Top Ad 728x90

Agihan ASG Tahun 2011


Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan kadar pengagihan pendapatan lebih tinggi bagi tiga dana di bawah Amanah Saham Gemilang (ASG), iaitu ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2011.

Anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.6 sen seunit bagi ASG-Pendidikan, 6.10 sen seunit bagi ASG-Kesihatan dan 5.10 sen seunit bagi ASG-Persaraan.

ASNB memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi pembayaran pengagihan pendapatan untuk ASG-Pendidikan, RM2.6 juta untuk ASG-Kesihatan, dan RM1.1 juta untuk ASG-Persaraan.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata ASG-Pendidikan yang mempunyai 8,662 pemegang unit yang melanggan sebanyak 43 juta unit dana itu meraih pendapatan kasar RM3.07 juta sehingga kelmarin.

“Keuntungan penjualan saham menyumbang sebanyak RM1.52 juta atau 49.5 peratus daripada pendapatan kasar manakala pendapatan dividen daripada syarikat pelaburan menyumbang RM1.08 juta atau 35.2 peratus manakala bakinya sebanyak RM0.47 juta atau 15.3 peratus diraih menerusi pelaburan dalam instrumen jangka pendek,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Ahmad Sarji berkata, ASG kesihatan yang mempunyai 5,950 pemegang unit yang melanggan 43 juta unit tabung berkenaan pula mencatatkan pendapatan kasar RM3.03 juta dengan 52 peratus disumbangkan penjualan saham.

Manakala itu, ASG-Persaraan yang mempunyai 2,773 pemegang unit yang melanggan 21 juta unit dana itu mencatatkan pendapatan kasar RM1.53 juta dengan 43.1 peratus disumbangkan melalui penjualan saham sehingga 21 Mac lalu.

Katanya, pengiraan pengagihan pendapatan bagi ketiga-tiga dana di bawah ASG itu akan dibuat berdasarkan baki unit yang dimiliki pada 31 Mac 2011, iaitu hari terakhir tahun kewangan bagi tabung berkenaan.

“Pembayaran agihan pendapatan itu akan dilaburkan semula dalam bentuk unit dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan manakala pemegang unit ASG melalui Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP masing-masing,” katanya.

Semua urus niaga bagi pemegang unit amanah di bawah ASG itu ditangguh mulai semalam hingga 31 Mac ini dengan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di pejabat atau ejen ASNB seluruh negara mulai 1 April ini.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90