Top Ad 728x90

,

Lebih 110 roket Tomahawk Amerika dan Britain dibedil ke Libya



Tentera Amerika Syarikat dan Britain menembak sekurang-kurangnya 110 roket jenis Tomahawk ke arah Libya bagi melumpuhkan pertahanan udara rejim Presiden Muammar Gaddafi.

Naib Panglima Angkatan Tentera Amerika, William Gortney memberitahu pemberita roket Tomahawk itu dilancarkan oleh kedua-dua kapal perang dan kapal selam milik Amerika dan Britain ke arah 20 sistem penyelarasan pertahanan udara bersama dan kemudahan pertahanan pesisir Libya.

"Roket pertama ditembak jam 1900 GMT diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Peranchis," kata Gortney, yang juga pengarah staf bersama tentera Amerika Syarikat.

"Roket pertama ditembak jam 1900 GMT diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Peranchis," kata Gortney, yang juga pengarah staf bersama tentera Amerika Syarikat.
"Ia adalah fasa pertama daripada pelbagai peringkat operasi serangan," katanya.

"Oleh kerana ketika itu waktu malam di sana (Libya), ia mengambil masa untuk kita mengetahui lebih lengkap kejayaan serangan ini," katanya.

- AFP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90