Kimia punca lelaki 'lembut'
Saintis Britain memberi amaran, pencemaran buatan manusia yang terlepas dalam persekitaran dan menyamai hormon seks wanita atau estrogen, lapor akhbar Daily Telegraph, semalam.
"Bahan pencemar ini didapati mengubah protein telur yang lazimnya disediakan wanita dan haiwan betina," kata penulis kajian, Gywenne Lyons daripada Chem Trust, kumpulan pencinta alam.
Penyelidik itu mendakwa, bahan kimia dalam bahan bungkusan makanan, cecair atau serbuk cucian, sisa kumbahan dan cat mencacatkan kemaluan, mengurangkan kiraan sperma serta 'melembutkan' lelaki. Ikan misalnya, terbukti terjejas teruk oleh bahan kimia pengubah jantina.
Dalam kajian, separuh daripada ikan jantan di kawasan datar Britain mempamerkan tanda 'betina' apabila bahan kimia yang menyekat hormon jantan androgen dilepaskan dan menyaksikan pembentukan telur dalam organ jantinanya.
Beberapa lipas jantan turut berubah sepenuhnya kepada betina selepas terdedah kepada sisa pil pencegah kehamilan yang dilepaskan ke dalam saluran kumbahan.
- Agensi

