Top Ad 728x90

Pelanggan Maxis tambah kredit secara lebih mudah

KUALA LUMPUR 16 Mac - Maxis Bhd. (Maxis) mengadakan kerjasama dengan 17 institusi perbankan dan tiga penyedia transaksi untuk menawarkan perkhidmatan penambahan kredit prabayarnya, Hotlink iChannels bertujuan membolehkan pelanggan menambah kredit tanpa mengira tempat dan masanya.

Selain mesin pengeluaran automatik (ATM) dan perbankan Internet, perkhidmatan itu juga membolehkan pelanggan pra bayar Maxis membuat penambahan kredit menggunakan pelbagai telefon bimbit.

Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean Pascal van Overbeke berkata, Hotlink iChannels sebenarnya adalah penjenamaan semula kaedah penambahan kredit pra bayar yang ATM, perbankan Internet dan telefon bimbit.

Jelas beliau, apa yang istimewa, perkhidmatan terbaru ini lebih meluas apabila mendapat kerjasama dengan 17 bank utama dalam negara seperti Maybank, CIMB, RHB, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Islam, Public Bank serta Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat).

"Sebarang aktiviti penambahan boleh dilakukan tidak kira masa dan di mana-mana sahaja. Tiada bayaran tambahan dikenakan bagi setiap transaksi," katanya selepas pelancaran perkhidmatan itu di sini hari ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Bahagian Jualan dan Perkhidmatan Serantau, Jeff Chong.

Sementara itu Chong berkata, ia merupakan satu lagi langkah bagi meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan pra bayar Maxis yang ketika ini berjumlah 10.7 juta.

Jelasnya, penambahan minimum yang boleh dilakukan adalah RM10.

Chong menegaskan, perkhidmatan tersebut merupakan pelengkap kepada perkhidmatan pra bayar Maxis.

"Boleh dikatakan sebahagian besar pelanggan pra bayar kami aktif melakukan panggilan dan penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas pukul 10 malam.

"Pada ketika itu, mereka tidak perlu bersusah payah keluar dari rumah hendak mencari tiket gores prabayar jika kehabisan kredit.

"Oleh itu, perkhidmatan ini amat bersesuaian dengan keperluan mereka," ujarnya.

Antara bank-bank lain yang terlibat adalah EON Bank, Hong Leong Bank, AmBank, United Overseas Bank, Al Rajhi and Investment Corporation, Citibank, Kuwait Finance House, Bank Muamalat Malaysia, Affin Bank dan Bank Pertanian Malaysia.

Selain itu, tiga penyedia transaksi adalah MEPS, VISA dan Mastercard Worldwide.

Untuk mengaktifkan perkhidmatan ini menerusi telefon bimbit, pelanggan perlu mempunyai salah satu akaun bank daripada 17 bank tersebut berserta perkhidmatan kad debitnya, selain memiliki akaun kad kredit Visa dan Mastercard yang didaftarkan di Malaysia.

Mereka hanya perlu mendail *119# dan mendaftarkannya menggunakan rangkaian bank atau kad kredit yang dikehendaki.

Bagaimanapun, kaedah biasa masih kekal bagi penambahan kredit menggunakan ATM dan perbankan internet.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90