Top Ad 728x90

Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan sumber manusia pada dasarnya merujuk kepada teknik pengurusan sebuah rangka kerja bagi mewujudkan ruang sosial yang mampu mengelolakan diri sendiri serta potensi sebuah organisasi.

Ia lebih menjurus kepada pengurusan sumber daya manusia yang turut saling berkait rapat dengan peranan psikologi tenaga kerja bagi memantapkan struktur industri-organisasi sedia ada.

Pada masa kini, kerjaya dalam bidang pengurusan sumber manusia diiktiraf sebagai komponen paling diminati dan dicari pelbagai sektor majikan kerana menjadi tunjang penting perjalanan sesebuah organisasi.

Ia juga mencakupi keupayaan tenaga kerja dalam menyalurkan nilai ekonomi sedia ada dengan menggunakan kemahiran dan pengetahuan sumber manusia sedia ada.

Kemahiran dan pengetahuan sumber manusia bukan saja membantu organisasi serta industri berkembang dalam mencapai sasaran malah meningkatkan kapasiti dalam jangka masa panjang.

Sekali gus memberi pulangan lumayan dalam bentuk keuntungan modal dan fizikal kerana nilai kemahiran tenaga kerja sentiasa mampu dipertingkatkan dengan pelbagai program seperti seminar, kursus selain pengalaman kerja.

Graduan dalam bidang ini mempunyai pilihan kerjaya yang luas. Di antara jawatan jawatan yang boleh dipegang ialah Penolong Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia, Penolong Eksekutif Latihan dan Pembangunan, Penolong Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan dalam Pekerjaan, Penolong Eksekutif Hubungan Industri, Eksekutif Perhubungan Awam, Penolong Eksekutif Pentadbiran dan Penolong Eksekutif Ganjaran dan Pampasan.

Menyedari permintaan tinggi dalam kerjaya ini, pelbagai institusi pengajian tinggi menawarkan pengkhususan program sumber manusia kepada mereka yang berminat.

Tidak ketinggalan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) menawarkan diploma Pengurusan Modal Insan. Dengan kelayakan asas Sijil Pelajaran Malaysia dengan tiga kepujian dalam mana-mana pelajaran, keutamaan diberikan kepada pelajar yang mendapat kepujian dalam Sains dan Matematik atau sijil lain yang diiktiraf.

Peluang pelajar cerah selain bakal mengikuti pengajian dalam suasana kondusif selain sokongan mantap tenaga pensyarah. Graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah di Management & Science University ( MSU) ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negara.

Manakala latihan berbentuk teori dan praktikal juga ditawarkan sepanjang tempoh pengajian bersesuaian modul terkini yang diiktiraf

Mereka yang berminat boleh menghubungi Kumpulan Kolej PTPL, sila hubungi 03-5513 6688 atau lawati www.ptpl.edu.my. Pilihan lain ialah dengan menghantar SMS ke INFOPTPL nama emel dan hantar ke 013-2433677 / 017-399 3034 atau 016-630 8966.

2 Comment:

  1. assalam...en.adha saya baru2 nie saya dpt tawarn study kat unisel kos pengursn smbr mnsia...saya minat kos tu..tapi mok sepupu saya bgtaw skop pekerjaaan untuk kos tu payah...dye bgtaw dlm 1 jbtn hye memrlukan seorg sje pekerja yg de kelulusn HR tu...boleh en.adha bg pendpt tak...

    BalasPadam
  2. hai, saya student hr diunsl dan kini tahun akhr prtkl di kerajaan...skop hr besar...bahagian hr mmg ada 1 setiap jbtn tapi dalam bahagian hr dipechkn mngikut keperluan hakiki... sy berada di unit intgriti dimana ia juga dibawh hr... jika anda study hr anda dpt ketahui skop nye besar ..

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90