Ibu bekas Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh meninggal dunia

Fatimah Yusoff, ibu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Seberang Jerteh akibat sakit tua.

Pegawai Khas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh itu, Kamarul Azman Idris berkata Allahyarham Fatimah, 83, meninggal dunia kira-kira 7.20 malam setelah hampir sebulan uzur.

"Idris bersama enam adik beradiknya berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir," katanya ketika dihubungi di sini.

Solat jenazah dijangka diadakan di rumah Allahyarham kira-kira 10 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Besut.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
5 Comments
  • hazman aka species1980
    hazman aka species1980 Isnin, 4 Mei 2009 pada 7:58:00 PG SGT

    Al fatihah....

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan orang yg beriman....amin...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 4 Mei 2009 pada 1:09:00 PTG SGT

    Al fatihah....

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yg beriman....amin...

  • denaihati
    denaihati Isnin, 4 Mei 2009 pada 2:31:00 PTG SGT

    semuga rohnya dicucuri rahmat, kita yang hidup ni menunggu giliran..rasanya tak cukup lagi bekalannya.

    Bro thank you join theBlogFrog community.

  • ise
    ise Isnin, 4 Mei 2009 pada 9:38:00 PTG SGT

    Patut la aku lalu gi keje tadi jalan jem,
    Ni area aku ni Bro...
    papepun Alfatihah

  • Unknown
    Unknown Jumaat, 15 Mei 2015 pada 4:10:00 PTG SGT

    al fatihah buat arwah....arwah pernah bersama cikgu dalam program teambuilding di langkawi 2006. arwah amat berwibawa.

Add Comment
comment url