Top Ad 728x90

,

Lelaki penjual pakaian dalam wanita terhebat (Avon)


Tidak ramai mengetahui bahawa wakil penjual Avon yang mencatatkan jualan pakaian dalam wanita terbanyak adalah lelaki.

Walaupun terdapat kepercayaan yang kuat bahawa hanya wanita berkemahiran menjual pakaian tersebut tetapi di Avon, ia membuktikan andaian itu sebenarnya silap.

Perkara ini disahkan oleh Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah yang menyatakan lelaki juga sebenarnya hebat dalam menjual kosmetik dan aksesori wanita.

''Usah terperanjat sebab wakil jualan lelaki itu berjaya mencatatkan jualan tertinggi untuk pakian berkenaan,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, biarpun, slogan Avon, Syarikat Untuk Wanita, tetapi lelaki juga menyertainya wakil jualan atas dasar untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

''Sebenarnya 70 peratus 'bos' (dalam perniagaan) di Asia Pasifik adalah wanita dan saya rasa cukup bertuah berada di sini (Avon),'' katanya sambil menambah keutamaan sebenarnya adalah menawarkan peluang niaga kepada wanita.

Syarikat jualan langsung yang berusia 125 tahun itu sememangnya didominasi oleh wanita, kejayaannya juga disumbangkan oleh lelaki.

Terdapat lebih kurang lima peratus daripada 480,000 wakil jualan Avon di negara ini adalah lelaki.

Avon bermula pada tahun 1886 apabila David H. McConnell menubuhkan syarikat dengan satu produk mengandungi lima minyak wangi dan berkembang ke lebih 100 negara termasuk Malaysia.

- UTUSAN

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90