AgroKasih skim insurans AgroBank
Terkini produk AgroKasih yang dilancarkan dua bulan lalu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan berjaya mengumpul 5,332 transaksi sejak dilancarkan.
Pemangku Presiden Agrobank, Datuk Ahmad Said berkata, AgroKasih merupakan satu skim perlindungan kemalangan diri berkelompok yang ditawarkan kepada semua rakyat negara ini yang berusia sehari sehingga ke 65 tahun.
AgroKasih yang dilancarkan pada 17 September lalu menawarkan perlindungan 24 jam di serata dunia bagi tempoh perlindungan selama setahun dan boleh diperbaharui dari masa ke semasa.
Malah dalam produk AgroKasih, mereka juga diberi perlindungan merangkumi tuntutan rawatan perubatan akibat kes ragut.
AgroKasih juga ditawarkan dengan kadar serendah RM10.00 setahun atau dengan hanya RM0.03 sen sehari dengan manfaat perlindungan sehingga RM10,000.
Selain itu AgroKasih menyediakan pelan lain bernilai RM30.00 dan RM50.00 setahun bagi perlindungan sehingga RM30,000 dan RM50,000.
Kini AgroBank mempunyai 178 buah cawangan dengan 163 mesin ATM dan CDM dan 12 cawangan lagi dijangka di buka di seluruh negara serta meningkatkan perkhidmatan perbankan elektronik.

