Top Ad 728x90

Friendster paling popular di Malaysia

Laman web ke tujuh terbesar di dunia serta rangkaian sosial nombor satu di Asia, Friendster Inc. mengumumkan www.friendster.com sebagai laman sosial nombor satu di Malaysia.

Menurut agensi pengukuran Internet terkenal ComScore.com, Friendster menerima pelawat empat kali ganda lebih ramai berbanding laman Facebook.

Rangkaian Friendster juga lebih terkenal daripada laman Myspace di Malaysia.

Laporan daripada Newscom.com pula, Friendster menerima 3,024,000 pelawat unik pada Mei 2008. Manakala Facebook dan Myspace masing-masing sebanyak 758,000 dan 735,000.

Purata pengunjung unik Friendster mengikut lingkungan umur iaitu:

- 15 hingga 24 tahun, Friendster menerima lima kali lebih besar berbanding Facebook dan empat kali lebih besar berbanding Myspace. 1,700,000 yang melawat Friendster, Facebook sebanyak 325,000 dan Myspace pula 386,000.

- 25 hingga 34 tahun, dianggarkan sebanyak 2.5 kali lebih besar berbanding Facebook dan 4.5 berbanding Myspace. Sebanyak 727,000 pengunjung unik Friendster, 253,000 Facebook dan 156,000 Myspace.

- 35 hingga 44 tahun, pelawat Friendster 3 kali lebih besar berbanding Facebook dan Myspace. hampir 348,000 pelawat unik di Friendster, Facebook 110,000 dan Myspace 105,000.

- Manakala 45 hingga 54 tahun, pelawat unik Friendster berkurangan menjadi 131,000 manakala Facebook sebanyak 47,000 dan MySpace 37,000.

Pengarah Pemasaran dan Pegawai Perhubungan Friendster, Jeff Roberto berkata, Malaysia dikenali sebagai pelawat paling ramai di Friendster kerana kebanyakan pengguna Internet di Malaysia melawat Friendster setiap bulan.

“Data comScore pula menunjukkan mereka ini dikalangan remaja berumur 16 tahun, pelajar kolej serta ahli profesional antara 20-an dan 40-an.

“Terdapat pengguna yang mengakses Friendster daripada peralatan mudah alih dan kafe Internet namun data comScore tidak dapat mengakses trafik terbabit walaupun sebenarnya pelawat di kalangan ini memang ramai di Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, tiga suku pengguna Facebook memasuki Friendster dan lebih tiga suku pengguna MySpace mengikut jejak yang sama.

Katanya lagi, Friendster turut mendahului rangkaian sosial lain di Malaysia yang pertama menyediakan laman Bahasa Melayu dan laman khas untuk telefon bimbit iaitu m.friendster.com yang juga dalam Bahasa Melayu.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90