Talian Nur 15999 terima aduan kes dera amah
Beliau berkata kerajaan mengambil langkah itu kerana prihatin terhadap kebajikan pembantu rumah rakyat asing dan memandang serius kes-kes penderaan terhadap mereka.
Menurutnya, semua aduan penderaan fizikal dan seksual terhadap pembantu rumah yang diterima melalui Talian Nur 15999 akan disalur terus kepada polis untuk siasatan segera.
"Aduan tentang pembantu rumah yang melibatkan bayaran upah atau tidak dibayar gaji akan disalurkan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan," katanya dalam kenyataan.
Talian Nur 15999 beroperasi sejak 2007 berfungsi sebagai talian tunggal yang menghubung semua pelanggan kementerian itu dan jabatan atau agensi di bawah kawalannya.
Talian itu bertujuan memudahkan orang ramai mengemukakan pertanyaan, aduan dan mendapatkan bantuan berkaitan penderaan, pengabaian, keganasan rumah tangga, skim bantuan kebajikan dan lain-lain.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.kpwkm.gov.my atau mendail nombor itu menggunakan talian tetap atau telefon bimbit yang beroperasi 24 jam sehari.
- BERNAMA