Gejala Remaja Lelaki Memakai Rantai dan Gelang
Kalau masih ada yang tak tahu, hukumnya haram. Gelang dan rantai hanya halal untuk wanita sahaja. Meskipun bukan emas. Ramai yang masih beranggapan bahawa lelaki hanya tidak boleh memakai gelang atau rantai emas.
Salah tu...Yang baru tahu tu lekaslah tanggalkan, buang, atau boleh diberikan buat sahabat kafir yang membela anjing. Kepada yang dah tahu tapi ringan pula tangan untuk menggantung rantai mahupun gelang di pergelangan tangan, hukumnya ialah bangang. Mungkin kasar sedikit bunyinya.
Bangang tak kalau ada orang yg dah tau air tu beracun, tapi dia masih meneguk air tu. Macam bodoh kan ? Itulah samanya dengan orang yang dah tahu pakai gelang dan rantai tu HARAM tapi masih lagi nak memakainya.
Tak tau la aku apa alasan diorang nak pakai gelang/rantai. Ada yg cakap trend masa kini, ada yg cakap nak bergaya. Bergaya ? Nak bergaya macam mana ? Nabi Muhammad S.A.W dulu tak bergaya ke ? Habis tu macam mana Nabi boleh disayangi org2 disekelilingnya.
Betulkanlah definisi bergaya kita tu. Jangan bergaya buat benda yang haram.

