Hukum Keseimbangan - Saling Mengingati

Apabila kita teringat akan seseorang, maka pada masa yang sama orang itu juga akan mengingati kita juga. Bentuk ingatan itu boleh jadi sama atau dalam bentuk yang berbeza. Kekuatan bentuk tenaga orang itu juga bergantung kepada kekuatan daya ingatan kita.

Misalnya apabila kita mengatakan "cantiknya dia", maka pada masa yang saya orang yang ditujukan persepsi tersebut akan turut mempunyai persepsi yang sama terhadap kita. Dia juga akan berkata sesuatu yang seumpamanya seperi "eloknya dia" atau sebagainya.

Begitu juga jika kita bersangka buruk terhadapnya seperti "saya benci dia". Maka orang tersebut juga akan turut negatif kepada kita. Sama ada dia juga akan mengeluarkan persepsi yang sama atau dalam bentuk yang berbeza seperti "saya tidak suka dia". Di sini telah wujud keseimbangannya.

Hukum Keseimbangan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun berada berjauhan. Misalnya jika kita teringatkan seseorang, tiba-tiba orang itu SMS atau menelefon kita serentak atau beberapa saat selepas kita mengintatinya. Walaupun dia tidak menghubungi kita seperti keadaan ini, Hukum Keseimbangan tetap masih berlaku dan dia tetap akan mengingati kita.

Apabila seseorang itu hening, dia boleh merasai niat seseorang itu melalui air muka atau percakapan, bentuk ayat, cara bertanya dan sebagainya. Daripada bentuk-bentuk tersebut kita boleh mengetahui niat dan keikhlasan seseorang terhadap kita. Misalnya jika kita tidak suka cara seseorang bertanya kepada kita, sebenarnya tahu yang orang tersebut sebenarnya tidak ikhlas bertanya atau sebenarnya tidak sukakan kita. Orang yang hening, sabar ikhlas dan redha tetap akan menjawab dengan ikhlas dan akibatnya orang yang bertanya akan menerima balik balasan akibat perbuatan yang tidak ikhlasnya.

Hukum Keseimbangan ini bukan boleh dibuat-buat sebaliknya ia terjadi dengan sendiri. Hukum Keseimbangan muncul secara instinct dan intuisi (minda separa sedar) yang boleh dikuatkan atau dirangsang pada peringkat minda sedar.

Mimpi mempunyai tafsiran yang berbeza. Apabila kita bermimpikan seseorang, sememangnya ia bermaksud kita selalu mengingatinya. Tetapi bukan bermaksud dia juga mengingati kita sama seperti kita mengingati dirinya.

Semasa tidur, otak akan menyusun dan menyelaraskan semula neuron. Mimpi ialah visual yang dimain semula berdasarkan set neuron yang diselaraskan ketika tidur. Misalnya ketika set neuron 1010 kita terlihat atau teringat wajah seseorang, maka semasa sedang tidur ketika dalam kombinasi penyelarasan neuron berlaku penyusunan set 1010, maka visual ketika kita sedang berjaga akan muncul.

Untuk lebih memahami maksud set neuron, saya buat perbandingan seperti ini.
Andaikan ketika berjaga kita sedang melakukan perbuatan atau memikirkan perkara ini:

Sedang berlari - 1100
Sedang cemas - 1000
Melihat harimau - 1001

Semasa sedang tidur, otak kan kembali menyusun semula neuron sehingga membentuk sel kombinasi seperti 1001 diikuti dengan 1000 dan seterusnya 1100. Ketika itu berlaku satu visual mimpi anda terserempak dengan harimau, terasa cemas dan melarikan diri daripadanya.

Apabila kita bermimpikan seseorang, boleh jadi orang itu ingin memberi peringatan kepada kita, kita bersalah kepadanya atau dia adalah musuh kita yang tidak disedari. Untuk lebih jelas, lihat kepada keadaan seseorang itu ketika dalam mimpi. Bermimpi mengenai orang yang telah meninggal pula mempunyai tafsiran yang berbeza.

Terdapat teknik yang terbaik untuk menjadikan Hukum Keseimbangan boleh dirangsang sejurus instinct dan intuisi muncul. Apabila terbayang akan seseorang, segeralah hadiahkannya Al-Fatihah. Insya Allah instinct tersebut akan terangsang sekiranya hadiah tersebut diberikan dengan penuh ikhlas dan kasih sayang walaupun dia tidak mengetahuinya.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url