Novel Keliru (Bhg 4)
"Excuse me?" tanya Syazwan kehairanan.
"Kau tak dengar ke? Aku nak breakup dengan kau," ujur Atiqah lagi dengan suara lantangnya. Dia memang sengaja meninggikan suaranya supaya semua orang dengar. Biar puas hatinya mengenakan Syazwan. Kali ini, gelaran jerung darat Syazwan sudah tidak boleh pakai lagi sebab dia sendiri yang putuskan hubungan.
Syazwan masih lagi terpinga-pinga di situ. Dia langsung tidak tahu menahu sejak bila dia couple dengan Atiqah atau dengan sapa-sapa pun dan tiba-tiba Atiqah minta break up dengannya. Bukankah pelik?
Tapi, semua ini tak mustahil lagi kalau!
"Syafiq," keluhnya perlahan. Mesti Syafiq punya kerja ni. Kalau tak siapa lagi yang memiliki wajah sepertinya kalau bukan kembarnya sendiri.
"Syazwan, aku nak minta break up dengan kau," kata Atiqah lagi yang tidak berpuas hati dengan reaksi yang Syazwan berikan kepadanya.
Syazwan mengangguk faham.
"Okey," ujur Syazwan langsung tak beri reaksi dan berlalu ke tempatnya.
"Hey, aku nak break up dengan kau," Atiqah mula bengang.
"Kalau kau nak break up, apa kena mengena dengan aku?" tanya Syazwan kepada Atiqah membuatkan Atiqah kelu hendak berkata. Dia seolah-olah tidak mengenali siapa Syazwan di hadapannya sekarang. Berlainan. Memang berlainan. Hendak kata Syazwan berpura-pura berlakon, tak juga. Wajahnya serius. Langsung tak senyum seperti selalu. Yang ada hanyalah reaksi selamba dan tiada perasaannya itu.
Kerana bengang dengan reaksi Syazwan yang langsung tiada perasaan dan rancangan hendak memalukan Syazwan tidak menjadi, Atiqah segera berlalu dari situ dengan hati yang luka dan membara. Cadang hendak memalukan Syazwan tapi akhirnya dia sendiri yang dimalukan. Nampaknya dia sudah memandang rendah pada Syazwan.
"Wow, Syazwan, hebatlah kau. Atiqah dah jadi mangsa kau yang seterusnya ke?" tanya Aizat setelah Atiqah berlalu pergi.
"Sepatutnya aku yang dah jadi mangsa sekarang ni," keluh Syazwan lemah. Entah apa nak jadi dengan kembarnya itu. Selalu sangat mengelirukan hati perempuan sampai dia sendiri yang menjadi mangsa.
"Wei, apa yang dah berlaku? Bila kau couple dengan Atiqah?"
"Soalan tu lebih baik kau tanya kembar aku yang satu lagi tu," ujur Syazwan tidak berminat hendak bercakap. "Ah, sudahlah. Aku malas nak cakap tentang tu," katanya lagi apabila melihat Aizat dan Fariz sudah menggaru-garu kepala tidak faham. Dia kemudiannya melihat Hanif yang duduk di sebelahnya yang sedang tersenyum seorang diri sambil memandang kipas dan lampu-lampu di atas.
Pelik. Apa kena pulak la dengan kawannya yang seorang lagi ni? Hilang akal ke? Atau hilang waras? Lain macam saja hari ini. Pasal Atiqah minta break up tadi pun dia tak tanya, jangan kata tak tanya, agaknya dia sendiri tak tahu Atiqah ada minta break up tadi. Selalunya dialah orang pertama yang mulut becok tanya dan tanya soalan dengan bertubi-tubi. Hari ini pula! terlebih makan ubi kot.
"Apa kena dengan dia?"
"Tengah angau."
"Angau?"
"Baik kau jangan kacau," ujur Aizat.
"Hey, kalau korang nak mengumpat aku pun, janganlah mengumpat depan-depan. Merosakkan hari aku yang indah saja," kata Hanif yang mula ?tersedar?. "Syazwan, aku tahu hari ini kau sedang bersedih dengan Atiqah yang minta putus," ujur Hanif tiba-tiba. Syazwan mengangguk-angguk walaupun dia langsung tidak faham dengan keadaan Hanif itu. Dah teruk agaknya ni. Cis, memalukan kaum lelaki saja. "!tapi aku akan gembirakan kau dengan satu berita."
"Err!."
"Beritanya adalah girlfriend aku nak datang sekolah ni!" jerit Hanif sambil ketawa besar.
Masing-masing memandang sesama sendiri. Berfikir apakah reaksi yang sepatutnya mereka beri untuk berita itu. Terkejut? Gembira? Sedih? Atau gusar? Emm! nampaknya keempat-empat tu tak boleh pakai.
"Hoi, berilah reaksi yang baik sikit," ujur Hanif yang kecewa dengan kawan-kawannya itu.
"Yelah, tengah fikirlah ni nak beri reaksi yang macam mana," kata Fariz sambil meraba-raba dagunya dengan jari-jemarinya yang lain hanya mengangguk.
"Ah, kutuklah kalau korang nak kutuk. Yang penting, awek aku nak datang sini."
"Buat apa dia datang sekolah ni?"
"Dia ada gamelah. Kan ada pertandingan Teak Wan do kat sekolah ni, dan dia ambil bahagian. Nanti aku kenalkan dia dengan korang. Jangan jealous tau," ujur Hanif dengan gembiranya.
"Wow, dasyhat juga awek kau tu. Teak Wan do lak tu."
"Biasalah. Aku kalau nak cari awek mestilah yang dashyat-dashyat. Biarlah tak seksi dan biarlah tak cantik asalkan dia tu jenis yang dasyhat."
Syazwan tersenyum kelucuan. Bercakap tentang Teak Wan Do, dia teringat adik perempuannya yang turut meminati sukan itu. Nama saja perempuan tapi lasaknya kalahkan lelaki, mungkin ini disebabkan Liana membesar dengan mereka berdua. Apatah lagi tinggal bersama-sama dengan Syafiq yang lasak itu.
> >
Dia duduk menyilang kaki sambil matanya meliar memandang sekeliling. Dan sekali-sekala dia meneguk air tin tanpa memperdulikan beberapa pasang mata memandangnya dan ada juga yang menyapanya dengan bunyi-bunyian macam tikus kelaparan tapi langsung dia tidak perduli.
"Hai cik adik," sapa seorang lelaki menghampirinya.
"Berambus!" ujurnya kasar dengan kecewanya lelaki itu berlalu pergi. Masuk kali ini sudah banyak lelaki yang menegurnya tapi semuanya takut dengan suara kasarnya. Macam ini nak jadi teman lelaki? Itu baru berhadapan dengan dia, kalau berhadapan dengan abang-abangnya macam mana pula?
Keadaan kantin yang lenggang tadi mulai bingit apabila para pelajar keluar rehat membeli makanan di kantin. Dari situ dia dapat melihat sekumpulan lelaki yang baru saja turun ke kantin dan salah seorang dari mereka memang tidak asing lagi baginya.
"Hey, kau kata nak kenalkan awek kau," tanya Syazwan kepada Hanif yang dari tadi asyik mendiamkan diri. Entah masalah apa yang dihadapi kawannya itu sejak menerima mesej dari aweknya itu.
"Memanglah tapi ada masalah sikit."
"Kenapa?"
"Dia pulak nak kenalkan aku dengan abangnya."
"Abang dia sekolah sini ke?"
"Entah. Aku pun tak tahu. Aku baru tahu tadi. Macam mana ni? Dia kata abang dia tu garang, lagi dasyhat dari dia. Macam mana ni?" tanya Hanif sudah tidak keruan.
Syazwan tersenyum kelucuan. Inilah Hanif, kalau dah mengelabah, hilang handsomenya.
" Ala , berlagak biasalah. Kau tak de buat salah apa-apa buat apa nak takut," ujurnya cuba menenangkan Hanif.
"Kau cakap senanglah," dia mengelap peluh di mukanya. Syazwan hanya menggeleng manakala dua lagi kawannya sudah ketawa terkekek-kekek di belakang. "Hah! Tu, dia dah datang!" ujur Hanif sambil menyiku Syazwan di sebelahnya.
Masing-masing menumpukan perhatian ke arah seorang perempuan yang memakai sweater nipis berwarna merah dan berseluar teak wan do berwarna putih yang dari jauh tersenyum manis. Langkahnya semakin secepat dan akhirnya dia berlari semakin hampir dengan mereka.
Hanif dari jauh sudah tersenyum-senyum. Macam dalam filem Hindustan pula, heroin datang dari jauh dan berlari dan memeluknya. Ah, akhirnya dapat juga dia jadi hero sekejap. Marilah, peluklah, detis hatinya apabila melihat aweknya itu semakin dekat.
Tapi, lain pula yang berlaku. Bukan dia yang dipeluknya tapi Syazwan! Hisy! Takkanlah heroin dah lupa muka hero kot ataupun heroin dapat arahan salah dari pengarah. Atau pengarah hendak sabotaj dia. Hisy!
"Hey," Hanif bertindak pantas meleraikan pelukan mereka. Yelah, lelaki mana yang tak marah kalau aweknya berpeluk dengan lelaki lain. Bukan saja depan matanya malah depan mata berpuluhan pelajar sekolah yang turut menyaksikan drama melayu itu.
"Hai Hanif," sapa Liana. Entah bila Hanif berada di situ, dia pun tidak tahu namun, dia berlagak selamba. "Kau pun ada di sini. Baguslah."
"Tahu pun, yang kau pergi peluk laki lain ni apa cerita? Dah tak kenal teman lelaki sendiri?"
"Oh!," Syazwan mengangguk faham. "Jadi, Liana ni teman wanita kaulah?" tanya Syazwan mendapatkan kepastian.
"Yelah. Liana ni teman wanita aku. Dia sepatutnya peluk aku dan bukannya kau dan perkara tadi tu semuanya salah faham. So, jangan jatuh cinta dengan dia," ujur Hanif kepada Syazwan. Liana yang berdiri di antara kedua mereka menggaru kepala. Tidak faham apakah yang telah berlaku.
"Hey, macam mana kau tahu nama awek aku Liana?" tanya Hanif semula.
"Actually," Liana mula bercakap sambil memeluk lengan abangnya itu. "Dia adalah orang yang aku hendak kenalkan pada kau, Syazwan, abang aku," perkenal Liana kepada Hanif.
"Oh, jadi, dialah abang kau," Hanif mengangguk-angguk. "Apa?! Syazwan abang kau?!" tanyanya yang terkejut dengan berita itu. Keduanya hanya mengangguk.
Hanif kaget sebentar. Sama ada hendak percaya atau tidak dia pun tidak pasti tapi takkkanlah mereka berdua hendak mempermainkan dia? Dan lagi, selama dia berkawan dengan Syazwan, Syazwan langsung tidak pernah bercerita bahawa dia ada seorang adik perempuan mahupun lelaki. Apa yang dia tahu, Syazwan adalah anak tunggal. Mana datangnya adik perempuan?
Liana pula tu.
"So, inilah orangnya?" tanya Syazwan sambil memandang Liana dengan tajam. Liana hanya tersenyum malu. Jarang adik perempuannya itu berkelakuan seperti perempuan. "Patutlah abang asyik dengar dari Fiq tentang secret boyfriend Lia, rupanya memang betul. Dan tak sangka pula orang itu adalah orang yang abang kenal, Hanif."
"Abang kenal Hanif?" tanya Liana tidak tahu menahu.
"Ya. Ya. Kali saling berkenalan malah, abang kau ni adalah kawan baik dan terbaik yang pernah aku jumpa, betulkan Syazwan?" ujur Hanif sambil menepuk-nepuk bahu Syazwan dan memeluk-meluk tubuh Syazwan sehingga rimas Syazwan dibuatnya. "Ah, Syazwan, kenapa kau tak beritahu awal-awal yang Liana ni adik perempuan kau?" tanya Hanif sambil mengeluh lega. Hilang satu beban.
"Jadi, kau nak aku beritahu yang Liana ni adik lelaki aku?" tanya Syazwan pula. "Lagipun aku tak tahu yang Lia nak datang ke sini, kalau tidak aku dah kenalkan kau awal-awal."
"Surprise," ujur Liana tersenyum nakal. "Saja nak buat Abang Wan terkejut lagipun dah lama tak jumpa, rindu pula rasanya."
"Bukankah baru jumpa minggu lepas masa jamuan makan tu?" tanya Syazwan. Liana sekali lagi tersenyum nakal. "Ataupun, nak jumpa orang lain?" tanya Syazwan sambil menjeling memandang Hanif yang menabik dada. Berbanggalah tu. Tadi, takut-takut bila dapat tahu Liana ada seorang abang tapi sekarang terus bersemangat bila dapat tahu dia adalah abang Syazliana.
Ah, lantaklah kau, Hanif. Asalkan kau tak sia-siakan adik aku sudah.