Pencegahan lebih baik daripada rawatan

PENGAMBILAN sebiji multivitamin dan mineral setiap hari baik bagi mereka yang mempunyai takat gula tinggi.

Diabetes adalah sejenis gangguan serius yang memerlukan rawatan yang berkesan. Sesungguhnya, rawatan terbaik bagi sebarang penyakit adalah pencegahan.

Bolehkah diabetes dicegah? Tentu sekali dan cara terbaik untuk mencapai matlamat ini adalah melalui penjagaan gaya hidup, diet dan cara pengambilan suplemen.

l Peranan Suplemen

Formula multivitamin dan mineral berpotensi tinggi adalah keperluan muktamad bagi mereka yang mempunyai takat gula darah tinggi.

Ini termasuk pesakit diabetes yang ingin memenuhi keperluan mereka terhadap banyak jenis nutrien.

Pembekalan tambahan nutrien utama kepada pesakit diabetes dan pra-diabetes telah menunjukkan pengawalan gula yang bertambah baik di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi utama diabetes.

Contoh tepat nutrien utama yang diperlukan oleh pesakit diabetes dengan kandungan lebih tinggi daripada biasa adalah Biotin, Kromium, Vanadil Sulfat vitamin B1, B6, B12, Niasinamid, Vitamin C, Vitamin E, Manganese, Zink dan Selenium.

Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik, sejenis antioksidan sejagat yang boleh berfungsi dalam keadaan berair dan berlemak di dalam sel.

l Asid Lipoik Alfa (ALA)

Asid Alfa Lipoik (ALA) adalah sejenis antioksidan semulajadi yang hebat. Ia dapat mengawal tindakan radikal bebas daripada mengakibatkan kerosakan kepada saraf di ketika pengawalaturan gula darah (glukosa) tidak berapa elok.

ALA telah digunakan selama 30 tahun di Eropah (terutamanya di Jerman) untuk menghalang kerosakan saraf termasuk retinopati (kerosakan retina) pada penghidap diabetes (jenis pertama dan kedua).

ALA juga membantu meningkatkan penggunaan glukosa oleh otot yang merupakan satu perkara penting kepada pesakit diabetes.

Mereka yang tergolong sebagai pra-diabetes dan pesakit diabetes dinasihatkan untuk mengambil ALA antara 400 hingga 600 miligram (mg) bersama dengan Asid Gama Linolenik (GLA) untuk mendapatkan perlindungan daripada komplikasi berkaitan dengan paras gula darah yang tinggi.

Kekurangan peredaran darah dan bekalan oksigen ke saraf dianggap oleh para penyelidik sebagai punca kerosakan saraf.

GLA menggalakkan peredaran darah lebih baik ke saraf dan membawa dengannya nutrien yang dapat menyalurkan makanan dan juga oksigen kepada sel.

l Vanadium Sulfat

Vanadium Sulfat boleh memperbaiki pengawalan gula dalam pesakit diabetes jenis kedua. Vanadium telah menunjukkan kebolehan meningkatkan tahap sensitiviti insulin.

Oleh kerana terdapat kemungkinan kesan menyerupai insulin bagi vanadium, kadar tidak mencukupi mineral surih ini harus dielakkan oleh mereka yang mempunyai tahap gula darah yang tidak normal.

l Kromium

Kromium membantu pesakit diabetes dan pra-diabetes untuk meningkatkan tahap sensitiviti insulin dengan menambah bilangan reseptor insulin dalam sel dan juga meningkatkan aktiviti reseptor itu sendiri.

Pengambilan suplemen dengan kromium memberi pengawalan gula yang lebih baik dengan penglibatan insulin yang sedikit.

l Biotin

Biotin juga meningkatkan tahap sensitiviti insulin. Biotin boleh memainkan peranan dalam penstabilan paras gula darah melalui enzim Acetyl CoA Carboxylase dan Pyruvate Carboxylase yang bergantung kepada Biotin dalam tindakan kedua-duanya. Oleh itu, kekurangan biotin mesti dielakkan oleh mereka yang mempunyai gangguan gula darah.

l Vitamin B1 (Tiamin)

Vitamin B1 berfungsi sebagai sebahagian daripada enzim perlu bagi penghasilan tenaga dan metabolisme karbohidrat.

Pesakit diabetes dan pra-diabetes lebih kerap kekurangan vitamin B1 dan mereka hendaklah memastikan pengambilan vitamin B1 adalah mencukupi.

l Vitamin B6 (Piridoxin)

Pesakit diabetes biasanya mempunyai takat vitamin B6 dalam darah yang rendah. Ia akan menjadi lebih rendah di kalangan pesakit yang mengalami kerosakan saraf (neuropati).

Pengambilan tambahan Vitamin B6 juga didapati memberi perlindungan terhadap perkembangan neuropati periferal diabetes.

l Vitamin B3 (Niasinamid)

Sebagai satu komponen faktor toleransi glukosa (GTF), Niasinamid memainkan peranan penting dalam metabolisme karbohidrat.

Niasinamid juga penting untuk pengawalan gula darah melalui mekanisme yang tidak berkaitan dengan GTF.

l Vitamin C

Tahap vitamin C cenderung untuk menjadi lebih rendah di kalangan pesakit diabetes. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan sorbitol, sejenis gula yang berkumpul dalam sel darah merah, yang mungkin mendedahkan pesakit diabetes kepada beberapa jenis kerosakan organ sasaran (mata, saraf, buah pinggang).

Penjagaan menjadi satu kemestian untuk memastikan mereka dengan masalah paras gula darah mengambil vitamin C secukupnya.

l Vitamin E

Vitamin E adalah nutrien perlu yang bertindak sebagai antioksidan dan boleh juga terlibat dalam keseimbangan glukosa.

Komplikasi yang berkaitan dengan diabetes mungkin berhubung kait dengan radikal bebas yang berlebihan.

Sementara itu, antioksidan juga memainkan peranan penting dalam peneutralan radikal bebas. Oleh itu, pesakit diabetes dinasihatkan untuk mendapat jumlah antioksidan seperti vitamin E dengan cukup dalam pengambilan harian mereka.

l Mangan

Mangan adalah suatu faktor-bersama bagi beberapa enzim utama yang terlibat dalam metabolisme gula.

l Zink

Zink terlibat dalam sintesis insulin oleh sel beta pankreas dan pengikatan insulin kepada sel hati dan tisu lemak.

Penghidap diabetes jenis kedua mempunyai tahap zink rendah disebabkan oleh kehilangan zink terlampau semasa membuang air kecil.

Ramai doktor yang mengesyorkan penghidap diabetes jenis kedua mengambil suplemen dengan jumlah zink yang sederhana.

l Selenium

Selenium berfungsi secara bersinergi dengan Vitamin E untuk memberi perlindungan antioksidan lebih baik untuk meneutralkan radikal bebas.

l Panduan Membeli Suplemen

Pesakit diabetes mudah menghidapi jangkitan dan luka lambat sembuh. Kajian menunjukkan pesakit diabetes yang mengambil suplemen sebiji sehari, selama setahun, mengalami kadar penyakit dan jangkitan yang berkurangan dalam perbandingan dengan kajian subjek yang mengambil 'placebo'.

Jika anda seorang pesakit diabetes atau pra-diabetes, keperluan pemakanan anda adalah berbeza.

Oleh itu, dapatkan suplemen multivitamin dan mineral yang mempunyai kesemua bahan di atas dan ditemui dalam potensi lebih tinggi.

Ambil satu jenis suplemen yang diformulasi khas untuk pesakit diabetes dan pra-diabetes untuk membantu mencapai kesihatan optimum dan mencegah penyakit.

Walaupun kepentingan suplemen multivitamin dan mineral telah diperkatakan, terdapat dua jenis ekstrak piawaian tumbuhan perubatan semula jadi didapati boleh membantu pengawalan dan pengurusan takat gula darah tinggi yang lebih baik. Ia adalah:

i) Pati kayu manis larut air dan

ii) Pati Banaba.

Kedua-dua pati ini boleh ditemui dalam satu kapsul yang sama sekarang. Penggabungan pati ini dengan suplemen multivitamin dan mineral adalah disyorkan.

MAKLUMAT dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url