Top Ad 728x90

Direktori usahawan wanita dilancar

Pembabitan wanita dalam dunia perniagaan bukan lagi fakta baru malah sumbangan mereka terhadap pembangunan dalam membantu meningkatkan ekonomi negara tidak dapat disangkal lagi.

Begitupun masih terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki termasuk tiadanya pangkalan data yang lengkap serta komprehensif mengenai usahawan wanita di negara ini.

Memahami kekurangan tersebut Persekutuan Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan Malaysia (FEM) baru-baru ini mengambil inisiatif melancarkan Direktori Usahawan Wanita e-Women.

Majlis pelancaran direktori tersebut telah disempurnakan olah Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan di Petaling Jaya, Selangor.

Direktori e-Women ini dihasilkan dengan usahasama SME Corp bersama Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ia disasarkan untuk menjadi pangkalan data utama mengenai usahawan wanita tempatan. Aplikasinya pula boleh diakses dalam talian mulai April tahun ini.

Pengerusi FEM, Hapsah Rahmat berkata, direktori sebegini memang telah lama dinantikan dan amat bersyukur impian tersebut menjadi kenyataan.

"Diharapkan dengan kewujudan www.e-women.com.my dapat meningkatkan lagi martabat usahawan wanita Malaysia dan membantu membina jaringan lebih kukuh demi kesejahteraan ekonomi negara," katanya.

Sementara itu, pengerusi penganjur majlis, Noridah Ahmad berkata, beliau amat terharu dengan kelahiran direktori tersebut yang ternyata mendapat sokongan daripada badan-badan korporat.

Beliau juga berharap agar usahawan-usahawan di Malaysia tidak mudah patah semangat dan meneruskan perjuangan untuk memajukan wanita.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90