80,000 penganggur??

Jumlah 80,000 graduan di Malaysia menganggur memang
merupakan satu angka yang agak tinggi. Bayangkan jika
ditambah dengan jumlah lepasan PMR, lepasan SPM dan
STPM yang turut menganggur. Ini belum termasuk jumlah
pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat skim
pemberhentian secara sukarela yang ditawarkan oleh
pihak swasta kepada kakitangannya bagi mengurangkan
kos operasi.

Jika di congak-congak, kemungkinan besar jumlah
keseluruhan pengangguran di Malaysia melebihi 150,000
orang. Satu angka yang cukup besar!

Baru-baru ini say berjumpa dengan kawan lama yang
sama-sama menamatkan pengajian pada 2000. Bayangkan
sehingga sekarang beliau belum mempunyai pekerjaan
tetap. Mula-mula jadi operator kilang dan sekarang
bekerja sementara menggantikan guru cuti bersalin.
Payah sangat kehendak dapat kerja sekarang ataupun
graduan kita memang memilih pekerjaan?

Namun rata-rata kenalan yang saya jumpa kebanyakan
tidak memilih pekerjaan. Malah, ada yang sampai
merayu-rayu inginkan pekerjaan � jadi kerani atau
operator pun tak apa. Cuci pinggan kat kedai makan pun
sanggup, janji dapat kerja.

Hujung minggu lalu saya ke UKM berjumpa dengan
beberapa pelajar tahun akhir bagi membincangkan petua
menghadapi alam pekerjaan. Antara keluhan mereka ialah
bukan setakat sukar mendapat kejar, tetapi hendak
memohon tempat untuk latihan industri pun terlalu
sukar.

Walaupun menghantar permohonan kepada lebih 30
syarikat pun, belum tentu boleh dapat. Lantaran itu,
saya ingin menyeru kepada badan kerajaan dan swasta
supaya membuka ruang dan menyediakan tempat kepada
mahasiswa mahupun pelajar untuk mengikuti latihan
industri.

Walaupun tiada elaun, ramai mahasiswa dan pelajar yang
memerlukan tempat untuk menjalani latihan industri
bagi mencukupkan syarat mereka mendapat sijil, diploma
mahupun ijazah. Bayangkanlah, ada yang terpaksa
menangguhkan pengajian ke tahun berikutnya gara-gara
gagal mendapatkan tempat untuk menjalani latihan
industri.

Apa yang berlaku ini adalah akibat ketidakprihatian
sesetengah agensi kerajaan dan swasta yang merasakan
pengambilan pelajar industri sebagi sesuatu yang
membebankan. Ada syarikat yang menutup terus peluang
pelajar mengikuti latihan industri. Sekiranya semua
agansi kerajaan dan swasta bekerjasama dan memberikan
kuota untuk pelajar menjalani latihan industri, maka
pasti masalah ini tidak berlaku.

Di syarikat tempat saya bekerja, contohnya, terdapat
lebih 200 permohonan pelajar untuk menjalani latihan
industri dan kebiasaannya tempat terhadap dan 10-20
orang sahaja yang diterima.

Di samping itu, antara saranan yang perlu dilaksankan
oleh pihak universiti, kolej swasta, politeknik dan
institusi pendidikan lain ialah mengadakan �usahasama�
atau hubungan dua hala bagi membantu pelajar mereka
mendapat tempat untuk menjalani latihan industri.
Sedikit sebanyak pelajar berkenaan dapat mempelajari
selok-belok alam pekerjaan dan meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan.

Ada juga sesetengah pelajar yang mendapat pekerjaan
secara langsung di tempat mereka menjalani latihan
industri satu ketika dahulu. Mungkin isu pengangguran
dapat dikurangkan sekiranya semua anggota masyarakat
memainkan peranan � tidak kira agensi kerajaan mahupun
swasta.

Apa yang merisaukan saya ialah apabila kadar
pengangguran terlalu tinggi, maka tidak mustahil ia
turut menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.
Semua orang perlukan wang untuk hidup. Jika tiada
ruang untuk mendapatkan wang dengan bekerja, maka
ruang jenayah akan digunakan untuk mendapatkan wang
cepat.
Next Post Previous Post
1 Comments
  • umieadam
    umieadam Isnin, 17 November 2008 pada 9:10:00 PG SGT

    ramainya penganggur...

Add Comment
comment url