Akhil: Jadilah masyarakat yang mendekati dan bukan penghukum


"Saya cuba tamatkan kemelut dengan cara terbaik dan bertawakal. Apa pun saya dengan kehidupan saya. Orang lain kena hormati.

"Tolong jadi masyarakat yang sentiasa mendekati dan bukan penghukum," ujar penyanyi dan pendakwah Ustaz Akhil Hayy ketika ditemui di Malam Kebudayaan Islam "Wacana Muzikal" di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Begitulah luahan Akhil mengenai kontroversi rumahtangganya sekarang.

Tambahnya, "Jika mengikut kehendak, ada kehendak manusia yang nak macam ni dan macam tu.

"Kita tak boleh memuaskan hati semua orang kerana kita bukan malaikat.

"Saya harap orang lain memberi ruang kepada orang yang ada masalah."

Akhil yang pada mulanya enggan ditemubual dan berkata 'lepas mahkamah' bijak menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

Ditanya apa yang dia akan lakukan untuk menjernihkan hubungan rumahtangganya, Akhil berkata: 'Saya tak kan komen apa-apa pasal rumahtangga.'

Hakikatnya, hidup mesti diteruskan dan Akhil hanya menerima setiap kritikan orang ramai dengan senyuman.

Menyentuh tentang kerjayanya, Akhil berkata dia sedang menyiapkan album baru sejak tiga bulan lalu.

"Saya selalu menghabiskan masa di studio untuk menyiapkan album dan menghabiskan rakaman program Cafe Akhil Hayy musim kedua yang hanya tinggal satu babak.

"Rakaman program itu dilakukan di sekitar Shah Alam, Bukit Jelutong dan merata-rata tempat yang dramatik," ujarnya yang selesa bercakap mengenai kerjaya berbanding isu tak balik rumah dan keluarga.

Bercerita mengenai album yang dijangka akan diterbitkan dalam tahun ini, Akhil berkata sebanyak empat buah lagu berentak universal telah disiapkan.

"Saya juga telah berbincang untuk berduet dengan sahabat seperti Mawi, Ramli Sarip dan M. Nasir."Saya tidak terfikir untuk berduet dengan artis wanita," ujarnya yang menyanyikan sebuah lagu baru semasa persembahan sempena Muktamar PAS ke-55 semalam.

Kata Akhil, lagu baru berjudul Menangis itu mengisahkan tentang tangisan 'peribadi' dan 'umum' kerana apa yang berlaku di alam ini.

"Masyarakat menangis..ada yang menangis kerana stadium runtuh, pasaraya runtuh dan keluarga yang hampir runtuh," tuturnya.

Ketika sesi temubual bersama pengerusi majlis, Zaidi Rustam (Wildani), Akhil menjawab 'album di mahkamah' sebelum menyebut dalam nada sinis 'siapa ada masalah keluarga, rujuk-rujuklah media' sambil tergelak.

Akhil juga memberitahu yang lagu dalam album terbarunya diadaptasi dari aura yang tidak kondusif.

"Macamana keadaan seseorang itu diuji tetapi hasilnya ibarat orang yang dibaling batu-bata dan ambil untuk bina istana," ucapnya dengan penuh makna.

- MSTAR
Next Post Previous Post
5 Comments
  • dkama
    dkama Ahad, 7 Jun 2009 pada 3:56:00 PG SGT

    Akhil mmg sporting...

  • N Athirah Al-Labuani
    N Athirah Al-Labuani Ahad, 7 Jun 2009 pada 7:09:00 PG SGT

    dan penyabar orangnya...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 7 Jun 2009 pada 12:35:00 PTG SGT

    rina

    btl tu. tp lepas ni kena la beringat nak jadi artispun jgn la sampai anak bini dilupakan. tahula abiskan masa di studio. tp keluarga tu paling utama. fikir2lah sndiri. isteri jd mcm tu mgkin ada sbbnye. so muhasabahla balik knp. perempuan ni kan lemah...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 7 Jun 2009 pada 5:18:00 PTG SGT

    bile da kene cenggini baru la nk kate mendekati jgn menghumum!
    time kutuk org2 umno tk nk lak DEKATI UMNO,
    mengumpat mnegaibkan org2 UMNO lg ade la..
    ade die nk mendekati????
    krm slm...
    ckp je lebeh..
    ustaz ape ke mende ni??
    aduaiiiii
    btl la tafsiran hadith berkenaan
    'org2 alim' akhir zaman...

  • Lazyf
    Lazyf Isnin, 8 Jun 2009 pada 10:22:00 PG SGT

    Kalo da salah tetap salah...
    Toksahla nk citer psl hukum hakam bagai...
    Cerminkanlah dan nasihatikanlah dahulu diri anda wahai Akhil Hayy sblm anda "menasihati" org lain...

Add Comment
comment url