'Saya tak tahu memandu' - Nurul Ain
Nurul Ain (kiri) ditemani adiknya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
KOTA BHARU: Nurul Ain Said tidak menyangka hasrat membeli alat tulis untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang didudukinya, bertukar menjadi igauan ngeri apabila kereta yang dikendalikannya terjunam dari ruang meletak kereta kompleks beli-belah KB Mall, petang kelmarin, menyebabkan dua penuntut kejururawatan terbunuh.
Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, dekat sini berkata, dia hanya mampu mengucap kalimah syahadah dan terbayang saat kematian apabila kereta itu terbabas merempuh tembok penghadang lalu menjunam dari tingkat tiga ke aras bawah kompleks itu.
Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, membantu abang angkat mereka, Sabri Yusuf, 27, dari Jerteh, Terengganu, menghidupkan kereta Ford Laser itu selepas membeli-belah.
"Ketika hendak balik jam 5 petang, kereta tidak dapat dihidupkan. Saya dan Akma cuba menolak tetapi gagal," katanya di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.
Nurul Ain berkata, Sabri meminta dia mengendalikan kereta dan diajar cara menghidupkan enjin.
"Saya tidak tahu memandu kereta. Jadi, Sabri mengajar secara ringkas termasuk meminta menekan pendikit minyak dengan kuat serta memasukkan gear.
"Ketika mereka menolak kereta, saya memasukkan gear dan secara tiba-tiba enjin kereta hidup sebelum meluncur laju. Saya hilang kawalan dan kereta terjunam ke tingkat bawah.
"Saya bimbang keselamatan Akma kerana sangka dia turut terjatuh," katanya yang semakin pulih daripada trauma kejadian itu.
Nurul Ain bersyukur kerana terselamat walaupun terjatuh dari ketinggian 20 meter dan cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.
Katanya, kira-kira jam 2 pagi semalam, dia dikejutkan seorang lelaki di wad yang menuduhnya menjadi punca ramai mati.
Sementara itu, Nurul Akma berkata, sejurus kereta itu menjunam, dia bergegas turun dan terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah menyebabkannya panik dan menangis.
"Seorang wanita menenangkan saya sebelum dihantar pulang tanpa mengetahui nasib kakak. Kira-kira jam 12 malam, polis mengambil saya untuk membuat laporan dan melawat kakak di hospital," katanya.
- BERITA HARIAN
moral of the story, jangan suruh orang yang tak pandai memandu untuk handle kereta yang enjinnya tak boleh dihidupkan...
wow. before this.. ada sorang kakak ni battery kereta dia dah weak, so dia suruh saya to start engine.. masukkan gear etc.. even i donno how to drive at all..tak sangka benda macam ni pun boleh bawak jadi serious..
she might be prosecuted, and once dah 'terbunuh' org, forever takkan dpt lesen....aiyah...yg sabri si abg angkat tu pun satu la...
erm..tu laa... yang g suh dak x reti memandu tu handle kereta tu bt pe?? macam la x leh nak suruh org lain.. kalau xde time tu.. pak guard kan ada.. cari la org yg reti drive...haih...
kesimpulannya.....benda dah jd...merungut pun x ada pekdahnya...ajal maut kan di tngan tuhan....cuma sedikit kesal....masing2 guna kepala lutut masa buat keputusan tolak kereta tu...
sbnrnya diorg pn xsangka bnda camni bleh blaku. so xleh cakap aper jgk. cuma len kali beringat la. n moral y paling penting adalah kna ingat btapa maha berkuasa nya tuhan ni, kalo dh smpai masa ajal kita, tuhan xkan tangguh walau sesaat.dgn bmacam cara, dimana sj, bila2 masa...
smoga kita mati dlm iman. amin
salam tuan..
semoga ambil iktibar,don't drift in drive...
nauzuillahhiminzalikh~..
Mati tak mengira tempat dan masa.
kemalangan tu hanya sebab sahaja..
sentiasa la bersedia..