Top Ad 728x90

Tingkatan 6 diasing dari sekolah arus perdana

by

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pem­belajaran Tingkatan Enam yang berkongsi bangunan dengan sekolah harian akan dikurangkan beransur-ansur sehingga setiap Pusat Tingkatan Enam di seluruh negara memiliki premis dan pentadbirannya sendiri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini terdapat tiga jenis Pusat Tingkatan Enam iaitu Mod 1 iaitu pelajar diasingkan dan ditempatkan dalam premis tersendiri, Mod 2 (pusat berkongsi premis dengan sekolah tetapi mempunyai bangunan sendiri) dan Mod 3 (pusat berkongsi premis dan bangunan dengan sekolah).

“Berdasarkan perancangan, bilangan Pusat Tingkatan Enam Mod 3 akan beransur-ansur berkurangan. Akhirnya, hanya Pusat Tingkatan Enam Mod 1 sahaja yang beroperasi di seluruh negara dengan setiap Pejabat Pendidikan Daerah mempunyai sekurang-kurangnya satu Pusat Tingkatan Enam Mod 1,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Mahkota, Kepong di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Khairil Awang.

Menurut Muhyiddin, jumlah Pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara ketika ini adalah sebanyak enam buah termasuk SMK Desa Mahkota manakala Pusat Tingkatan Enam Mod 2 adalah sebanyak 47 buah.

“Saya percaya, dengan melaksanakan pembelajaran Tingkatan Enam secara berpusat, imej dan minda pelajar akan dapat dibentuk dan mempunyai identiti tersendiri, berkeyakinan tinggi dan berkebolehan. Ini amat penting sebagai persediaan awal sebelum menempuh pembelajaran peringkat tinggi di universiti,” katanya.

Ujarnya, menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), kementeriannya merancang untuk menyediakan prasarana dan infrastruktur lebih lengkap bagi melaksanakan Pusat Tingkatan Enam Mod 1 dan Mod 2 di seluruh negara.

Jelas beliau, pelan tindakan penjenamaan semula Tingkatan Enam dilaksanakan dengan melibatkan lima fokus utama iaitu imej dan anjakan minda, infra dan infostruktur, pengurusan pentadbiran, mod pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan kurikulum.

“Seperti yang kita sedia maklum, peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diiktiraf oleh ‘Cambridge Assessment’, United Kingdom. Ini bermakna, STPM diiktiraf oleh badan antarabangsa dan pelajar Tingkatan Enam adalah setaraf dengan lulusan prauniversiti lain,” kata­nya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, perubahan struktur pentaksiran STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) daripada pendekatan terminal kepada modular adalah selari dengan kaedah pembelajaran di universiti yang turut merangkumi kuliah, tutorial, praktikal dan kerja kursus.

“Pelajar Tingkatan Enam ini menggunakan pakaian yang berbeza dengan pakaian sekolah harian biasa, menggunakan jadual waktu yang berbeza, tenaga pengajar khusus dan diletakkan dalam kategori berlainan berbanding sekolah arus perdana,” katanya.

Sumber : Utusan
 

Kadar elaun tetap perumahan naik

by
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan kadar terendah elaun imbuhan tetap perumahan kakitangan awam daripada RM180 kepada RM300 berkuatkuasa pada 1 November 2015.

Beliau berkata, kadar baharu yang diumumkan itu akan membabitkan 1.1 juta kakitangan awam gred 41 ke bawah selain melibatkan implikasi kewangan negara sebanyak RM1.04 bilion setahun.

Bagi kakitangan awam yang mendiami kuarters dan mereka selama ini tidak menerima faedah elaun perumahan juga akan menerima bayaran 25 peratus daripada kadar baharu imbuhan tetap perumahan yang baharu ini.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV) bertemakan Mendepani Realiti Baharu Negara: Pertumbuhan Melalui Produktiviti dan Inovasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sumber : Utusan

Aswara bakal dikenali Universiti P. Ramlee

by

Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan dikenali sebagai Universiti P. Ramlee menjelang 2016 selaras de­ngan perjuangannya dalam memartabatkan bangsa melalui seni dan budaya.

Rektornya, Prof. Dr. Hatta Azad Khan berkata, pihaknya berbangga apabila Aswara yang bertaraf akademi akan dinaik taraf dan dikenali sebagai Universiti P. Ramlee selewat-lewatnya pada pertengahan tahun hadapan.

“Kita telah melantik sebuah badan bebas sebagai perunding untuk membuat kajian dan seterusnya menyediakan kertas dasar yang komprehensif tentang hala tuju, matlamat dan keberkesanan universiti ini diwujudkan dan akan terus kekal di bawah naungan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

“Selain itu, kajian yang mengambil masa tempoh tiga bulan ini dilakukan secara menyeluruh dan perbandingan perlu dibuat khususnya dalam memban­dingkan universiti seni yang wujud di negara jiran supaya hala tujunya tidak terpesong,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menaik taraf As­wara sebagai sebuah universiti merupakan salah satu perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) baru-baru ini yang mahukan industri kreatif terus digalakkan sehingga mampu menghasilkan penggiat seni dan budayawan yang berkaliber.

Dalam pada itu, Hatta berkata, walaupun Aswara menawarkan pengajian di peringkat sijil sehingga Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang seni dan budaya, pihaknya masih dalam proses untuk mengubah persepsi ibu bapa dalam membenarkan anak-anak mempelajari bidang yang mereka minati.

“Kebanyakan ibu bapa di luar beranggapan ‘akademi’ bertaraf rendah berbanding dengan universiti, sedangkan mereka seharusnya melihat daripada aspek pengajian.

“Kita tidak menyalahkan ibu bapa dan sebab itu kita sedang ber­usaha untuk melenyapkan persepsi tersebut. Malah, mereka harus sedar bahawa bidang seni bukan hanya memfokuskan kepada lakonan ke­rana kita juga memberi pendedahan mengenai undang-undang supaya hak mereka terbela,” katanya.

Mengulas mengenai permintaan lulusan Aswara dalam industri seni negara, Hatta menjelaskan, kebolehan pasaran tidak menjadi masalah malah mereka kini ada dalam pelbagai bidang seni sama ada skrin, tea­ter, animasi, tarian mahupun muzik.

Beliau berkata, pihaknya juga mahu lulusan Aswara dilihat sebagai individu bersifat bersepadu yang bukan hanya memfokuskan kepada satu bidang sahaja.

“Contohnya dalam bidang muzik, lulusan kita tidak dididik hanya untuk melihat satu skop seperti nyanyi­an, sebaliknya menggunakan muzik di dalam filem dan teater muzikal.

“Setakat ini, kita bukan sahaja mengambil pelajar cemerlang dalam akademik tetapi mereka yang berbakat dan diletakkan di Pusat Seni Pentas Tradisional (Putra) supaya kebolehan dapat digilap dan dikembangkan,” katanya.

Sumber : Utusan

 

Staf awam liat bayar PTPTN dipotong gaji

by

Dianggarkan kira-kira 163,007 penjawat awam yang liat membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berdepan tinda­kan pemotongan gaji sebagai jalan penyelesaian kepada isu tersebut.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan surat pemotongan gaji kepada kumpulan terlibat dalam jangka masa terdekat.

Seramai 32,803 penjawat awam pelbagai gred kecuali Jusa C, Gred 54 dan 28 didapati tidak pernah melakukan sebarang transaksi bayaran.

Seramai 130,204 penjawat awam pelbagai gred dikesan membuat pembayaran secara tidak konsisten yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 163,007 orang.

Semalam, dalam media tempatan turut melaporkan selain disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS), nama peminjam PTPTN juga dihantar kepada Jabatan Imigresen un­tuk disenaraihitamkan.

Natijahnya, me­reka bukan sahaja tidak boleh keluar negara malah, diha­lang daripada memperbaharui pasport.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, sebelum ini melaporkan berkata, kutipan pinjaman telah meningkat RM5 juta sehari berbanding RM800 kesan daripada pengumuman nama-nama mereka yang liat bayar pinjaman akan diseranaikan di CCRIS.

Ini diberikutan, sumber menyebut, 130,000 penimjam PTPTN degil akan disenarai dalam CCRIS termasuk 33 kakitangan awam me­rangkumi berjawatan kanan kerana tidak pernah langsung membayar pinjaman.

Sumber : Utusan

 

Kampus UiTM diberi autonomi

by


Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penganuge­rahan status autonomi kepada semua kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam usaha menjadikan institusi keramat itu sebagai universiti terbaik di dunia.

Perdana Menteri berkata, penga­nugerahan tersebut perlu untuk memastikan sistem tadbir urus UiTM mampu mentadbir sebanyak 224,000 pelajar yang dijangka menyertai 244 program di universiti itu menjelang 2020.

Beliau berkata, melalui kuasa autonomi, setiap kampus UiTM akan ditadbir oleh seorang rektor yang boleh membuat keputusan dalam memastikan pentadbiran dan sumber universiti diuruskan dengan baik.

“Saya telah putuskan bersama bahawa konsep yang paling sesuai ialah kita kekalkan UiTM sebagai institusi keramat bumiputera, ini tidak boleh dikompromi, identiti UiTM tidak akan ditukar.

“Tetapi oleh kerana UiTM sudah terlalu besar, saya bersetuju sistem autonomi akan dilaksanakan, maka setiap kampus ada kuasa autonomi tetapi strukturnya tetap kekal,” katanya ketika berucap melancarkan majlis Malam Sumbangsih Perdana Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) UiTM di Shah Alam.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Lembaga Pemegang TP1B, Tan Sri Lodin Wok Kamarudin.

Yang hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Ir. Sahol Hamid Abu Bakar dan Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia, Datuk Zaini Hassan.

Perdana Menteri berkata, pemberian kuasa autonomi yang diputuskan bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bagi memastikan identiti UiTM terus kekal sebagai universiti terbaik untuk golongan bumiputera.

Tambahnya, sehingga Oktober 2014, UiTM telah berkembang de­ngan pesat dan menampung seba­nyak 177,051 pelajar daripada pe­ringkat pengajian asasi sehingga doktor falsafah.

Sumber: Utusan

SSPN-i Plus patuh syariah dilancar

by


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) iaitu pelan simpanan pendidikan patuh syariah dengan pakej perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, produk baharu yang diperkenalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu menawarkan pelan simpanan pendidikan dengan pelbagai pilihan pakej perlindungan takaful pada kadar serendah RM50 sebulan.

SSPN-i Plus yang diperkenalkan ini akan memberikan pelbagai keistimewaan kepada penyimpannya dan tidak membebankan kerana penyimpan bukan sahaja melabur untuk tujuan pendidikan tetapi juga akan mendapat perlindungan takaful, dividen yang amat kompetitif serta mendapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun dan patuh syariah.

Skim ini merupakan satu tabungan untuk dividen bagi masa depan dengan pelaburan yang amat murah, katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran SSPN-i Plus di Menara Matrade.

Yang turut hadir,Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching; Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Agos Cholan.

SSPN-i Plus merupakan produk yang dihasilkan menerusi kerjasama strategik antara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sejak SSPN-i diperkenalkan, prestasi tabungan amat menggalakkan apabila sehingga 30 April lalu, jumlah pembukaan akaun SSPN-i telah mencecah 2.2 juta akaun dengan jumlah deposit sebanyak RM1.7 bilion.

Malah, kata beliau, sehingga 30 April lalu, sejumlah 2.29 juta peminjam melibatkan peruntukan RM52 bilion telah menikmati kemudahan pembiayaan PTPTN dan angka itu sememangnya akan me­ningkat setiap tahun selaras dengan pembangunan modal insan melalui pendidikan.

Justeru, beliau berkata, hubungan strategi antara PTPTN dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi menyediakan pelbagai akses untuk tujuan tabungan pendidikan sentiasa digalakkan dan direalisasikan.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, pihaknya menyasarkan jumlah deposit dalam skim itu adalah sebanyak RM2 bilion menjelang tahun 2020.

“Kita mahu PTPTN tidak dilihat hanya memberi pinjaman, sebaliknya berperanan menyediakan ruang terbaik bagi ibu bapa merancang keperluan masa depan pendidikan anak-anak,” jelasnya.

Sumber : Utusan

Kisah Anak Syurga Jadi Viral

by

Seorang ibu muda yang juga siswazah Universiti Al-Azhar, Mesir menarik perhatian ramai apabila kisah anak syurga yang dimuat naik di laman sosial, Facebook menjadi viral dan mendapat pelbagai komen positif di kalangan netizen.

Pada usia 22 tahun, Ruqayyah Farhani Mohd Syukry reda dengan ketentuan takdir apabila seorang daripada anak kembarnya, Maryam Farihah hanya dipinjamkan selama 14 hari kepadanya dan suami, Abdullah Mubarak Hasanuddin.

Lebih menyedihkan, kembar Maryam, Marsya Farihah sedang berjuang untuk hidup dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kuantan.

Ibu Ruqayyah Farhani yang juga seorang guru agama, Khadijah Abdullah memberitahu, sifat anak keenam daripada 15 beradik yang tabah dan berdikari itu mungkin kerana dia sering mengikuti majlis ilmu dan gemar membaca, selain melalui pengalaman hidup di luar negara sepanjang tempoh pengajiannya.

Nenek kepada sembilan cucu yang berusia 52 tahun dan menetap di Batu Tiga, Kuantan ini bersyukur kerana anaknya cekal menghadapi dugaan hidup walaupun dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak kembarnya awal bulan ini.

"Menantu saya akan pulang ke Malaysia awal bulan depan kerana sekarang ini sedang menduduki peperiksaan di Mesir.

"Jadi sepanjang tempoh ini, Ruqayyah menguruskan pelbagai hal dengan bantuan adik beradik dan dalam keadaan Marsya yang tidak sihat, begitu juga ayahnya, dia dengan sendirinya sedar betapa dia perlu tabah dan berdikari dalam menghadapi situasi ini," katanya.

Menceritakan lebih lanjut, ibunya berkata, ketika mengandungkan Ruqayyah 22 tahun lalu, beliau ketika itu sedang melanjutkan pengajian peringkat Diploma Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor dan terpaksa meninggalkan lima anaknya untuk dijaga suami, Mohd Shukry Jusoh, 52 yang juga pendidik di sebuah sekolah swasta.

"Mungkin juga ketabahan saya ketika melalui saat sukar bersendirian waktu mengandungkan Ruqayyah dulu "turun" dalam dirinya hingga membuatkan dia sentiasa tenang dan reda dengan ketentuan takdir," katanya.

Menerusi laman Facebooknya, Ruqayyah Farhani turut menceritakan detik-detik sepanjang mengandungkan bayi kembarnya yang lahir pada usia kandungan 29 minggu itu, serta meminta supaya orang ramai mendoakan kesejahteraan Marsya. Beliau turut memuat naik gambar dirinya memangku jenazah Maryam dan ketika di pusara.

- mSTAR






Punca sijil halal Secret Recipe ditarik balik

by

Punca sebenar penarikan Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap Syarikat Secret Recipe adalah disebabkan faktor kebersihan dan bukannya penggunaan produk haram seperti yang disebarkan di laman sosial.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan tersebut disebabkan berlakunya pelanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan kebersihan yang serius. Penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terbabit dan syarikat berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Halal Malaysia mereka ditarik balik,” katanya.

Menurut Hakimah lagi, pihaknya sentiasa menitik beratkan soal kebersihan dalam proses pembuatan dan pemprosesan makanan di negara ini. Meskipun Sijil Halal bagi syarikat Secret Recipe ditarik balik, jelas Hakimah, syarikat itu masih boleh memohon semula sijil tersebut.

“Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia berkuatkuasa pada 7 Mei lalu. Bagaimanapun penarikan tersebut tidak menghalang syarikat itu untuk memohon semula sijil sekiranya tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal negara ini.

“Pihak Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014,” katanya lagi.

 

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT)

by

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri, ia telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Bil.7 Tahun 1974 dan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 6 Julai 1974.

Mesyuarat pertama penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah diadakan pada 1 Februari 1976 dengan menubuhkan sebuah Jawatankuasa kerja dengan peruntukan awal oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 20,000.00 bagi tujuan penubuhannya. Pada awal 1977 Kerajaan telah membina Bangunan Tun Abd. Razak dengan perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta.

Pada tanggal 1 Ogos 1977, Enakmen ini telah dikuatkuasakan dan beroperasi di pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di Bangunan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Bukit Che Long, Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu. Pada 29 Jun 1977, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dipindahkan ke Bangunan Wisma Darul Iman (kini Wisma Negeri) dan dengan itu PPAT turut sama berpindah dan ditempatkan di bilik perpustakaan pejabat tersebut di tingkat lima.

Pada 1 November 1978 beberapa orang kakitangan baru telah mula diambil untuk mengisi kekosongan di dalam pelbagai jawatan terutama di bahagian pentadbiran dan pengurusan perpustakaan. Kerja-kerja pembelian dan pemerosesan buku dilakukan dengan lebih giat. Pada bulan April 1979 pembinaan Bangunan Tun Abdul Razak siap sepenuhnya . Pada 13 April 1979 adalah hari yang bersejarah bagi warga perpustakaan kerana dapat menduduki bangunan sendiri iaitu Bangunan Tun Abdul Razak di Jalan Paya Bunga (kini Jalan Sultan Ismail).

Pada 29 Jun 1979, bangunan ini telah dibuka dengan rasminya oleh Al Marhum DYMM Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Zainal Abidin. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu memulakan perkhidmatannya pada 15 September 1979 dan mulai 1 Januari 1980 telah memperluaskan kepada perkhidmatan pinjaman.

Semenjak itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu terus berkembang pesat dan mempunyai rangkaian perkhidmatan perpustakaan di daerah Besut, Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun, Marang, Setiu dan Pekan Kerteh. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu juga menubuhkan Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Desa di seluruh pelosok negeri bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat.PPAT mempunyai kakitangan seramai 156 orang. Dari jumlah tersebut seramai 7 orang adalah kakitangan profesional.

Namun, hasil dari perkembangan ilmu dan maklumat yang kian pesat, bangunan perpustakaan ini tidak lagi mampu menampung jumlah pengunjung dan menempatkan koleksi bahan yang sedia ada. Jesteru itu wujudlah perancangan untuk menyediakan sebuah perpustakaan baru yang lengkap bagi memenuhi keperluan masyarakat serta menampung dan menyokong kegiatan penyelidikan dan pembacaan.

Tapak seluas 5.5 ekar di Padang hiliran telah diperuntukan untuk pembinaan perpustakaan Negeri Terengganu. Bangunan setinggi 5 tingkat ini yang menelan belanja RM33 juta telah siap sepenuhnya pada penghujung Jun 2001 manakala perasmian bangunan telah disempurnakan oleh DYMM Al Sultan Terengganu pada 22 Julai 2001 (Ahad), sempena sambutan ulangtahun keputeraan baginda yang ke-39.

 

Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) – 28 Mei 2015 

 

 


Pelakon Raja Farah Bercerai Talak Satu

by

Pelakon Raja Farah Raja Aziz, 27,  bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Isnin, 25 Mei 2015. Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Raja Farah yang ditemui selepas prosiding berkata, dia dan Megat bercerai secara baik tetapi dengan bersyarat yang enggan didedahkan. "Kami  bercerai kerana sudah tiada persefahaman. Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu syarat-syarat yang dipersetujui bersama itu," katanya.

Pada prosiding itu, Raja Farah ditemani bapa, Raja Aziz Raja Ngah dan peguamnya Muhammad Nur Hafiz Roslan manakala Megat hadir bersama ayahnya, Datuk Zakaria Brahim.

Megat berkata, dia redha dengan penceraian itu dan bergarap agar kedua-dua mereka dapat menneruskan kehidupan seperti biasa. "Saya terima akan ketentuan ini. Di harap kami dapat meneruskan  kehidupan dengan hal masing-masing," ujarnya.

Terdahulu Raja Farah telah memfailkan permohonan cerai pada 5 Mei lalu. Raja Farah dan Megat telah bernikah pada 12 November  2010 di Bukit Jelutong. Bagaimanapun, hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

 

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90