Top Ad 728x90

RM46j duit raya Terengganu

Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan RM46.594 juta sebagai bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, bantuan hari raya tersebut adalah untuk 153,201 penduduk terdiri daripada golongan miskin yang berpendapatan bawah RM1,500, warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal.

Menurutnya, bantuan berupa wang tunai itu adalah dari wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban golongan tersebut membuat persiapan bagi menyambut hari kebesaran umat Islam itu.

"Bantuan akan mula diagihkan pada minggu pertama Ramadan ini dan akan diberi secara berperingkat-peringkat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bagi golongan miskin melibatkan 90,490 penerima dan setiap keluarga akan menerima RM300, bagaimanapun jika keluarga berkenaan mempunyai lebih lima orang anak, mereka akan menerima RM500.

Menurutnya, bilangan warga emas yang layak menerima bantuan itu adalah 30,177 orang manakala orang kurang upaya (10,377 orang) dan ibu tunggal (20,157 orang) dengan masing-masing akan menerima RM200.

Katanya, bilangan penerima bantuan tersebut meningkat berbanding tahun lepas dan nama mereka dipilih setelah dibuat tapisan daripada senarai yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri.

''Wang ini adalah bantuan khas untuk membantu golongan ini membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri," ujarnya.

Menurutnya, bantuan tersebut merupakan bantuan tahunan yang diberikan kepada golongan berkenaan sejak tahun 2000.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90