Top Ad 728x90

,

MBKT jamin kesesakan lalu lintas dapat diatasi

Masalah kesesakan dialami pengguna jalan raya selepas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melaksanakan laluan sehala di beberapa jalan utama di bandar raya ini adalah kesulitan sementara berikutan projek yang sedang berjalan ketika ini baru di peringkat fasa pertama.

Pegawai Perhubungan Awam MBKT, Noor Laila Ariffin, berkata pihaknya akur dengan beberapa masalah dan kesesakan trafik yang semakin buruk dengan pelaksanaan laluan sehala itu, bagaimanapun memberi jaminan masalah itu akan selesai selepas semua projek terbabit selesai sepenuhnya kelak.

Beliau berkata, MBKT diperuntukkan sejumlah RM43 juta untuk melaksanakan pembinaan jalan sehala dan pengubahsuaian geometrik jalan terutama di persimpangan jalan di seluruh bandar raya ini untuk kemudahan pengguna jalan raya.

"Kos RM43 juta ini termasuk untuk menggantikan sistem lampu isyarat kepada sistem berpusat di mana lampu isyarat dapat dikawal di bilik kawalan, menyediakan tempat pejalan kaki melintas dan membina laluan khas untuk pejalan kaki.

"Semua ini adalah untuk kemudahan pengguna jalan raya dan pejalan kaki khususnya di beberapa jalan utama di bandar raya ini. Setakat ini, projek fasa pertama sedang berjalan dan kita akui kesesakan yang berlaku memang tidak dapat dielakkan buat sementara waktu.

"Bagaimanapun, apabila projek ini siap sepenuhnya kelak, kita yakin semua masalah kesesakan ini akan berakhir dan sistem jalan raya di bandar raya ini juga lebih teratur dan terkawal," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Noor Laila berkata, apa saja projek yang dirancang dan sedang dijalankan adalah untuk kebaikan orang ramai, justeru semua pihak diharap bersabar dan cuba mengadaptasi diri kepada perubahan positif terutama sebagai warga Kuala Terengganu yang berstatus bandar raya.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90