FIFA tukar peraturan kad kuning
Pemain Jerman, Michael Ballack pada 2002, Alessandro Costacurta (Itali) pada 1994 dan Claudio Caniggia (Argentina) pada 1990 adalah pemain ternama yang tidak dapat beraksi dalam final selepas mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan separuh akhir.
Untuk edisi kali ini, badan induk itu mengubah peraturan bagi layangan kad kuning dari akhir pusingan pertama (seperti dikenakan sebelum ini) kepada saingan suku akhir pula.
Ini bererti pemain hanya akan terlepas aksi final jika mereka menerima dua kad kuning - dan sudah pasti kad merah terus - dalam perlawanan separuh akhir berbanding sebelum ini apabila satu kad diterima sebelum ke separuh akhir.
“FIFA mahu memberi peluang kepada pemain ternama peluang bermain dalam perlawanan akhir kejohanan,” kata jurucakap, Marius Schneider.
- Reuters