Pesara Skim KWSP Dapat Kemudahan Perubatan Percuma
Keputusan kerajaan yang berkuatkuasa mulai tarikh semasa itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 di sini, Selasa.
"Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa," katanya.
Najib berkata pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP itu, hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang dibersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.
Ia bagaimanapun tidak merangkumi mereka yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri, kata Najib.
- BERNAMA

