Top Ad 728x90

Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah

Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi SAW bersabda: Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun. (riwayat Bukhari)

Daripada Ibnu 'Umar r.a bahawa baginda SAW bersabda: Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (riwayat Ahmad)

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a bahawa Nabi Muhamad SAW bersabda: Seutama-utama hari adalah hari 'Arafah.

Berdasarkan kepada hadis di atas, Zulhijjah merupakan bulan yang perlu dipenuhkan dengan amalan kebaikan supaya hidup kita mendapat keberkatan.

Selain itu, di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, beberapa peristiwa telah dilakarkan di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam.

Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhuwah umat di dalam meneruskan perjuangan Baginda SAW.

- UTUSAN MALAYSIA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90