra Crest, Kelana Jaya, Selangor yang turut menempatkan Universiti Antarabangsa Unitar sebagai lokasi jualan bazar setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 4 April ini.

“Saya yakin kadar sewa RM25 cukup berbaloi kepada peniaga kerana setiap tapak bazar diletakkan di dalam ruang yang mempunyai pendingin hawa. Jadi, pembeli dan peniaga selesa untuk berurusan.

“Kebiasaannya, harga tapak dalam tempat seperti ini mencecah RM150 sehari, malah ada sesetengah pengurus acara meletakkan harga RM250 sehari,” ujarnya.

AiSukaBazaar menyasarkan 100 peniaga online untuk berkampung di situ selama sebulan sebagai permulaan.

Katanya, tidak semua orang percaya dengan pembelian secara online kerana ada yang lebih suka membeli di kedai kerana boleh melihat dan memegang barangan yang ingin dibeli. Jualan di bazar memberikan kelebihan kepada peniaga kerana pasaran luar talian lebih terbuka dan mempunyai pengikut tersendiri.

Dalam pada itu, tambah Nazim, idea menubuhkan AiSukaBazaar dengan kadar sewa murah adalah berdasarkan pengalamannya yang aktif mengikuti jualan bazar sekitar Lembah Klang.

“Sebelum berjinak-jinak dalam pengurusan tapak, saya merupakan peniaga yang selalu mengikuti bazar jualan pada hujung minggu.

“Mengalami sendiri betapa susahnya mendapat keuntungan sebanyak RM150 sehari untuk digunakan bagi membayar sewa dan gaji. Ia membuatkan saya terfikir mahu membantu peniaga lain supaya mereka mendapat untung,” katanya.

Berdasarkan pengalaman, Nazim yang dikenali sebagai Gigs dalam kalangan vendor bazar pernah membuka tapak niaga AiSukaBazar bagi jualan bonet kereta dengan sewa RM10 sehari. Ia telah mendapat sambutan memberangsangkan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai AiSukaBazaar boleh melayari laman sosial, www.facebook.com/AiSukaBazaar, akaun Instagram @AiSuka_Bazaar atau talian 0111-888 8935.

Sumber : Kosmo!


GST: Kos Operasi Kesihatan Swasta Dijangka Naik 4%

by
Kos operasi penjagaan kesihatan swasta dijangka meningkat daripada dua hingga empat peratus selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April berikutan bekalan yang bercampur, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Holdings Bhd, Ahmad Shahizam Mohd Shariff.

Beliau berkata, tidak semua bekalan untuk hospital swasta dikecualikan GST kerana barangan tertentu yang diperoleh daripada kontraktor adalah di bawah kategori penarafan standard yang tertakluk kepada cukai enam peratus.

"Akan terdapat kos tambahan kerana sebahagian besar tidak boleh dilepaskan kepada pesakit.

"Sebagai pengendali hospital, kebanyakan aktiviti dicaj kepada pesakit adalah dikecualikan cukai, yang bermakna tidak ada tuntutan balik daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Bagaimanapun, kenaikan dua hingga empat peratus dalam kos bukanlah isu besar kerana ia agak terkawal," katanya kepada pemberita di majlis taklimat mengenai Dana Penjagaan Kesihatan Khazanah-IHH.

Selain isu GST, Ahmad Shahizam berkata, berikutan perjumpaan di antara Persatuan Hospital Swasta Malaysia dan JKDM pagi ini, yuran perundingan bebas swasta telah diperjelaskan untuk berada di bawah bekalan penarafan standard dan tertakluk kepada cukai enam peratus.

Ini adalah isu hangat di kalangan mereka di hospital swasta sebelum ini mengenai kejelasan yuran dikenakan perunding bebas swasta yang menawarkan perkhidmatan di hospital swasta, katanya.

Walaupun kebanyakan bil di hospital swasta dikecualikan GST, komponen berkaitan yuran perundingan akan tertakluk kepada cukai enam peratus yang akan dikenakan kepada pesakit," tambahnya.

Sumber : mStar

GST - Insurans Kereta Naik 6 Peratus

by
Insurans kereta akan naik sebanyak enam peratus ekoran pihak penyedia insurans tertakluk di bawah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Insurans akan naik. Tapi jangan percaya kepada khabar agin bahawa cukai jalan juga akan turut naik. Ia tidak akan naik," kata Pengarah GST, Datuk Subromaniam Tholasy pada Khamis.

Bagaimanapun bagi sesiapa yang memperbaharui cukai jalan di pejabat pos, mereka akan dikenakan GST sebanyak 12 sen.

Sementara itu Timbalan Pengarah Kastam, Tan Sim Kiat menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan 'skim pemasaran' yang mensensasikan GST.

"Jika premium insurans anda adalah RM500, maka 6 peratus adalah RM30. Kirakan kos itu dahulu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Subromaniam juga mengingatkan penduduk bahawa agensi keselamatan kejiranan akan dikenakan GST walaupun yuran penyelenggaraan kondominium dikecualikan daripada cukai itu.

Syarikat keselamatan yang menyediakan perkhidmatan kepada kawasan perumahan akan dikenakan GST maka bayaran perkhidmatan boleh meningkat sebanyak 6 peratus.

Sumber : mStar

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90