Mengumpul Pembaca Setia Diblog melalui Feedburner

Membina blog, kebanyakan orang dapat melakukannya dengan mudah. Membuat design blog yang menarik juga ramai yang boleh melakukannya.

Mempromosikan blog? Ramai yang dapat melakukkannya tetapi lebih ramai yang kecundang.

Sebenarnya memang agak sukar untuk mendapatkan pelawat yang ramai ke blog kita dan mengumpul pembaca setia.

Oleh itu, pada kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengumpul pembaca setia dan ini akan membantu serba sedikit di dalam mempromosikan blog anda.

Feedburner merupakan website yang selalu digunakan oleh blogger untuk mengumpul reader atau pembaca setia blog mereka. Ini kerana setiap pelawat yang subcribe di blog mereka akan mendapat update blog terus ke dalam email .

Dengan kaedah ini, anda akan mendapat pembaca setia blog anda. Namun begitu, anda perlulah membuat artikel yang menarik dan berkualiti bagi mengelakkan subcriber blog anda unsubcribe blog anda kelak.

Untuk mengumpul subriber menggunakan feedburner anda perlu register blog anda terlebih dahulu di feedburner.com.

Kemudian copy kod yang diberikan dan letak di mana-mana bahagian blog anda yang mudah untuk pelawat blog anda melihat dan tertarik untuk subcribe.

RAHSIA BLOGGER
http://rahsiablogger.com
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url