Jangan Salah Guna
Anak-anak – ibu bapa menyalahgunakan kuantiti anak yang ramai ketika membeli-belah. Waktu tu stok gula tengah susah nak dapat dan setiap pelanggan cuma boleh membeli 1 kg gula sahaja. Kejadian ni berlaku pada rakan saya satu ketika dahulu. Beliau mengerahkan anak-anaknya yang seramai 5 orang untuk membeli gula setiap sorang. Hal tu memang tak dapat dielakkan kerana beliau bisnes bahulu dan ketika tu krisis gula sedang melanda.
Lane kanan – ni kat tengah jalan raya atau lebuh raya. Pernah tak masa ngah drive korang temui kereta yang dipandu dengan ‘cool’ sekali di lane tengah atau kanan? Seolah-olah di dalamnya ada sepasang merpati dua sejoli sedang asyik becinta. Come on lah. Nak bawak slow dudukla belah kiri. Saya tak tau apa yang ada di dalam fikiran diorang. Tak perasan ke kereta dah berbaris panjang kat belakang anda? Atau tak perasan ke kereta lain memotong anda dari arah kiri?
Konduktor bas – memana syarikat bas yang masih gunakan konduktor la. Diorang sumbat penumpang reramai macam sardin, kemudian buat-buat bergesel-geselan dan bersenggol-senggolan ngan penmpang pompuan masa nak kutip tambang. Benda ni biasa saya tengok masa masih budak sekolah dulu. Memang betol-betol salah gunakan pangkat dan kedudukan sebagai konduktor. Tapi bukan semua, ada juga konduktor yang kudus. Apa nak buat, masing-masing nak balik so, diam je la. Kesian..
Kawasan terpencil – bukan semua kawasan kat taman kita atau opis kita berpenghuni dan mempunyai pengunjung. Kalau kat tandas ada setan bertanduk, kat tempat ni pula ada setan kepala itam. Untuk yang buat maksiat, tak perlu komen panjang-panjang. Tengok je dalam YouTube atau klip kat dalam handset kawan korang. Kena ingat, selain mata-mata skodeng, ada lagi yang memerhati dan mencatit markah anda. Tempat begini juga sesuai untuk menagih dadah dan buat port berjudi.
Rupa paras yang kacak dan bahasa yang manis – saya tujukan untuk orang laki je. Dah ade sorang makwe / tunang / isteri dah la. Bagi la peluang kat orang lain untuk berpasang-pasangan. Ingat kau sorang je yang nak kawin? Camne kalau makwe / tunang / isteri korang sendiri dikebas orang? Marah ni, sebab dah pernah kena kat hidung sendiri. Kan bagus kalau rupa paras yang kacak dan bahasa yang manis tu digunakan untuk berdakwah ke, jadi negotiator untuk memebaskan tebusan / mangsa culik ke atau jadi artis nasyid. Takde la aku marah sangat.
Internet – download lagu, filem, telenovela dan bahan-bahan intelektual lain secara haram er.. secara senyap-senyap. Tipu la kalau korang tak pernah buat. Sebab tu jualan album artis kita tak mencatatkan jualan yang memberangsangkan. Ape nak buat, Pak Lah sendiri suruh kita ubah gaya hidup. Compare harga sebelum beli sesuatu barangan. Sebab tu kita download secara senyap-senyap kat internet sebab ia free. Kalau beli kena bayar pulak. Harga album diorang dah la lebih kurang sama ngan 15 liter petrol. Tapi walau pun album tak laku, ramai gak yang terhegeh-hegeh jadi artis kan ? Cuba tengok dalam rancangan realiti tu sampai ada yang sanggup buat keje bodoh dan kena marah semata-mata nak memperbaiki persembahan pentas.
Makanan – mentang-mentang la kat Malaysia ni kebanyakan korang mudah dapat makanan, korang pun asik maaaaaakan aje. Nabi kata makan jangan sampai kenyang tapi korang makan sampai kenyang lebih dari biasa. Kan dah naik berat badan. Nasib baik ada geng-geng Pakbelang bagi petua nak turunkan berat badan hari tu. Boleh la amalkan.
Mata – ni pun untuk orang laki gak. Kita guna mata untuk melihat dan buat keje-keje bermanfaat tapi korang ushar orang pompuan buat apa? Nak menghayati keindahan ciptaan Tuhan kata mereka. Er.. kalau sekali-sekala takpe kot.
Ilmu – ia dianugerahkan kepada kita untuk memudahkan hidup, untuk meninggikan darjat diantara makhluk-makhluk lain dan menjadi khalifah kat dunia ni. Tapi apa korang buat ngan ilmu yang lebih sedikit dari orang lain tu? Songlap duit, menipu atau rogol anak bini orang? Ingat, amalkan dan gunakanlah ilmu tu sebaik-baiknya sebab nanti bila ditanya camner ilmu kita tu diguna, tak terjawab pula kita nanti. Ilmu tu juga bukan untuk dibanggakan. Alah, apa yang kita ada tu cuma setitis je dari selaut ilmu Allah. Jangan nak riak la, kata saya kepada diri saya sendiri.