Top Ad 728x90

Larangan jualan tiga produk jus

by


Kementerian Kesihatan mengarahkan jualan produk Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar keluaran syarikat Sri Saga Marketing S/B dihentikan serta-merta kerana boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati syarikat itu sebenarnya tidak wujud dan hasil analisis mengesahkan ada antara produk berkenaan mengandungi dexamethasone dan prednisolone iaitu bahan steroid yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.

“Semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta jualannya dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, dexamethasone dan prednisolone adalah steroid poten yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

“Penggunaan kedua-dua bahan itu secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing,” katanya.

Pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi serius.

- Bernama

Isu di sebalik pemindahan 22 pegawai tinggi kerajaan ke INTAN

by
Keputusan untuk menempatkan 22 orang pegawai tinggi persekutuan daripada pelbagai peringkat ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) yang mencetuskan kontroversi rupa-rupanya dibuat oleh bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa sehari sebelum beliau bersara pada 28 Ogos lalu.

Kesemua pegawai tadbiran awam dan diplomatik itu sebelum ini berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga di beberapa buah kementerian.

Mereka dipindahkan ke Intan selepas timbulnya isu berkaitan kelewatan urusan pelantikan dan pembayaran gaji kepada kakitangan kontrak dan lantikan politik di pejabat-pejabat menteri serta timbalan menteri kabinet Kerajaan Pakatan Harapan selepas pilihan raya umum ke-14.

Bagaimanapun berdasarkan siasatan mStar Online, adalah didapati proses kelewatan pembayaran gaji dan lantikan ini berlaku atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan yang mana sebahagian besarnya kerana kelewatan pegawai-pegawai menteri dan timbalan menteri itu sendiri memproses dokumen perjanjian pelantikan mereka.

Ekoran daripada kelewatan ini, mStar Online dimaklumkan, pegawai paling kanan yang dihantar berkursus ke Intan ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohtar Abdul Rahman dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Dato Zainal Abidin Ahmad.

Lain-lain pegawai kanan yang terlibat ialah Pengarah Pembangunan Organisasi JPA, Mohamad Fauzi Isa dan Timbalan Pengarah Kanan JPA, Zohari Said.

Di samping mereka, beberapa orang pegawai daripada Bahagian Pembangunan Organisasi dan tiga timbalan pengarah Bahagian Perkhidmatan JPA turut menerima nasib yang sama, kata sumber itu lagi kepada mStar.

Sementara pegawai-pegawai dari beberapa kementerian yang turut dipindahkan ke Intan melibatkan setiap seorang daripada Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertanian.

Dalam perkembangan berkaitan, mStar Online turut dimaklumkan sehingga 24 Ogos lalu, sejumlah 101 lantikan kakitangan pejabat menteri dan timbalan menteri telah berjaya diselesaikan.

Daripada jumlah itu, 84 pegawai telah dilantik dan urusan pembayaran gaji juga telah turut diterima, manakala selebihnya belum melalui proses pembayaran gaji.

Adalah difahamkan, antara sebab mengapa para pegawai menteri dan timbalan menteri ini lewat menerima pembayaran gaji antara lainnya kerana pegawai yang terlibat belum mengemukakan dokumen perjanjian lantikan yang ditandatangani.

Sebab kedua adalah kerana pegawai yang terlibat tidak mahu menandatangani perjanjian lantikan atas sebab tidak menyatakan gaji minimum yang dipohon atau kerana pegawai berkenaan belum mengemukakan maklumat bank atau nombor akaun.

Lain-lain sebab yang lain ialah pegawai menteri atau timbalan menteri berkenaan masih belum mengemukakan dokumen kontrak yang ditandatangani atau kerana pegawai tersebut masih bertugas dengan majikan lama dan harus memberi notis tiga bulan.

Sehingga analisis berita ini ditulis, adalah dianggarkan masih terdapat 60 lantikan di pejabat menteri dan timbalan menteri masih belum diisi atas sebab-sebab tertentu antara lain belum ada calon yang sesuai atau calon memohon tanggagaji yang tidak diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Kakitangan Awam Bilangan 6.

"Terdapat pegawai-pegawai menteri yang menuntut gred yang tinggi yang tidak diperuntukan di dalam pekeliling perjawatan pejabat menteri dan timbalan menteri seperti Jawatan Utama Sektor Awam atau JUSA walaupun kerajaan baru bersetuju untuk menambah satu lagi jawatan iaitu Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) daripada seorang kepada dua orang dengan gred 54 tertakluk kepada kelayakan individu lantikan politik," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi mStar Online.

Sebelum ini Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar mengesahkan bahawa pegawai berkenaan dikenakan tindakan tersebut ekoran masalah yang timbul berhubung pelantikan pegawai baharu anggota Kabinet.

Sumber : mSTAR

Kabinet setuju umur pengundi diturunkan kepada 18 tahun

by


Kabinet memutuskan untuk menurunkan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan dibuat menerusi mesyuarat mingguan pada Rabu, dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan akan dibuat tidak lama lagi.

"Salah satu perkara yang perlu dilakukan adalah bekerjasama dengan sayap pemuda parti-parti pembangkang kerana majoriti dua pertiga diperlukan untuk membuat pindaan undang-undang," katanya kepada pemberita.

"Semua yang berusia 18 tahun boleh mengundi menjelang pilihan raya umum akan datang, itu pasti," tambahnya.

Syed Saddiq yakin mendapatkan kerjasama daripada parti-parti politik, dengan mengatakan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi beberapa ketua pemuda.

"Saya boleh katakan mereka juga berminat dengan isu ini," katanya.

Lapan belas tahun merupakan usia yang dibenarkan dalam undang-undang Malaysia, dan dipertimbangkan sebagai umur yang boleh mengambil tanggungjawab penuh terhadap sesuatu tindakan seseorang, seperti layak untuk ujian memandu, berkahwin atau menandatangani kontrak.

Umur mengundi bagi Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, India, Iran, Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja telah diturunkan kepada 18 tahun.

Malaysia dan Singapura masih kekal usia mengundi pada 21 tahun.

- mSTAR

Mustapa Mohamed keluar Umno

by



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar parti.

Dalam satu kenyataan, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata keputusan itu diambil selepas berpendapat hala tuju Umno tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini.

"Pada pandangan saya, hala tuju yang diambil Umno pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

"Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Umno setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini," katanya di Twitter, Selasa.

Menurut bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei lalu, beliau telah membuat beberapa pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju Umno dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.

"Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.

"Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini," katanya.

Susulan itu, beliau menegaskan untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, yang mana Umno selaku peneraju BN tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.

Malah, beliau berpendapat, Umno harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah.

"Umno mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

"Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk," katanya.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang berkhidmat untuk Umno.

"Insya-Allah saya akan terus menyumbang buah fikiran ke arah membangunkan sebuah negara Malaysia yang terbilang.

"Saya mendoakan agar negara kita akan terus aman, makmur dan disegani di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau turut berharap agar lembaran baharu Malaysia ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus serta integriti sebagai keutamaan.

"Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat. Kepada Allah SWT jua kita berserah," katanya.

Teori asal usul nama Malaysia

by





Sebelum nama Malaysia, negara kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Selepas merdeka pada tahun 1957, namanya berubah kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Persoalannya, bagaimana asal usul Malaysia tercipta? Berdasarkan catatan sejarah, ia bukan ilham Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman seperti yang disangka oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Arkib Malaysia juga secara asasnya tidak mempunyai dokumen rasmi yang menyatakan siapa individu yang mereka nama Malaysia. Bagaimanapun, terdapat pelbagai andaian dan teori yang dizahirkan seperti yang tercatat dalam beberapa penulisan seperti buku, rencana mahu pun peta.

Sebagai contoh, dalam sebuah rencana berjudul Sur:Es Iles Du Grand Ocean (On The Island of The Great Ocean) yang diterbitkan dalam Bulletin De La Societe de Geographie pada tahun 1832 yang ditulis oleh penjelajah Perancis, Dumont d’Urville.

Urville mencadangkan agar Lautan Pasifik Selatan dinamakan Oceania yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Polynesia, Melanesia, Micronesia dan Malaisie. Perkataan Malaisie kemudian ditukar kepada Malaysia oleh seorang ahli geografi Amerika Syarikat, Thomas G. Bradford (1835).

Satu lagi sumber ialah sebuah peta yang dilakar oleh Alexander Keith Johnston pada tahun 1845 yang diberi tajuk South Eastern Peninsula and Malaysia.

Johnston berkata, Malaysia sebenarnya merangkumi Semenanjung Melayu dan Kepulauan Melayu (termasuk Sumatera, Tanah Jawa, Tanah Melayu, Pulau Pinang, Singapura, Kemboja, Siam, Burma, Brunei dan Filipina). Ujar beliau, Malaysia juga merujuk kaum Melayu mempunyai kuasa dominan pada ketika itu dan peneroka pertama di Tanah Melayu.

Selain itu, nama Malaysia turut disebut dalam buku bertajuk Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule (1937) hasil tulisan Rupert Emerson dan The People of Malaysia (1945), tulisan Fay Cooper Cole. Berdasarkan dua buah buku itu, Malaysia ialah Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang meliputi Tanah Melayu, Hindia Timur, Borneo termasuk Filipina.

Duit syiling aluminium pada zaman pendudukan Jepun (1942) juga menjadi pendebatan tentang asal usul nama Malaysia. Syiling 20 sen itu difahamkan dikeluarkan pada tahun 1942. (Namun tertulis 2602, merujuk kepada kalendar Jepun).

Seperti yang ditulis oleh seorang penyelidik dalam buku bertajuk The Japanese Occupation Of Malaya (Singapore), Kementerian Kewangan di Jepun mengesahkan bahawa nama Malaysia pada duit syiling itu mewakili nama umum penduduk Malaya pada masa itu.

Semasa penjajahan, Jepun dikatakan mengiktiraf Melayu sebagai pribumi.

Bagaimanapun, terdapat satu penulisan yang telah mengutarakan plot teori yang sangat menarik dan berpatutan untuk dibincangkan.

Penulis yang tidak menyatakan namanya berkata, lazimnya, nama-nama utama di dunia akan berakhir dengan perkataan land (bahasa Inggeris), tan (bahasa Parsi) dan ia (bahasa Latin). Tiga perkataan berbeza itu, semuanya bermaksud tanah.

Antaranya ialah Scotland (tanah bangsa Scott), England, Thailand, Iceland, Pakistan (tanah suci), Afganistan, Kazakhstan, Algeria (tanah bangsa Algiers), Rusia, India dan Columbia.

Nama Malaysia pula ialah gabungan Malays dan ia. Daripada hujah tersebut, barangkali andaian itu ada logiknya kerana Malays-ia bermakna Land Of Malays (tanah bangsa Melayu).

Bilakah nama Malaysia secara rasminya digunakan? Adakah selepas merdeka atau sebelum? Pada tahun 2009, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib telah memperbetulkan kenyataan Arkib Negeri Sabah.

Mat Zin berkata, penggunaan nama Malaysia telah mula digunakan sejak tahun 1889 bukannya pada tahun 1929 seperti yang direkodkan oleh Arkib Negeri Sabah. Kenyataan itu adalah bersandarkan sebuah artikel dalam akhbar The British North Borneo Herald bertarikh 1 Januari 1889.

Artikel yang bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia yang ditulis J.E Tenison Woods memberi maklumat ringkas mengenai catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu pada tahun 1883 hingga 1886.

Penemuan itu, ujar Mat Zin telah membuktikan nama Malaysia digunakan lebih awal daripada tarikh kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

“Ia turut menunjukkan (nama Malaysia) telah digunakan secara meluas oleh orientalis Barat bagi merujuk kawasan Semenanjung Tanah Melayu,” katanya.

 Sekiranya kajian Mat Zin diiktiraf, ini menunjukkan nama Malaysia telah digunakan sejak 129 tahun lalu!

Sumber : Kosmo 1 Sep 2018

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu - MBKT (Sep 2018)

by



Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - September 2018


Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Terengganu sahaja) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan, iaitu :-

  1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 ( 5 jawatan )
  2. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 (20 jawatan )
  3. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19( 4 jawatan )
  4. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 (29 jawatan)

  1. Pemohon hendaklah mempunyai kelayakan akademik mengikut skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian  melalui pautan berikut : http://online.mbkt.gov.my/kerjaya/
  1. Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan secara atas talian. Sila cetak borang permohonan daripada sistem tersebut dan hantar melalui ketua jabatan dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang terkini serta salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun berturut-turut dan dihantar ke alamat berikut:
  1. Sekiranya mempunyai kemusykilan tentang permohonan, boleh terus menghubungi Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, MBKT di talian no. 09-6271287, 09-6271117 atau 09-6271107.
  1. Tarikh Tutup Permohonan: 1 Oktober  2018.


SYARAT-SYARAT LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATAN :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
i)          Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Terengganu sahaja);
ii)         Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii)        Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan
Sila klik di sini untuk memaparkan syarat-syarat penuh bagi jawatan di atas.
CARA MEMOHON
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Tingkat 4 - 8, Menara PMINT
No. 88, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(u.p. :  Jabatan Khidmat Pengurusan)

Nama Malaysia mula diguna sebelum merdeka

by





Penggunaan nama Malaysia bagi merujuk kepada negara ini telah mula digunakan sejak 120 tahun lalu iaitu pada 1889 dan bukannya pada 1929 seperti yang direkodkan di Arkib Negeri Sabah.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib berkata, penggunaan nama Malaysia itu direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889.

''Penemuan laporan bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia yang ditulis oleh J.E Tenison-Woods ini membetulkan kajian awal yang dibuat oleh pihak arkib negeri Sabah bahawa perkataan Malaysia digunakan pada 1 Julai 1929 oleh akhbar yang sama," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, laporan yang dibuat J.E Tenison itu memberikan maklumat ringkas mengenai catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan kunjungannya ke Sulu sekitar 1883 hingga 1886.

Beliau yang telah mula membuat kajian sejarah negara sejak 1984, penemuan ini adalah penting bagi memberikan maklumat sejarah yang tepat kepada generasi muda.

''Penemuan itu membuktikan nama Malaysia digunakan lebih awal dari tarikh kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia malah menunjukkan ia digunakan dengan meluas oleh orientalis barat bagi merujuk kawasan Semenanjung Tanah Melayu.

''Penemuan ini juga sekali gus merangsang para sejarawan untuk mengkaji lebih mendalam lagi mengenai kewujudan nama Malaysia dalam sejarah negara,'' ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Arkib Negeri Sabah, Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai penemuan itu baru-baru ini dan mempunyai salinan asal akhbar berkenaan.

''Mat Zin yang menjalankan kajian di sini telah memaklumkan mengenai penemuan baru dalam BNBH yang disimpan di arkib negeri Sabah dan kita juga telah mengesahkannya.

''Kita amat mengalu-alukan penemuan terbaru ini selepas penemuan lama yang ditemui seorang penyelidik daripada Universiti Malaya yang turut membuat penyelidikan di sini,'' katanya.

Tambahnya, pada masa ini Arkib Negeri Sabah ada menyimpan koleksi BNBH yang mula diterbitkan dari 1883 hingga 1941.

- UTUSAN

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu

by


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada calon Peperiksaan kemasukan Pegawai Tadbir Negeri N41 (PTN) KERAJAAN NEGERI TERENGGANU yang akan berlangsung pada 20 SEPTEMBER 2018. Dapatkan pakej rujukan, nota dan soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 di: http://infotambahan.com/terengganu/28

Wassap 013 979 0000 jika ada sebarang pertanyaan.




Jawatan Kosong di Jabatan Veterinar Malaysia 2018

by

Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2018

Adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Sains C29

IKLAN PENGAMBILAN:



PERMOHONAN

Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Tarikh Tutup : 19 OGOS 2018


PLKN dan BTN dimansuhkan

by


Kerajaan telah memutuskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan dan digantikan dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa hadapan (Youth of the Future) yang berwawasan dan tinggi nilai jati dirinya.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, program baharu ini yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat penstrukturan semula dari segi fungsi, perjawatan, peruntukan kewangan dan aset Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan BTN.

"Pengisian program ini dirangka secara holistik dengan menggabungkan aktiviti indoor dan outdoor berimpak tinggi untuk menyerlahkan potensi anak muda sebagai rakan strategik dalam membangunkan negara berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

"Elemen yang diterapkan termasuklah 'teambuilding', pembinaan karakter dan integrasi nasional, kenegaraan, jati diri dan sosialisasi politik.

"Penambahbaikkan ini selaras dengan hasrat KBS yang ingin terus mengangkat suara anak muda dalam landskap Malaysia baharu. Ia akan direalisasi dengan cadangan pindaan umur mengundi (dari 21 ke 18 tahun) pada PRU ke-15 nanti," jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Syed Saddiq, memandangkan program ini melibatkan kolaborasi merentas kementerian dan agensi, KBS akan mengadakan 'engagement' dengan pemegang taruh seperti JPM (Jabatan Perdana Menteri), KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat), Mindef, KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan pertubuhan bukan kerajaan termasuk persatuan belia untuk memperhalusi mekanisma pelaksanaan agar program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

"Sesi engagement ini mencerminkan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan program ini lebih inklusif, telus dan bebas daripada doktrin politik dan perkauman."


Perkhidmatan pembinaan, bahan mentah utama dikecualikan SST

by





Tekanan membabitkan harga rumah, bangunan perindustrian dan komersial dijangka dapat diringankan berikutan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta pengecualiannya di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, beliau berkata Kerajaan Persekutuan berharap kos pembinaan akan menjadi lebih rendah susulan pengecualian cukai SST ke atas bahan mentah utama seperti simen, pasir dan besi.

“Menerusi cadangan pengecualian barang-barang tersebut daripada SST dan kaedah pelaksanaan cukai SST yang lebih baik berbanding GST, saya berharap pihak pemaju dan pembeli mendapat faedah berikutan pengurangan beban cukai ini,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Di bawah regim GST, bahan-bahan asas seperti batu-bata, simen, pasir dan lain-lain bahan pembinaan dikenakan GST pada kadar enam peratus.

Malah, perkhidmatan pembinaan juga turut dikenakan GST sebanyak enam peratus.

Berikutan itu, kata Lim, ia telah meningkatkan kos pembinaan di bawah era GST termasuk kenaikan harga rumah.

- BERNAMA

Aidiladha disambut 22 Ogos 2018

by


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, malam ini mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 22 Ogos 2018 ini.




“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 22 Ogos 2018,” demikian menurut kenyataan itu.

Jawatan Kosong RISDA - Ogos 2018

by




Jawatan Kosong Terkini RISDA - Ogos 2018

Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di RISDA sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Pertanian G29 - 38 Kekosongan
2. Penolong Pegawai Tadbir N29 - 1 Kekosongan
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) N19 - 25 Kekosongan
4. Pembantu Tadbir (P/O) N19 - 30 Kekosongan
5. Pembantu Kemahiran H19 - 2 Kekosongan
6. Pembantu Awam H11 - 9 Kekosongan
7. Pembantu Operasi N11 - 4 Kekosongan







PERMOHONAN
Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Iklan Jawatan Kosong RISDA
https://www.risda.gov.my/

Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : 05 OGOS 2018



Gadis Malaysia Cemerlang di England

by

Kejayaan seorang gadis kelahiran Malaysia meraih keputusan cemerlang dalam pengajiannya di University of West England mencuri tumpuan netizen di Twitter sehingga diberi jolokan "beauty with brains" (cantik dan bijak).

Seindah namanya, Sarah Amanda Sahrudin yang berusia 21 tahun ini berjaya memperoleh kepujian dalam Bacelor Perakaunan dan Kewangan ketika menamatkan pengajiannya pada 17 Julai lalu.

Tidak semudah yang disangka, gadis yang berasal dari Shah Alam itu menghabiskan masa dari pagi hingga malam untuk mengulangkaji pelajaran demi menghabiskan pengajian dalam tempoh dua tahun.

"Saya bukan dilahirkan terus pandai, tapi saya sentiasa melipatgandakan usaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

"Kebiasaannya, saya akan duduk di meja untuk belajar dari pagi hingga ke malam dan kadang-kadang sampai tengah malam untuk mentelaah pelajaran," katanya


Sarah Amanda yang merupakan anak kepada pasangan juruterbang dan bekas pembaca berita popular tahun 90-an, Azura Abdul Karim itu berjaya menamatkan pengajian dalam masa singkat kerana memiliki sijil Juruteknik Perakaunan Bertauliah (CAT) dari Kolej Universiti Damansara Utama (KDU) ketika berusia 18 tahun.








"Pada mulanya saya tidak berhasrat menyambung pengajian dalam jurusan perakaunan kerana tidak begitu berminat dengan nombor.

"Tetapi, selepas ayah mencadangkan untuk ambil jurusan itu dan melakukan solat istikharah, saya teruskan juga," jelas anak keempat daripada enam beradik itu.

Kongsi Sarah Amanda, rahsia kejayaannya adalah harus bijak memberi keutamaan ke atas tugasan yang diberikan oleh pensyarah, selain belajar secara berkumpulan.


Baginya, mungkin tidak semua orang dianugerahkan kebijaksanaan, tetapi dia percaya setiap individu mampu berjaya sekiranya mereka berusaha dengan keras untuk mencapai apa yang diinginkan.

Kata gadis yang menjadikan tokoh perniagaan Aireen Omar, Datin Paduka Marina Mahathir dan Malala Yousafzai sebagai idolanya itu, dia telah ditawarkan pekerjaan sebagai juruaudit di firma audit antarabangsa KPMG sebaik tiba di negara ini pada Sabtu lalu.

Sarah Amanda bercadang untuk bekerja sambil belajar untuk mendapatkan sijil Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Krim Bio Ever Plus

by

KEGUNAAN KRIM BIO EVER

Bio Ever sesuai untuk semua jenis kulit. Oleh itu kaum lelaki juga boleh menggunakan produk ini. Bio Ever plus mengandungi bahan botanikal semulajadi seperti pegaga, keladi hutan, kacang soya dan Japanese Long Life Grass. Rumusan aktif ini dirumuskan kedalam liposom dan dihantar kebahagian kulit yang mana ia diperlukan. Bio Ever Plus adalah sejenis krim produk kesihatan yang membantu mengawal atur rembesan hormon badan supaya menjadi normal.

Bio Ever membantu masalah pertambahan berat badan yang disebabkan oleh ketidak seimbangan rembesan hormon dan penurunan kadar metabolisme akibat rembesan hormon yang kurang aktif. Bio Ever Plus membantu meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan masalah badan yang berisi / kembang. Gabungkan usaha anda dengan diet yang betul, minum air bersih dan pengambilan fiber yang secukupnya.

Untuk mendapatkan Krim Bio Ever ini, whatsapp ke no: 013 979 0000
www.wasap.my/60139790000/bioever

KANDUNGAN

Pegaga (Centella Asiatica)

Kaya dengan vitain A & CMenggalakkan penyembuhan lukaMerangsang sintesis kolagen

Wild Yam (Dioscorea Villosa)

Komponen aktif diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon progesteronMengawal atur metabolismeAntioksidan dan meregangkan otot

Kacang Soya (Glycine Soja)

Komponen aktif isoflavon boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon estrogenMembantu masalah endokrinMembantu sintesis kolagen, memutih dan melembapkan kulit


BIO EVER PLUS BERKESAN UNTUK MEMBANTU:

Menegangkan kulit wajah hanya dengan sapuan ditanganMenangani masalah jerawat dan jeragatMenegangkan payudaraMerawat luka dengan cepatMenguatkan otot & menyempitkan farajSakit kepalaAsmaMenstabilkan berat badanMenstabilkan kitaran haidMerawat sakit sendi & sarafBuang air tak lawasLuka untuk kencing manisKatarakAngin pasangDarah tinggi dan sakit pinggangResdungMembantu mendapatkan zuriatSenggugutSakit sarafBatu karangKulit sensitifAngin ahmarKetagih rokokPayudara kecilLumpuhKetulan tiroidKulit mengendurMuka KusamBuasirSakit lututRabunKeguguranUbanPrestasi seksual merosotMasalah kesihatan

KAWASAN WAJIB SAPU BIO EVER PLUS

Nadi di pergelangan tanganNadi di lenganUrat merihLeherAri-ariBelakang PinggangCelah peha

FUNGSI UTAMA BIO EVER PLUS ADALAH:

Badan menjadi lebih sehatMelanjutkan keremajaanMelancarkan sistem peredaran darahMembantu proses detoksifikasiMengatasi masalah-masalah kulit yang timbul akibat hormon yang tidak seimbangMemelihara kulit agar menegang, melembap & mencerahkan kulit

Diantara Fungsi-fungsi Hornon adalah seperti berikut:

Penting didalam kesihatan kulit, menjadikan kulit lebih tegang, anjal, licin dan cerah berseriTampak muda & membuatkan anda kelihatan lebih menikmati kehidupanMeningkatkan prestasi seksual 'kelakian' dan kesuburanMengawal kitaran haid, penting sewaktu hamil & kelahiranMengawal atur degupan jantung & pernafasanMembuat anda tidur nyenyak di waktu malamMembina tulang, memelihara otot & melancarkan fungsi sendiMengawal tekanan, mengelakkan keletihan, mengurangkan kerisauan dan mengawal kemurungan


Akibat hormon yang tidak seimbang:

Berat badan atau bentuk badanDaya ingatan menjadi lemahBerkurangan tenagaKulit wajah cepat menjadi kedut, hilang seri, kusam & kurang anjalRambut gugur & tidak bermayaPelbagai masalah kesihatan

Kunci didalam keseimbangan hormon adalah keseimbangan diantara hormon setrogen & progesteron dimana penghasilan progesteron menjadi semakin berkurangan jika dibandingkan dengan estrogen. Kekurangan progesteron ini menyebabkan masalah kesihatan berlaku. Hormon progesteron & estrogen juga penting untuk kesihatan kaum lelaki.


Gejala-gejala dominan estrogen tidak seimbang seperti:

Alergi termasuk asma, ruam & resdungKekeringan serviksSejuk kaki & tangan akibat lemah fungsi tiroidBerkurangan libido (keinginan seksual)KemurunganMata keringMendapat haid lebih cepatKegemukan dibahagian perut, paha & punggungKeletihanDaya tumpuan menjadi kurangKeguguran rambutSakit kepalaKitaran haid tidak teraturInsomniaPerasaan tidak  menentuOsteoporosisKadar metabolisme rendah


Fungsi Bio Ever Plus untuk Keseimbangan Hormon

Masalah yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon ini sebenarnya boleh diatasi. Antaranya dengan menggunakan bahan yang dapat membantu tubuh merangsangkan keseimbangan hormon


Bio Ever Plus mempunyai ramuan yang dapat menyeimbangkan hormon anda. jadi, gunakanalah Bio Ever untuk membantu tubuh anda mencapai keseimbangan hormon kerana anda boleh mengembalikan KESIHATAN & KECANTIKAN yang optima apabila hormon didalam tubuh anda seimbang.

Untuk mendapatkan Krim Bio Ever ini, whatsapp ke no: 013 979 0000
www.wasap.my/60139790000/bioever

CARA KEGUNAAN

Urut dalam gerakan lawan jam sehingga diserap sepenuhnya pada bahagian berikut:


Sakit kepala/migrain - Belakang telinga & tengkukMeningkatkan keergasan otak / IQ - Tengkuk & belakang badanRambut gugur / botak / beruban - Akar rambut/kulit kepalaSakit mata / katarak / berselaput / rabun  - Sekeliling mataResdung / selsema - Sekitar hidung & leherJerawat / Jeragat - Sekitar leherPenegangan muka - Sekitar leherSakit gigi / gusi / mata ikan - Tempat yang sait & bahagian luar (pipi)Berhenti merokok - Leher & dadaTiroid / Sakit tekak - LeherBatuk - Leher & dadaSakit jantung / dada / darah tinggi - Dada & belakang badanKencing manis - Kawasan pankreas (antara perut & dada). Jika telah luka/busuk/ hampir dipotong sapu disekeliling kawasan tersebutMemantapkan & menegangkan payudara - Sapu disekitar payudaraMenegangkan kulit muka, mencerahkan eye bag, mengurangkan lendut muka & menaikkan tulang pipi - Lengan & seluruh leherHubungan keintiman: Lelaki - Sapu & urutkan terus ke alat sulit 30 minit sebelum bersama, sapu dibahagian pinggan-tahan lama, dibahagian ari-ari juga dibahagian dalam pehaHubungan keintiman: Wanita - Sapu dibahagian ari-ari dan bahagian dalam peha - memantap, mengetat dan menjadikan isteri sensitif.

PERINGATAN

Rasa gatal, ruam, kerap kentut, kulit kepala berkelemumur, perpeluhan dan sebagainya mungkin akan muncul selepas menggunakan Bio Ever. Keadaan ini adalah tanda-tanda pemulihan yang hanya akan berterusan beberapa hari.


Ini berlaku kerana badan sedang mengalami proses detoksifikasi melalui kulit. Tanda-tanda ini akan hilang selepas beberapa hari. Lebihkan minum air kosong, bersenam. rehat secukupnya, mengambil vitamin C, fiber dan antioksidan bagi memendekkan tempoh pemulihan ini.


SOALAN LAZIM


Apakah BIo Ever Plus?

Bio Ever Plus menggunakan sistem bio teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano sepet pegaga, keladi hutan, kacang soya & rumput Jepun secara terus kedalam darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh mnghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.


Pegaga menggalakkan penyembuhan luka & merangsang sintesis kolagen. Keladi hutan dan kacang soya pula mengandungi rumusan yang boleh mengaktifkan hormon tumbuh-tumbuhan yang mirip dengan aktiviti hormon badan.


Bagaimanakah Bio Ever plus mempengaruhi badan kita?

Kacang soya dalam Bio Ever plus mengandungi zat-zat semulajadi dan bahan-bahan antioksidan yang serupa dengan hormon wanita yang amat berkesan dalam menagtasi proses penuaan. Diosgenin yang terdapat dalam Bio Ever Plus pula dapat mengaktifkan hormon-hormon badan seperti progesteron, testosteron, kortisol dan sebagainya. Hormon-hormon ini dapat menyelaraskan sistem badan termasuklah fungsi metabolisme & sistem saraf, disamping melambatkan penuaan organ-organ abdan dan memelihara fungsi fisiologi badan. selain itu rumusan yang terkandung alam keladi hutan dapat memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari & testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain dan membolehkan kelenjar-kelenjar ini berfungsi secara lancar, seterusnya menggalakkan sistem hormon berfungsi dengan baik dan memperoleh badan yang sihat.


Tahap penyerapan Bio Ever Plus?

Masa penyerapan adalah kira-kira 2-3 minit bagi selepas haid berhenti sehingga 7 hari sebelum bermulanya haid yang seterusnya. Selepas ini mas apenyerapan akan dipercepatkan dimana ia hanya memerlukan 15 saat sahaja.


Tahap penyerapan yang lebih cepat ini menunjukkan badan manusia mempunyai lebih banyak hormon untuk diagihkan kesetiap kelenjar endokrin. Biasanya, Bio Ever Plus diserap dengan lebih cepat dalam tempoh 7 hari sebelum bermulanya haid.


Cara penggunaan Bio Ever Plus?


Peringkat Awal

Cuba pada kulit dengan kuantiti yang sedikit, perhatikan samada berlakunya keadaan alergi. Sekiranya tiada, anda dicadangkan untuk menghaiskan sebotol dalam amsa 6 hari. Untuk mendapatkan kesan yang optimum dalam amsa yang singkat. Namun sekiranya berlaku alergi anda dinasihatkan untuk menggunakannya pada waktu pagi dan malam. Anda juga diingatkan untuk meminum air yang banyak, banyak bersenam dan mendapat rehat yang cukup.


Tempoh penjagaan

Ia bergantung pada keadaan individu samada untuk meningkatkan atau mengurangkan penggunaan Bio Ever Plus. Anda dicadangkan untuk menggunakannya setiap hari pada waktu pagi & malam. Ia sesuai untuk kegunaan jangka panjang dan tidak akan menyebabkan ketidakselesaan.


Bio Ever Plus lebih baik daripada ubat?

Bio Ever Pus bukan ubat dan ia tidak mengandungi sebarang unsur ubat-ubatan. Ia menggunakan teknoogi penyerapan di mana aloe vera digunakan untuk melembutkan keratin dan membuka liang-liang roma. Minyak kacang soya iaitu liposom yang mengandungi unsur-unsur diosgenin akan dihantar kebahagian kulit diikuti dengan kitaran miktovaskular yang akan menyelaraskan fungsi-fungsi badan. Maka penggunaan Bio Ever Plus membawa kesan yang lebih baik diaman cara penggunaannya adalah berbea dengan ubat-ubatan lain.


Adakah Bio Ever plus perlu digunakan secara berterusan?

Bio Ever Plus kaya dengan hormon semulajadi yang bersifat tumbuh-tumbuhan. Bagi mereka yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon proses penuaan akan berlaku dengan cepat. Penggunaan Bio Ever Plus dapat membantu menyelaraskan sistem endokrin badan, mencegah dan melambatkan proses penuaan. Penuaan merupakan satu proses yang berlaku bersama-sama dengan usia kita. Berikutan dengan peningkatan usia, proses penuaan berlaku dengan lebih cepat menyebabkan fungsi badan semakin lemah. Oleh itu penggunaan Bio Ever seara berterusan dapat memulihkan fungsi badan secara perlahan-lahan dan memelihara badan supaya berada dalam keadaan yang paling optimal.


Apakah jaminan kualiti produk Bio Ever Plus?

Menguji keselamatan setiap jenis bahan mentah bebas daripada bahan kimia yang tidak dibenarkan seperti hydroquione, tretinoin, merkuri, steroid & hormon sintetik.Bio Ever Plus adalah produk halalBebas daripada ujian terhadap binatangTanpa minyak bahan galian. Hanya minyak daripada sumber tumbuh-tumbuhan digunakan.

Adakah badan akan terlalu bergantung kepada Bio Ever Plus?

Tidak. Bio Ever Plus tidak akan menggantikan fungsi dalam sistem endokrin, membenarkan kelenjar dan organa badan mempunyai hormon yang mencukupi dan seterusnya memulihkan kesihatan badan seseorang. Fungsi Bio Ever Plus ialah menjaga kesihatan organ-organ badan, maka ia tidak akan menyebabkan kebergantungan terhadap produk.


Bolehkah Bio Ever plus menguruskan badan?

Ya. Bio Ever Plus membantu masalah pertambahan berat badan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan rembesan hormon dan penurunan kadar metabolisme akibat rembesan hormon yang kurang aktif.Bio Ever Plus membantu meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan masalah badan yang berisi/kembang. Gabungkan usaha anda dengan diet yang ebtul, minum air bersih dan pengambilan fiber yang secukupnya. Anda pastu akan kagum dengan keberkesanan produk.


Bolehkah menggunakan Bio Ever Plus semasa haid?

Boleh. Digalakkan untuk teruskan penggunaannya walaupun berlakunya ketidakselesaan. Bio Ever Plus juga sesuai digunakan oleh kaum wanita yang telah mengalami menopause.


Adakah penggunaan Bio Ever Plus akan mengakibatkan haid datang awal atau tertunda?

Boleh, kecuali berlaku ketidakselesaan. Cara penggunaan Bio Ever Plus oleh wanita yang mengalami menopause adalah sama.


Progesteron yang semulajadi akan menyelaras keadaan fisiologi badan kembali kepada normal. Dalam penyelarasan hormon pada peringkat awal, masa kedatangan haid mungkin mengalami perubahan disebabkan oleh keseimbangan hormon bagi setiap individu adalah berbeza, namun ia akan kembali normal selepas itu.


Bolehkah wanita mengandung menggunakan Bio Ever Plus?

Tidak digalakkan. Wanita hamil mengalai perubahan paras hormon badan semasa hamil. Bio Ever Plus berfungsi untuk membantu menyeimbangkan hormon manusia. Justeru itu, wanita hamil tidak digalakkan menggunakan Bio Ever Plus.


Bolehkah kaum lelaki menggunakan Bio Ever Plus?

Boleh. Dioscorea Villosa dalam Bio Ever Plus merupakan ubat tradisional bergred tinggi yang sesuai digunakan oleh kedua-dua kaum lelaki & wanita. Ia dapat ditukar kepada hormon lelaki iaitu testosteron. Dioscorea Villosa bukan sahaja dapat memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal dan testis malah dapat meningkatkan fungsi fisiologi badan, membolehkan kaum lelaki mempunyai badan yang lebih kuat.


Mengapakah rasa gatal atau ruam muncul selepas menggunakan Bio Ever Plus?

Keadaan ini adalah tanda-tanda pemulihan yang hanya berterusan beberapa hari. Hal ini kerana badan sedang menjalankan proses detoksifikasi melalui kulit. Oleh itu kemnculan ruam, kerapkentu, kulit kepala berkelemumur dan sebagainya akan dialami.


Anda usah berasa cemas kerana keadaan ini hanya berterusan beberapa hari dan hilang selepas itu. Anda digalakkan minum lebih banyak air, bersenam, rehat secukupnya, mengambil vitamin C, fiber dan makanan anti-oksidan untuk memendekkan tempoh pemulihan ini.


Kesan sampingan Bio Ever Plus?

Segala simptom-simptom yang timbul selepas penggunaan Bio Ever Plus bukanlah alergi ataupun kesan sampingan. Ia merupakan reaksi yang timbul semasa proses detoksifikasi badan manusia dijalankan. Gunakannya secara berterusan. Segala simptom yang tidak menyenangkan akan hilang selepas proses penyelarasan badan dijalankan (berdasarkan fizikal seseorang, kira-kira 7 hari - satu bulan)


Mengapakah kesan Bio Ever plus diteliti begitu cepat selepas 10 minit menggunakannya?

Bio Ever Plus menggunakan bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus kedalam peredaran darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Rumusan aktif Bio Ever Plus dirumuskan kedalam liposom, dihantar dan dibebaskan kebahagian badan yang mana diperlukan.


Berapa kerap saya perlu menggunakan Bio Ever Plus sehari?

Kekerapan penggunaan Bio Ever Plus bergantung kepada peringkat-peringkat yang dialami oleh pengguna:


(a) Tempoh penyelarasan

Sapukan sedikit krim Bio Ever Plus pada kulit untuk menguji samada anda sensitif terhadap produk ini. Anda digalak menggunakan Bio Ever Plus pada waktu pagi & malam, sebotol dalam semingu untuk mencapai hasil optimum dalam masa yang singkat.


Anda akan mengalami tanda-tanda pemulihan dalam tempoh ini. Oleh itu, anda perlulah minum lebih banyak air, rehat secukupnya dan bersenam. Perpeluhan adalah cara yang baik untuk membantu menyingkirkan toksin daripada badan.


(b) Tempoh penyelenggaraan

Guna Bio Ever Plus pada waktu pagi & malam, 2 botol sebulan. Anda perlu minum lebih banyak air, rehat secukupnya dan bersenam.


Kandungan utama Bio Ever Plus

Pegaga (Centella Asiatica)Wild Yam (Dioscorea Villosa)Kacang Soya (Glycine Soja)ResveratrolJapanese Long Grass

Keberkesanan Bio Ever Plus

Kaya dengan antioksidan dan anti penuaanKaya dengan diosgenin yang boleh mengaktifkan hormon, membantu menggalakkan kadar metabolisme dan menyelaraskan sistem sarafMemelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari dan testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain.Meningkatkan daya stamina dan tenaga


TESTIMONI

Setakat ini sangat banyak testimonial yang dikeluarkan termasuklah beberapa yang kami & doktor teruja sangat, antaranya

Breast cancer stage 4 sembuh dalam masa kurang 1 bulan setengahFibroid pecah secara semulajdi tanpa perlu pembedahanMata yang disahkan buta selama 1 setengah tahun kembali nampakMati pucuk selama 4 tahun setengah kembali berfungsi hanya 2 mingguMati pucuk 2 tahun hanya dengan urutan 1 malam sahaja selesai ...dan banyak lagi

Kalau setakt tiroid, resdung, kencing manis, darah tinggi, sakit tulang belakang tu kira sangat cepat boleh tengok perubahannya, In sha Allah.

Untuk hubungan suami isteri hanya 5 minit sahaja yang malas pun boleh jadi rajin. This is guaranteed!!!


Kenapa ianya menjadi kegilaan orang perempuan?  

Dari muka berjerawat & kesan jerawat, berjeragat, kusam, kurang seri, pucat eyebag besar, eyebag gelap in sha Allah boleh nampak perubahan dalam amsa 20 minit...Bukan sapu dimuka ya..hanya sapu di lengan sahaja!!!


Sapuan di tangan untuk naikkan seri muka, tetiba dalam sebulan anda akan perasan tumit kaki dari pecah jadi licin lembut kemerahan, kesan gelap akibat deodoran dibawah ketiak tetiba cerah kembali, begitu juga dicelah peha...

Masya Allah, its really amazing...

Untuk mendapatkan Krim Bio Ever ini, whatsapp ke no: 013 979 0000
www.wasap.my/60139790000/bioever



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90