Jangan sesekali mengkhianati

Kadang kala dunia di sekeliling membuatkan kita beremosi walaupun ada kalanya atas sebab yang tiada rasional. Jelas, emosi membuatkan kita tenggelam dari ta´akul waras dan emosi minta dipuaskan.

Hanya apabila hati berasa puas, barulah emosi itu akan terbendung.

Indahnya apabila kita dapat menilai sesuatu yang bakal berlaku itu sebelum ianya menjadi sesalan. Namun sebagai manusia yang alpa, tentulah kita tidak akan berpeluang untuk sentiasa berfikir sebegitu.

Ada kalanya kita menyukai sesuatu yang tidak sepatutnya dan ada kalanya kita membenci sesuatu yang tidak sepatutnya. Andai zalim itu bermaksud apabila kita tidak melakukan sesuatu yang tepat pada tempatnya, maka itu membawa erti kita bersikap zalim kepada diri dan kehidupan.

Cuma kadang-kadang kita masih belum tengadah, bahawa zalim pada diri itulah punca kepada sesalan yang tidak berkesudahan nanti suatu masa.

Jadi kawan, bukan ingin berpesan apatah lagi mengingatkan. Sungguh kita tidak mahukan sesalan, sungguh kita tidak mahukan rasa terkilan, sungguh kita tidak mahukan kehilangan.

Tentu kalian pernah dengar ada pepatah muda mudi mengatakan, nikmatilah hidupmu selagi kau memilikinya. Juga jangan kau harapkan kenangan manis yang kau tinggalkan kekal dan berulang. Asal kau tidak mensia-siakan hari ini, tentu masa depanmu tidak terbayang dengan kepahitan.

Kerana hidup perlu diteruskan, kawan.

Sungguh, andai sekalipun kau tidak mampu menyayangi hati-hati yang pernah melukaimu, tapi jangan sekali-kali kau lukai hati-hati yang pernah menyayangimu.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url