Buat Lelaki Yang Bakal Bergelar Suami
Pertama, merancang dari sudut kewangan. Aku mahu menjadi lelaki yang sekurang-kurangnya tidak pokai. Tidak bergantung kepada orang lain dalam hal kewangan. Aku mahu perkahwinan yang bakal dilangsungkan ini, jika boleh biarlah sepenuhnya menggunakan wang usahaku sendiri. Malah, aku perlu fikir bagaimana untuk membina keluarga menerusi kewangan yang sedia ada. Wang, adalah isu besar yang akan membantu
melestarikan banyak perkara lain dalam rumahtangga.
Kedua, apabila kewangan stabil... jiwa dan mental akan dapat merancang banyak perkara. Malah, ilmu dan amal juga akan menjadi lancar. Selain persediaan mental dan ilmu, aku perlu bersedia untuk mengajar bakal isteri tentang beberapa perkara utama. Antaranya...
(1) Memperbetulkan bacaan di dalam solat.
(2) Memperjelaskan perihal bersuci dari hadas kecil dan besar
(3) Memperjelaskan hukum aurat dan pemakaian yang dibenarkan dalam Islam.
Buat masa sekarang ini, aku sendiri masih mendalami perkara ini dengan sebaik-baiknya.
Ketiga, paling besar sekali dalam berumahtangga ialah suami perlu menghayati setiap amanah yang telah
terpundak di atas bahu. Walaupun berat sekalipun, ia perlu digalas dengan baik dan penuh suci hati. Terutamanya dalam saat-saat getir rumahtangga, perlu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Di sinilah gunanya iman. Iman perlu diperkasakan barulah ia mampu memandu jiwa manusia agar mentaati Allah dan
rasul. Hal ini hanya mampu dirasai dan dilalui setelah berumah tangga.
Bagi lelaki yang akan menjadi suami, perlu bersedia tentang perkara ini mulai sekarang...