PM Lancar Projek MRT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek My Rapid Transit (MRT) yang dapat memperkukuhkan sistem pengangkutan awam negara pada Jumaat.

Projek tersebut dijangka siap pada 2016.

Najib berkata, laluan sejauh 51km dari Sungai Buloh ke Kajang itu dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang efisien kepada orang ramai.

Menurutnya, projek tersebut bukan sahaja dapat memastikan pergerakan lancar para penumpang bahkan bertindak sebagai pemangkin perkembangan ekonomi negara.

Katanya, pelaburan keatas projek ini akan memberi manfaat kepada ekonomi.

"Aktiviti pembinaan dijangka menjana sekitar RM3 bilion hingga RM4 bilion setahun kepada pendapatan kasar negara, mulai tahun ini hingga 2020," kata Najib pada pelancaran.

Tambahnya, sumbangan pendapatan kasar negara (GNI) juga menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 130,000 orang semasa tempoh pembinaan.

Terdapat 31 perhentian sepanjang jajaran Sungai Buloh-Kajang iaitu Sungai Buloh, Kg Baru Sungai Buloh, Kota Damansara, Taman Industri Sg Buloh, PJU5, Dataran Sunway, The Curve, One Utama, TTDI, Seksyen 16, Pusat Bandar Damansara, Semantan, KL Sentral, Pasar Seni, Warisan Merdeka, Bukit Bintang Sentral, Pasar Rakyat, Cochrane, Maluri, Taman Bukit Ria, Taman Bukit Mewah, Leisure Mall 23. Plaza Phoenix, Taman Suntex, Taman Cuepacs, Bandar Tun Hussein Onn, Balakong, Taman Koperasi, Saujana Impian, Bandar Kajang dan Kajang.

- MSTAR
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url