Novel Keliru (Bhg 8)

"Tolonglah aku partner," ujur Syafiq yang tidak henti-henti menagih sempatinya. Ah, Memang sah! Memang sangkaannya betul. Syafiq pasti akan meminta pertolongannya.

"Gila kau. Kalau papa dapat tahu tak pelah jugak tapi kalau mama dengan ibu dapat tahu, habis kita dikerjakan," balas Syazwan yang tidak setuju sama sekali dengan idea gila Syafiq.

"Ala, janganlah beritahu."

"Kau ingat senang nak bohong diorang?"

"Ala, partner, takkan kau tak kasihkan aku."

"Ah, siapa suruh kau menggatal sangat nak main-main cinta dengan Atiqah. Hah, tanggung sendiri!" kata Syazwan lagi. Dia sudah nekad dengan keputusannya bahawa tidak akan bersetongkol dengan kembarnya itu lagi dalam bab-bab gila talak ini.

"Syazwan, tolonglah. Hanya kau seorang saja yang dapat tolong kembar kau ni. Kau tahu tak yang kita ni dicipta sebagai kembar untuk saling tolong-menolong bila kita susah nanti. Bila time-time macam ni."

"Hah! Ingat pun tapi siapa yang selalu susahkan siapa?" ujur Syazwan lagi dan kembali ke katilnya. Patutlah dari petang tadi, Syafiq beria-ia suruh dia bermalam di rumah mama, rupanya ada batu di sebalik udang! Huh, kalau tahu awal-awal lagi, dia dah cabut lari dulu.

Syafiq menggaru kepalanya. Nampaknya kali ini susah juga dia nak cairkan kembarnya ini. Huh, formula apa yang digunakan ni? Langsung tak berkesan pun. Tak pe, kali ini biar aku keluarkan formula yang hebat sekali. Dia kemudiannya tersenyum sinis yang penuh kejahatan.

"Tolonglah Syazwan, sekali ni saja. Aku janji lepas kali ni, aku takkan kacau semua perempuan dalam sekolah kau dan tidak akan sesekali menyusahkan kau! please!" pujuk Syafiq lagi.

"Syafiq, kalau kau kata kau perlukan pertolongan aku untuk berbaik semula dengan Atiqah, aku boleh terima lagi tapi masalahnya sekarang kau nak minta tolong tukar tempat dengan kau! Ini idea gila tahu tak!"

"Memanglah idea gila, tapi kalau kalau kau percayakan aku idea ni la yang paling best sekali."

"Gila."

"Bolehlah Syazwan. Kita tukar tempat sekejap saja. Orang lain bukannya perasan pun. Aku jadi kau dan kau jadi aku, bagaimana?"

Syazwan mengeluh lemah.

"Tolonglah Syazwan," pujuk Syafiq lagi menayangkan matanya bersinar-sinar bagaikan bintang-bintang besar seperti cerita kartun dengan muka yang kasihan.

"Ah, kenapalah aku dikurniakan kembar macam ni?" keluh Syazwan mengurut kepalanya yang pening dengan kembarnya itu. Bab inilah yang dia langsung tak tahan. "Yelah, yelah!" akhirnya dia terpaksa bersetuju.

Serentak dengan itu, Syafiq menjerit kegembiraan.

"Tapi dengan satu syarat, kalau kau musnahkan watak aku, aku akan musnahkan watak kau juga!" ujur Syazwan nekad.

"Don't worry partner. Dalam bab tipu-menipu ni akulah nombor satu," ujurnya lagi sambil ketawa besar. "Atiqah, Atiqah, tunggulah kemunculan aku ye dan mulai hari tu kau akan tahu betapa tingginya menara KLCC! hehehe."

Syazwan hanya menggeleng melihat kembarnya itu. Tapi entah kenapa dia juga berasa gembira apabila dia melihat kembarnya itu gembira seperti sedia kala semula.

"So, sekarang mulakan rancangan kita. Tak baik tangguh-tangguh nanti melepas."

"Kenapa kau tahu Atiqah tu saja-saja nak mainkan kau?"

"Hey, aku playboy yang bertauliah tau, aku tahulah semua tu," balasnya sambil mencapai lattopnya.

Syazwan mengangguk faham walaupun dia tidak faham.

"Gambar anak siapa tu?" tanyanya sebaik sahaja melihat gambar di desktop lattop Syafiq.

"Tulah kau, terlampau sibuk sangat jadi anak yang baik sampai lupa khabar kembar sendiri. Buat pengetahuan aku, nilah gambar anak aku. Comel tak?"

"Eh, dia dah besar?" tanya Syazwan lagi sambil berlalu bangun dari baringnya dan duduk dibawah bersebelahan dengan Syafiq. "Bagaimana keadaan Erma sekarang?" tanyanya lagi.

"Biasa saja. Tapi hari ni dia call, dia beritahu yang dia dah dapat kerja dan minta aku berhenti kirim duit lagi," terang Syafiq. "Tapi! selagi aku tak lihat keadaan dia, selagi tu aku tak percaya keadaan dia."

Syazwan mengangguk faham. Dari raut wajah Syafiq, dia tahu sangat yang Syafiq begitu ambil berat tentang Erma dan anaknya.

"Thanks," ujur Syafiq tiba-tiba.

"Untuk apa?"

"Sebab percayakan aku."

"Hey, apa gunanya kembar kalau tak saling tolong-menolong," ujur Syazwan.

Serta-merta mereka berdua ketawa riang.

> >

Syafiq menguap lemah. Syazwan yang dihadapannya sudah menarik muka. Hisy! Ingatkan ada awek je yang kena pujuk! ni kembar sendiri pun kena pujuk.

"Boleh tak kau serius sikit?" tanya Syazwan sambil menghantak meja belajar dengan sebuah buku.

"Relax ar, partner," balas Syafiq selamba sambil mengorek telinganya dengan menggunakan kapas.

"Relax?! Kau boleh kata relax? Kalau kau nak rancangan kau ni berjaya, kau mesti berjaya jadi "aku'! Aku tak mahu kau rosakkan hidup aku."

"Tolonglah, aku bukannya nak rogol kau."

Sekali lagi Syazwan menjeling tajam.

"Yelah, yelah," akhirnya dia terpaksa mengalah. Ini pakatan rahsia dan pakatan yang paling penting sekali. Dan yang pentingnya, mestilah kena dapatkan persefahaman dengan kembar sendiri. Kalau kembar sendiri merajuk! alamatnya, musnahkan harapannya untuk membalas dendam.

"Ye, aku ingat, kau ada tiga orang sahabat setia, Hanif, Aizat dan Fariz. Diorang ni memang dah kenal lama dengan kau, so, susah sikit nak tipu diorang tapi aku rasa bukan satu masalah dengan aku nak tipu diorang."

"Kau cakap senanglah, diorang tu pak nujum berjaya. Bila ada sesuatu tak kena saja, mesti diorang tahu. Jadi, untuk menjayakan rancangan gila kau ni! kau kena tipu diorang tu, faham?!"

"Okey, okey. No hal. So, apa yang aku perlu tahu tentang mereka bertiga?"

Syazwan yang masam tadi mula tersenyum lebar.

"Ah, tanduk dia dah keluar dah,' keluh Syafiq. Takut pula dia melihat senyuman kembarnya itu.

> >

"Hey," sapa Syazwan sambil menongkat dagu. "Boleh aku tanya sikit?"

"Tanyalah, sementara aku ada di sisi kau," balas Syafiq acuh tak acuh.

"Kau sedang dera aku ke?"

"Tak la. Aku perlukan bantuan kau saja, bukan dera kau."

Syazwan mengangguk faham.

"Kalau kau tak dera aku, kenapa kau suruh aku hafal semua pelajar dalam sekolah kau?!" ujur Syazwan sedikit meninggikan suara.

"Ah, inilah hidup orang yang popular di sekolah," balas Syafiq selamba.

"Boleh tak kau bagi nama kawan-kawan kau saja?"

"Dioranglah kawan-kawan aku," jawabnya.

"Maksud aku, kawan karib kau!"

"Kawan karib! emm! TIADA!"

"Tiada?" Syazwan mengedut dahi. Lawak apa pula la yang dia buat sekarang ni?

"Takkan sorang pun tak de?"

"Aku tak percayakan kawan karib," ujur Syafiq perlahan.

Serta merta Syazwan terdiam. Sebentar kemudian kedengaran pula keluhan berat dari kembarnya itu. Nampaknya Syafiq masih lagi tidak dapat menerima peristiwa yang telah berlalu. Peristiwa yang perit bagi mempercayai kawan karibnya sendiri.

"Hey, tapi aku ada kawan karib! kau," ujur Syafiq kembali tersenyum.

"Tolong jangan puji aku," ujur Syazwan pula dan kembali mengadap lattop semula menghafal muka-muka baru yang akan dia bersemuka kelak.

"Tapi!," Syafiq mengurut dagunya sungguhpun dia tidak berjambang, memikirkan sesuatu.

"Tapi apa?" tanya Syazwan.

"Ada something missing la! kalau kau kena jadi aku, kau perlu tahu perkara asas ni," ujur Syafiq.

"Ah, no! No! No!" tegas Syazwan yang dapat membaca apa yang Syafiq sedang fikirkan.

"Kalau kau nak rancangan ni tak dihidu oleh sesiapa pun, kau kena belajar buat benda ni, jom ikut aku. Kita praktis kat luar," ujurnya lagi sambil menarik tangan kembarnya yang berkeras tidak mahu mengikutnya.

"Jangan harap!"

"Jom la!"

"Aku rela mati dari buat benda tu!"

"Ah, bukannya buat benda haram, aku suruh kau belajar pikat perempuan je."

"Samalah tu!"

"Jom la," dia dengan sekuat-kuatnya menarik tangan Syazwan tapi Syazwan sempat berpaut pada tiang katilnya.

"Korang buat apa?!" sergah Syazliana sambil membuka pintu dengan mengejut membuatkan Syafiq melepaskan tangan Syazwan serta-merta dan Syazwan terjatuh ke atas katil. Syafiq pula melompat di atas katil dan menarik selimut menutup seluruh tubuhnya.

Syazliana yang bercekik pinggang di tengah-tengah pintu memandang satu persatu abang-abangnya itu. Dia mula terbau sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Yelah, kalau kedua abangnya duduk dan berbincang bersama dalam bilik yang bertutup, tingkap bertutup, langsir bertutup, mesti ada rancangan jahat yang dirancang mereka.

"Tak payahlah nak pura-pura tidur dan baca buku!" ujur Syazliana dengan lantangnya.

"Hai adik, apa khabar? Bila adik masuk?" tanya Syafiq sambil menggeliat malas.

"Abang ingat Lia ni budak-budak lagi ke?! Sudah, jangan nak berpura-pura lagi," ujurnya sambil merampas buku yang dipura-pura baca oleh Syazwan. "Cakap! Apa muslihat abang berdua?!"

"Mana ada," balas Syafiq selamba. "Kitorang just berbual kosong la."

"Berbual kosong?! Korang duduk dalam bilik ni dari malam tadi sampai la ketengah hari ni, tak keluar, tak makan, tak minum, ! korang kata tak de apa-apa?!"

"Err! yelah, kita belum makan lagi la partner, so, cam ne kita makan dulu?" ujur Syafiq sambil memaut bahu Syazwan.

"So, kau nak makan apa?" Syazwan mula melayan sambil masing-masing berlalu bangun dengan Syazliana sedikit menjeling tajam.

"Apa kata kalau kita makan kat luar."

"Emm! okey, kita nak makan apa?" tanya Syazwan sambil setapak demi setapak diorang mara.

"Makan pizza, nak?"

"Okey, siapa lambat dia belanja!" ujur Syazwan yang sudah berlari dulu dan diikuti dengan Syafiq berlari keluar meninggalkan adik mereka seorang diri terpinga-pinga dengan tindakan pantas kedua abang-abangnya itu.

"Hey! Lia report dengan mama nanti!"
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url