Aquino dikebumi sebagai rakyat jelata


Bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino yang meninggal dunia akibat kanser kolon semalam akan dikebumikan dalam satu majlis persendirian minggu depan, kata keluarga tokoh demokrasi berkenaan.

Ia diumumkan selepas Presiden Gloria Macapagal Arroyo menawarkan majlis pengebumian negara bagi Aquino diikuti dengan tempoh berkabung 10 hari di seluruh negara.

Namun, anak lelaki Aquino, Benigno Aquino Jr berkata, beliau dan empat adik -beradiknya memilih untuk mengebumikan ibu mereka di sebelah kubur suaminya di sebuah tanah perkuburan persendirian di sini.

"Itulah hasrat kami dari awal lagi," katanya.

Menurutnya, dia tidak dihubungi mana-mana pegawai dari pejabat presiden berhubung pengebumian rasmi tersebut dan tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Suri rumah yang amat benci terhadap amalan rasuah tersebut memegang kuasa selepas memimpin gerakan reformasi rakyat bagi menggulingkan Presiden Ferdinand Marcos pada 1986.

- AFP
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url