Sabtu, Jun 27, 2009

Pengamal media dilarang rakam gambar ketika Negaraku dinyanyikan - Rais Yatim

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menguatkuasakan larangan pengamal media daripada menjalankan kerja-kerja merakamkan gambar ketika lagu Negaraku dinyanyika pada majlis-majlis rasmi kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu diambil memandangkan perbuatan mengambil gambar ketika Negaraku dinyanyikan adalah perbuatan tidak menghormati Lagu Kebangsaan.

Jelas Rais, walaupun peraturan tersebut pernah diperkenalkan sebelum ini, namun tidak dikuatkuasakan.

"Selepas hari ini kita (kementerian) akan kuat kuasakannya. Kita akan minta pegawai kerajaan memantau pergerakan jurugambar dan jurukamera supaya tidak ada seorang pun mengambil gambar dan memetik flash kamera ketika Negaraku dimainkan (dinyanyikan)," kata beliau pada sidang media selapas perasmian logo 1Malaysia di Dataran Merdeka hari ini.

Ditanya apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar, Rais berkata:

"Kalau ingkar kita akan minta mereka dengan segala hormatnya tinggalkan dewan. Mereka boleh ambil gambar dalam bilik yang disediakan."

- BERNAMA

1 ulasan:

  1. Alahai Rais Yatim... menteri yang suka cari publisiti dengan idea murahan.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts