DCL urus koperasi

De' Classic Life (M) Sdn. Bhd. (DCL) yang menjalankan perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM), telah menubuhkan sebuah koperasi dikenali sebagai Koperasi DCL Malaysia Bhd. (KDB).

Pengarah Urusannya, Datuk Stapa Omar berkata, KDB yang ditubuhkan pada 9 Januari lalu bertujuan memberikan nilai tambah kepada usahawan-usahawan DCL dalam memperkasakan ekonomi syarikat.

Menurutnya, penubuhan koperasi itu juga secara tidak langsung akan menjadi penyumbang kepada peningkatan penguasaan bumiputera dalam ekonomi negara.

"Penyertaan usahawan-usahawan DCL sebagai ahli koperasi selaras dengan hasrat kerajaan yang mensasarkan penubuhan lebih 10,000 koperasi dengan keahlian lapan juta orang menjelang 2012," katanya ketika berucap pada majlis perasmian KDB di sini baru-baru ini.

Stapa berkata, penubuhan KDB akan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pelaburan yang dinamik berlandaskan konsep Islam.

Katanya, ini akan membuka lebih banyak ruang kepada usahawan DCL untuk menambah pendapatan dengan mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

"Sehubungan itu, usahawan DCL perlu memberikan sokongan padu kepada penubuhan koperasi ini," katanya.

Beliau meminta ahli-ahli koperasi supaya mencarum secara berterusan untuk memastikan KDB dapat bergerak lancar.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url