Aurat dalam Islam

AURAT yang dimaksudkan dalam syariat Islam adalah bahagian tubuh yang
tidak patut diperlihatkan kepada orang lain. Seseorang wanita harus
menutupinya pada waktu solat dan pada saat berhadapan dengan orang lain.

Hadis riwayat Ibnu Hakim bermaksud: Saya bertanya kepada Rasulullah,
manakah dari aurat kami yang boleh diperlihatkan dan mana yang tidak?
Maka jawab
Nabi: "Peliharalah auratmu, kecuali terhadap isterimu atau hamba
sahayamu."

Saya bertanya pula; "Kalau orang itu berkumpul satu sama lain?" Jawab
baginda; "Kalau boleh tak seorangpun melihat auratmu, maka jangan sampai ia melihatnya."

Tanya saya pula, "Kalau seorang dari kami dalam keadaan bersendirian?"
Maka baginda menjawab, "Maka terhadap Allah s.w.t sepatutnya orang lebih berasa malu daripada terhadap sesama insan."

Semua ulama fikah berpendapat menutup aurat bagi wanita yang sudah akil baligh adalah satu kewajipan, apabila tidak dilaksanakan akan mendapat
dosa. Perbezaan muncul ketika menetapkan batasan aurat wanita harus ditutup ketika solat dengan orang lain.

Dalam hal ini ada tiga pendapat:

- Semua anggota tubuh wanita adalah aurat, mulai dari hujung rambut
sampailah hujung kaki; menurut mazhab Ahmad dan pendapat Ibnu Taimiyah.

- Semua tubuh wanita kecuali wajah, tapak tangan dan telapak kaki, menurut mazhab Abu Hanifah.

- Semua tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan sahaja; menurut mazhab Maliki dan Syafie.

Timbulnya perbezaan ini kerana ulama berbeza fahaman dalam mentafsirkan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (zinah) selain dari yang nyata mesti terbuka."

Dalam tafsir ar-Razi yang diambil Yusuf Qordhawi dijelaskan bahawa pendapat yang dianggap lebih kuat dalam memahami seperti zinah adalah anggota tubuh. Wanita tidak boleh menampakkan anggota tubuhnya selain daripada biasa terbuka iaitu wajah dan telapak tangan.

Dibolehkannya membuka kedua anggota seperti kata ar-Razi untuk kepentingan bekerja, mengambil dan memberi. Oleh kerana itu wanita diberi ruksoh untuk membukanya.

Aurat anak perempuan yang belum akil baligh namun sudah membangkitkan syahwat lelaki yang sihat sama seperti aurat wanita dewasa. Jika masih terlalu kecil dan belum membangkitkan syahwat tetap diharamkan melihat kemaluannya selain terhadap orang tua dan pengasuhnya.

Untuk kepentingan pendidikan, lebih baik seorang ibu memperkenalkan anak perempuannya sejak belum baligh mengenai batas aurat yang mesti ditutup, misalnya di luar rumah, paha dan betisnya tertutup; atau menggalakkannya memakai tudung ketika keluar rumah.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url