Top Ad 728x90

,

Pekerja terkena selesema babi layak cuti bergaji

Pekerja yang mendapat surat daripada hospital dan klinik kerajaan yang mengkehendaki mereka dikuarantin di rumah selama seminggu kerana disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) layak mendapat cuti sakit bergaji dalam tempoh berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata Kabinet bersetuju supaya pekerja yang disyaki dijangkiti virus H1N1 diberi cuti sakit dengan gaji penuh selama seminggu.

"Pekerja kena dapat surat daripada hospital dan klinik kerajaan bahawa dia akan dikuarantin selama seminggu. Lepas dapat surat bolehlah dihantar kepada majikan untuk dikira sebagai cuti sakit. Oleh itu dia akan diberi cuti sakit bergaji selama tempoh berkenaan," katanya semalam.

Subramaniam berkata, langkah itu selaras peruntukan Seksyen 60F Akta Kerja 1995 berhubung hak cuti sakit kepada pekerja.

Seksyen itu menyatakan "seseorang pekerja disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan sebagai sakit dan perlu dimasukkan ke hospital tetapi tidak dimasukkan ke hospital atas apa-apa alasan, hendaklah dianggap sebagai dimasukkan ke hospital bagi maksud seksyen ini."

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Liow meminta majikan memberikan cuti tanpa rekod kepada petugas yang baru kembali dari luar negara terutama Australia, Filipina dan Amerika Syarikat untuk membolehkan mereka menjalani kuarantin sendiri.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90