Wahid Endut angkat sumpah Ahli Parlimen Kuala Terengganu


Haji Mohd Abdul Wahid Endut sah sebagai ahli Dewan Rakyat kawasan Kuala Terengganu P036 selepas mengangkat sumpah di depan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi sidang hari kedua Parlimen, Selasa, 17 Feb 2009.

Beliau menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu selepas mengalahkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan seorang calon bebas dengan majoriti 2,631 undi.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url