Novel Keliru (Bhg 6)
"Hey," sahutnya dengan dingin tanpa berpaling.
"Bukankah kau dapat MC beberapa hari? Kenapa pergi ke sekolah juga?" tanya Syazwan lagi.
"Aku rasa sama ada aku hendak pergi ke sekolah ataupun tidak, itu adalah hak aku bukan?" ujur Aya lagi.
"Ya tapi!."
"Dan apabila hak aku, ia tiada kena-mengena dengan kau bukan?" pantas Aya memotong.
"Ya. Sorry! aku cuma risaukan kau saja."
"Terima kasih sebab risaukan aku tapi aku tak apa-apa," katanya dengan suara sombongnya.
"Abang Wan," panggil Liana dihadapan pintu bilik muzik. "Ah, susah betul nak cari bilik muzik ni," keluhnya sambil melangkah masuk ke dalam menghampiri abangnya. "Kawan abang?"
"Oh, Aya kenalkan ini adik aku, Liana," Syazwan memperkenalkan Liana.
"Hai," sapa Liana bersalaman dengan Aya.
"Hai, dan setahu aku, ada orang tu cakap dia tiada adik beradik," kata Aya sambil menjeling Syazwan dengan tajam. Syazwan masih berlagak seperti biasa dan langsung tidak perasan bahawa Aya sedang mengatanya. "Mungkin aku patut beredar dulu," ujur Aya setelah bengang dengan sikap tidak tahu menahu Syazwan.
"Kenapa dengan Kak Aya? Dia macam marahkan abang saja," kata Liana yang perasan dengan hubungan dingin Aya dengan abangnya itu.
"Yekah? Kenapa abang tak perasan langsung," balas Syazwan tidak tahu menahu.
Liana mengeluh lemah.
"Memang betullah kata Abang Fiq, Abang Wan ni langsung tiada perasaan terhadap perempuan."
"Apa?" tanya Syazwan semula yang terdengar sesuatu dari mulut adiknya itu tetapi tidak jelas.
"Tiada," Syazliana tersenyum paksa. "Abang Wan," dia menghampiri abangnya. "Tentang Hanif! tolong jangan beritahu Abang Fiq yek?" pujuknya.
"Kenapa pula nak sorok dari dia?"
"Ala, tolonglah. Abang Wan tahulah perangai Abang Fiq tu macam mana? Dulu masa ada lelaki sukakan Lia, habis dia belasah lelaki tu. Lia tak mahu perkara yang sama berulang lagi dengan Hanif."
"Actually kami berdua yang belasah lelaki tu sebab kami dapat tahu yang dia hanyalah nak mempermainkan adik kesayangan kami ini," terang Syazwan sambil menjeling tajam.
Syazliana tersenyum manja. Sebenarnya dia cukup bangga sebab mempunyai dua orang abang yang selalu mengambil berat tentang dirinya. Walaupun kedua-duanya adalah kembar tapi mereka mempunyai perangai yang berbeza. Abang Syafiq, jenis yang suka menyakat hidupnya dengan lawak-lawak jenaka manakala Abang Syazwan, jenis yang suka memanjakannya. Namun, keduanya mempunyai satu persamaan iaitu akan tetap melindunginya walauapa pun yang berlaku.
"Tahulah tapi tolongnya jangan beritahu Abang Fiq, kalau Abang Fiq dapat tahu habis kecoh rumah tu."
"Habis, kalau abang tahu, tak kecoh ke?"
"Tak," dia menggeleng manja. "Abang jenis yang tak suka sebarkan berita. Tolonglah!."
Syazwan mengeluh lemah.
"Okey," akhirnya dia bersetuju. "Tapi dengan satu syarat."
"Haa! ada syarat ke?"
"Mestilah, bukan senang abang nak tipu kembar sendiri."
"Yelah, apa syarat tu?" nak tak nak dia terpaksa menerima syarat abangnya itu.
"Jangan beritahu Hanif tentang Abang Syafiq! dengan kata lain, jangan beritahu dia yang abang ada seorang kembar," ujur Syazwan.
"Laa! ingatkan apa tadi?! Okey, Liana takkan beritahu tapi kenapa abang tak mahu diorang tahu tentang Abang Fiq?"
"Sebab abang tak dapat bayangkan kalau mereka dapat tahu tentang kembar abang yang sorang ni!," keluh Syazwan cuba membayangkan apakah reaksi mereka bila mendapat tahu tentang kewujudan kembarnya.
"Peliklah, Abang Fiq pun pernah beri amaran pada Lia supaya merahsiakan kewujudan abang."
"Actually, kami dah berpakat nak buat begitu."
"Kenapa pula?"
"Nanti kamu akan faham."
"Ha! balik-balik asyik jawapan yang sama. Huh! Nasib baiklah Lia tak de kembar, kalau tak mesti pening dibuatnya," ujurnya. Dia sendiri tahu, akibatnya bila kedua-dua abangnya itu bergabung! huh, kalahkan Goten dan Trunks tu bergabung. Habis dunia. Kucar-kacir jadinya.
Sebab itulah mama dan papanya ambil keputusan untuk pisahkan mereka berdua. Baginya Abang Wan tidaklah senakal Abang Fiq tapi Abang Wan ni jenis yang tak tahan godaan Abang Fiq yang penuh dengan idea gila. Bila dipujuk je oleh Abang Fiq untuk buat sesuatu mesti cair. Macam perempuan cair dipujuk pulak.
Dan yang paling penting sekali, bila Abang Wan sudah terpengaruh, dia punya tanduk yang tumpul itu lebih tajam daripada Abang Fiq. Contohnya kejadian ex-boyfriend dia yang bermain kayu tiga dahulu, habis dibalasah mereka. Nasib baiklah budak tu tak masuk hospital, kalau tidak ini dah jadi kes jenayah berat lak.
Mama dan papa pula dah tak boleh hendak cakap apa dah bila diorang berdua ni bergabung. Ada saja alasannya. Alih-alih mama dan papa juga turut tergoda. Hisy! Entah ilmu apa yang abang-abangnya pakai.